Tarikh Pembayaran BSH 2020 (Bayaran Bantuan Fasa 2)


Jika anda salah seorang pemohon yang telah buat permohonan Bantuan Sara Hidup, pasti akan ternanti-nanti tarikh pembayaran BSH 2020.

Ada terlalu banyak laman web yang menyenaraikan tarikh-tarikh penting ini. Namun, banyak yang tidak relevan kerana masih menunjukkan tarikh tahun-tahun sebelumnya. Ini akan membuatkan anda keliru.

Jadi, untuk memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat tentang Bantuan Sara Hidup ini, kami kongsikan tentang tarikh bayaran BSH 2020 di sini, yang meliputi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.

Sedikit mengenai BSH 2020

Kerajaan terdahulu di bawah pucuk pimpinan Dato’ Seri Najib Razak telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kini, bantuan itu diteruskan walaupun pimpinan negara telah diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad.

Nama bantuan itu telah ditukar kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH 2020).

Berbanding pemberian bantuan BR1M, beberapa aspek telah dikaji dan ditukar seperti syarat kelayakan. Ini bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat bantuan ini.

Justeru, kami akan kongsikan beberapa artikel yang akan memberikan informasi tentang BSH 2020.

Kali ini, artikel BSH ini adalah berkenaan tarikh pembayaran BSH 2020.

 

MAKLUMAN: KAMI BUKAN DARI BSH, LHDN MALAYSIA ATAU KEMENTERIAN KEWANGAN. KAMI HANYA MEMBUAT SEDIKIT KAJIAN DAN BERKONGSI INFORMASI YANG DIPEROLEHI DARI LAMAN WEB KERAJAAN YANG BERKAITAN.

 

Siaran media tarikh pembayaran BSH 2020

Berikut ialah siaran media tentang tarikh pembayaran BSH yang terkini dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk salinan yang rasmi dalam bentuk PDF, boleh rujuk di sini.

 

Tarikh bayaran BSH 2020

Tarikh bayaran BSH 2020

 

Tarikh pembayaran BSH 2020

Bayaran untuk BSH adalah mengikut 3 fasa yang telah ditetapkan, iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga.

 

Tarikh pembayaran BSH 2020, Fasa 1

Fasa 1, 2020

Tarikh pembayaran BSH: 20 Januari 2020 (Isnin)

  • Mulai 20 Januari 2020, pemohon yang layak akan menerima duit BSH melalui bank yang didaftar semasa permohonan tempohari.
  • Kerajaan akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun bank pilihan masing-masing

Tarikh pembayaran BSH: 1 Februari 2020 (Sabtu)

  • Mulai 1 Februari 2020, pemohon yang layak akan menerima duit BSH juga.
  • Namun, bukan melalui bank yang diproses seara pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  • Tarikh ini adalah khusus untuk pemohon yang memilih untuk menerima duit secara  tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tarikh ini juga termasuk untuk pemohon yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak.

 

Fasa 2, 2020

Tarikh: (Masih belum ditetapkan. Namun, dijangka pada bulan Mei 2020)

 

Fasa 3, 2020

Tarikh: (Masih belum ditetapkan. Namun, dijangka pada bulan Ogos 2020)

 

Cara pembayaran BSH 2020

Izinkan kami ulang sekali lagi dengan berikan ringkasan seperti di bawah.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut dan lebih terperinci, jemput baca tentang cara pembayaran BSH.

Secara ringkasnya, cara pembayaran BSH terbahagi kepada dua:

 

Cara bayaran duit masuk terus ke akaun bank

  • Hanya pemohon yang layak sahaja akan menerima duit BSH melalui bank yang didaftar semasa permohonan.
  • Pastikan nombor akaun betul
  • Buat semakan hanya apabila tarikh pembayaran BSH 2020 diumumkan
  • Kerajaan Malaysia akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun bank pilihan masing-masing
  • Berikut ialah bank yang akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun penerima.Bank-bank yang boleh proses pembayaran BSH 2020 ialah:
    • Affin Bank
    • Agro Bank
    • Alliance Bank Malaysia Berhad
    • Am Bank Berhad
    • Al Rajhi Bank
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Rakyat
    • Muamalat Malaysia Berhad
    • Bank Simpanan Nasional
    • CIMB Bank Berhad
    • Citibank Berhad
    • Hong Leong Bank
    • Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
    • Maybank (Klik untuk baca cara buat Maybank2u untuk terima BSH 2020)
    • OCBC Bank
    • Public Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad
    • Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
    • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

 

Cara bayaran duit tunai di kaunter BSN

  • Hanya pemohon yang layak akan menerima duit BSH juga secara tunai
  • Ini adalah khusus untuk pemohon yang tidak memasukkan akaun bank semasa proses permohonan
  • Juga khas untuk pemohon yang memilih untuk menerima duit secara  tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Bagi pemohon yang tiada akses Internet dan hanya ada Bank Simpanan Nasional, mereka juga boleh terima bayaran BSH secara tunai. Ini termasuk kepada golongan yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Buat semakan dan ambil wang tunai hanya apabila tarikh pembayaran BSH 2020 diumumkan

 

Akhir kalam

Kami harap perkongsian tarikh pembayaran BSH 2020 ini dapat memberikan sedikit informasi untuk anda.

Untuk mendapatkan sebarang pengumuman dan kemaskini tentang tarikh-tarikh ini, anda boleh terus merujuk ke laman web https://bsh.hasil.gov.my/

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • pembayaran bsh 2020 fasa 2 bank islam bila
  • tarikh bayaran bsh bujang 2020 maybank

Leave a Comment