Tarikh Bayaran BPN 2.0 (Jadual Pembayaran Mengikut Bank)


Bagi anda yang sudah memohon BPN 2.0, pasti akan tertunggu-tunggu bilakah pula tarikh bayaran BPN 2.0 bukan? Ramai yang tak sabar dan tercari-cari maklumat bila duit BPN masuk? Bilakah tarikh BPN 2.0 akan dikreditkan ke dalam akaun bank? Dan pasti ada juga yang akan tanya, BPN 2.0 bila dapat?

Jadi, sebelum anda buat semakan bayaran BPN 2.0 untuk melihat status terbaru, izinkan kami berkongsi tarikh-tarikh penting ini.

Tarikh bayaran BPN 2.0

Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

  1. Bagi Fasa Pertama, pembayaran dijangka akan dilakukan pada:
    • Isnin, 26 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, pemegang akaun BSN dan CIMB dikatakan telah menerima lebih awal.
  2. Bagi Fasa Kedua pula, pembayaran seterusnya dijangka akan dilakukan pada:
    • Sekitar bulan Januari 2020

 

Jadual bayaran BPN 2.0 mengikut bank

Untuk senarai penuh bila boleh dapat BPN 2.0, sila rujuk bayaran BPN 2.0 mengikut bank seperti di bawah:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Bermula 19, 20 dan 21 Oktober 2020. Ada yang terima pada 22 Oktober 2020
  • CIMB Bank / CIMB Islamic Bank
  • Bermula 22 Oktober 2020. Akan terus dikreditkan seterusnya pada 23, 24, 25 dan 26 Oktober 2020
  • Affin Bank / Affin Islamic Bank
  • Bermula 26 Oktober 2020
  • Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic
  • Bermula 26 Oktober 2020. Ada yang kata, ini bank yang paling lewat bayar. Wallahualam.
  • RHB Bank / RHB Islamic Bank
  • Bermula 26 Oktober 2020
  • Bank Muamalat
  • Bermula 26 Oktober 2020
  • Maybank / Maybank Islamic
  • Bermula 26 Oktober 2020
  • Bank Islam
  • 26 Oktober 2020
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  •  26 Oktober 2020
  • Agro Bank
  •  26 Oktober 2020
  • Ambank
  •  26 Oktober 2020

Untuk makluman, bayaran pada 26 Oktober 2020 ini adalah secara beperingkat. Maksudnya, ada orang yang akan dapat tepat pada tarikh tersebut. Akan ada pula yang menerima hari esoknya, atau minggu depannya.

Oleh kerana permohonan baru baru sahaja dibuka pada 15 Oktober 2020, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memerlukan sedikit masa untuk memproses semua permohonan.

Jadi, kami ambil maklum dan memahami akan situasi ini di mana pihak LHDN tidak memberikan tarikh yang sebenar-benarnya.

Andai kata maklumat terbaru diterima, kami akan kemaskini maklumat tarikh pembayaran Bantuan Prihatian Nasional 2.0.

 

Cara Bayaran BPN 2.0

Maklumat ini adalah berdasarkan Soalan Lazim mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dalam Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KitaPrihatin).

Kaedah pembayaran BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua golongan:

#1 Yang ada akaun bank

Jika anda mempunyai akaun bank dan telah memasukkan maklumat ini semasa permohonan tempohari, bayaran BPN 2.0 ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun.

Sila ambil perhatian pada dua status pembayaran BPN 2.0 ini:

Jika status Berjaya Kredit

  • Pengkreditan amaun akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.

Jika status Gagal Kredit

  • Pengkreditan amaun tidak dapat dilakukan kerana akaun bank yang anda isi tempohari berkemungkinan tidak lagi aktif; ataupun akaun sudah ditutup.
  • Kemungkinan lain ialah nombor akaun bank tersebut salah.
  • Sekiranya ini berlaku, anda perlu membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
  • Sila sertakan dengan Nombor Siri Voucher BPN yang boleh didapati dari dalam sistem.

 

#2 Yang tidak ada akaun bank

Jika anda tidak mempunyai akaun bank dan mengosongkan maklumat ini semasa permohonan tempohari, bayaran BPN 2.0 ada sedikit kelainan.

Anda perlu membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Untuk ambil duit BPN di BSN, anda perlu ada Nombor Siri Baucar BPN yang boleh didapati dalam dalam portal Bantuan Prihatin Nasional.

 

Maklumat jumlah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Untuk lebih mudah faham, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

#1Kategori Bujang B40

Bila dapat?

  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar Fasa Kedua akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti

 

#2 Kategori Bujang M40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300

Bila dapat?

  • Bayaran Fasa Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan pada 26 Oktober 2020.
  • Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar Fasa 2 akan dimaklumkan nanti oleh LHDN nanti

 

#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.

Bila duit masuk?

  • Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada 26 Oktober 2020.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada bulan Januari 2021.
  • Pengumuman tarikh pengkreditan Fasa 2 akan diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

 

#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.

Bila duit masuk?

  • Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada 26 Oktober 2020 berjumlah RM400
  • Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200
  • Belum ada informasi lanjut mengenai tarikh bayaran Fasa 2. Akan diberitahu oleh LHDN nanti.

 

Akhir kalam

Jika dikira bermula pada tarikh 15 Oktober 2020, duit masuk untuk bayaran Fasa Pertama hanya lebih kurang 11 hari sahaja. Tarikh akhir duit akan dikreditkan ke dalam bank adalah pada 26 Oktober 2020 secara berperingkat.

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “Tarikh Bayaran BPN 2.0 (Jadual Pembayaran Mengikut Bank)”

Leave a Comment