Bagi yang berada dalam status semakan LULUS dan juga yang baru sahaja mohon BPN, pasti tertunggu-tunggu bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional bukan?
Izinkan kami berkongsi.
Pengumuman pembayaran BPN oleh Menteri Kewangan
Berikut ialah sidang media dari Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz yang dibawakan oleh TV3 di YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=Qb5JGAFmgdQ
Jumlah keseluruhan BPN adalah sebanyak RM9.24 bilion dan akan dibayar dalam dua fasa.
Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion. Sebanyak 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan.
Beliau juga menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan scammers. Ini kerana scammers semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan Bantuan Prihatin Nasional ini.
Penerima BPN disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan sesekali memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali
Tarikh awal bayaran Bantuan Prihatin Nasional
Pada awalnya, pembayaran BPN yang pertama dijangka akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada penghujung bulan April 2020.
Walau bagaimanapun, setelah diteliti kembali, pihak kerajaan telah mngumumkan pemberian bantuan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.
Tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020
Pengumuman pada sidang media oleh Menteri Kewangan baru-baru ini memberitahu bahawa bantuan BPN akan disalurkan pada 6 April 2020.
Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Permohonan Baru
Tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN untuk permohonan baru adalah sama seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan.
Pembayaran untuk Fasa 1 akan disalurkan bermula 6 April 2020.
Pembayaran untuk Fasa 2 dimaklumkan akan dibuat sekitar bulan Mei 2020.
Tarikh Bayaran BPN Berkahwin
Tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN berkahwin adalah sama seperti yang dimaklumkan di atas.
Pembayaran Fasa 1 akan disalurkan bermula 6 April 2020.
Tarikh Bayaran BPN Bujang
Tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN bujang juga adalah sama seperti yang dimaklumkan di atas.
Pembayaran Fasa 1 akan disalurkan bermula 6 April 2020.
Bayaran BPN Penjawat Awam
BPN untuk penjawat awam adalah sebanyak RM500.
Tarikh Bayaran Khas RM500 bagi Penjawat Awam 2020 adalah pada 23 April 2020.
Bantuan ini akan masuk ke dalam akaun bank masing-masing secara automatik.
Bayaran BPN Pesara
Bantuan Prihatin Nasional ini akan diberikan kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 23 April 2020.
Di bawah undang-undang pencen, pesara akan dibayar sebanyak RM500.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pesara yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada 23 April 2020 layak diberi bantuan ini sebanyak RM500.00.
Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
Tarikh Bayaran Khas RM500 kepada pesara juga adalah pada 23 April 2020.
Lagi mengenai Bayaran BPN
Macam mana nak tahu saya dapat bayaran BPN atau tidak?
- LULUS
- TIDAK LULUS
- TIADA REKOD
Macam mana cara pembayaran BPN?
Ada beberapa cara pembayaran termasuk:
- Masuk terus ke akaun bank
- Tunai
Jemput baca cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional untuk mengetahui lebih lanjut.
Berapa bayaran BPN yang saya akan dapat?
Sila rujuk amaun pembayaran BPN yang akan diterima oleh empat (4) kumpulan ini.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
- Jumlah bantuan ialah RM1600.
- Amaun RM1000 akan diberi pada bulan April 2020
- Amaun RM600 akan diberi pada bulan Mei 2020
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
- Jumlah bantuan ialah RM1000.
- Amaun RM500 akan diberi pada bulan April 2020
- Amaun RM500 akan diberi pada bulan Mei 2020
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
- Jumlah bantuan ialah RM800.
- Amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
- Amaun RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
- Jumlah bantuan ialah RM500.
- Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
- Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020
Akhir kalam
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional sudah diumumkan iaitu akan dibayar mulai 6 April 2020.
Diharapkan agar anda semua dapat bersabar.
Jika nombor akaun bank sudah tidak aktif, dan bimbang duit tidak masuk, sila kemaskini maklumat BPN.
Semoga Allah mudahkan hidup kita semua.
Semoga bermanfaat.
Kalau BPN untuk e-hailing, bagaimana cara pembayarannya? Suami saya pemandu e-hailing sepenuh masa..
I am a retiree from a private commercial firm. My income at this moment of RM0. My only source of income is from personal savings and KWSP. I am married and staying with my wife who is a housewife with no source of income. She do not have a phone, not even a bank account.
But I am classified under M40. How is this so? Please reclassify my status to B40.
Saya sangat memerlukan bantuan.saya dah buat permohonan baru.masih belum ada maklum balas
Assalamualaikum
Soalan saya
Kawan saya berstatus bapa tunggal dgn 2 orang anak masih bersekolah.
Tiada akaun mana mana bank…
Bagaimana cara bayaran.
Adakah beliau akan menerima baucar tunai?
Sekian
salam. sy xda acc bank , sedia maklum pembayaran juga merupakan tunai di bank BSN , jadi yg telah lulus bagaimana dan bila boleh tuntut secara tunai?
Bilakah tarilh betul untuk bayaran bujang..harap dapat memaklumkan tarikh duit dimasukan..e hailing cara daftar juga perlu update??
Dah 2 kali beratur panjang check status lulus no ic 780801115327 tak de pun dalam akaun
Saya lulus tapi sampai sekarang duit belum masuk dalam bank
sy status lulus…tp skrg blom msuk
Macam mana kalau permonan dari dulu status hanya “TELAH DITERIMA “.
Tapi tak tahu LULUS atau Tidak LULUS
Selamat pagi…sya nurul farhana..nk bgtau…knpa permohonana sya msh lgi dlm proses..sdgkn ahli keluarga yg lain semua dh dpt duit…sy xder sumber pendptn..hri2 mkn nc greng kosong…esok dh nk puasa x taulh mcm mna…blh spe2 jelaskn knpa sy msh lgi dlm proses…
Bpn atas nama suami.Kami sudah dapat duit fasa pertama rm1000.Pada bulan Mei,kami belum dapat baki rm600 hingga hari ini.Kami warga emas.Pendapatan rm4000 kebawah.
Bila duit akan di masukan dlm mbb atas nama En Hussin Yusop.
Bila lama nk rasa duit bpn ni. Lulus tapi tak ada masuk pun