Jadual & Tarikh SPM 2023 (Batch 05, Form 5 2022)

Tarikh dan jadual SPM 2023 ini adalah yang rasmi, yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dijalankan pada bulan Januari hingga Mac 2023 ini. Ini merupakan salah satu peperiksaan penting yang diikuti oleh pelajar-pelajar di seluruh negara.

Walaupun SPM 2022, ia dijalankan pada tahun 2023. Ini kerana pelajar-pelajar Form 5 ini dipanggil batch 05 atau batch kelahiran tahun 2005.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peperiksaan ini akan melibatkan beberapa jenis ujian seperti ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan juga peperiksaan bertulis.

Jadual SPM 2023 Batch 05 (Ujian Bertulis)

Seramai 403,637 calon akan mengambil peperiksaan bertulis yang akan diadakan antara bulan Februari hingga Mac 2023.

Jadual SPM 2023 Batch 05

Jadual SPM 2023 Batch 05

Jadual SPM 2023 Batch 05

Jadual SPM 2023 Batch 05

Jadual SPM 2023 Batch 05

Jadual SPM 2023 Batch 05

 

Boleh Download Tarikh & Jadual SPM 2023 Ini Sendiri?

Ya, boleh.

Anda boleh download jadual SPM dalam format PDF.

Dapatkan melalui laman web rasmi LP di sini: https://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022

 

Bila Tarikh Ujian Amali Sains Untuk SPM 2023?

  • Ujian Amali Sains (Fizik) akan dijalankan pada tanggal 30 Januari 2023 dan akan melibatkan 93,490 calon.
  • Ujian Amali Sains (Biologi) pula akan dijalankan pada 31 Januari 2023 dan melibatkan 74,642 calon.
  • Pada 2 Februari 2023 , seramai 94,672 calon akan mengambil Ujian Amali Sains (Kimia) dan 1,675 pelajar akan mengambil Ujian Amali Sains (Sains Tambahan).

 

Bila Tarikh Ujian Bertutur Sains Untuk SPM 2023?

  • Ujian Bertutur (Bahasa Melayu) akan diadakan pada 7 hingga 9 Februari 2023 dan melibatkan 397,854 calon.
  • Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris) pula akan dijalankan pada 13 hingga 15 Februari 2023 dan melibatkan 397,057 calon.

 

Bila Tarikh Ujian Mendengar Untuk SPM 2023?

  • Ujian Mendengar (Bahasa Melayu) dan Ujian Mendengar (Bahasa Inggeris) akan dijalankan pada 16 Februari 2023 dan melibatkan 397,854 dan 397,057 calon masing-masing.

KPM telah mengangkat 131,318 petugas peperiksaan untuk memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan. Selain itu, sebanyak 3,355 pusat peperiksaan telah disediakan di seluruh negara. Calon boleh mendownload jadual waktu peperiksaan dari laman web Lembaga Peperiksaan di pautan https://lp.moe.gov.my

Calon diingatkan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Selain itu, calon juga diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Bagi yang beragama Islam, jangan lupa baca doa untuk pelajar SPM.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Berita RTM

Leave a Comment