Tanda Lelaki Tidak Berminat Pada Anda (Perempuan Perlu Tahu)


Ini tanda lelaki sudah tidak berminat pada anda

Lelaki boleh berubah hati bila-bila masa. Sama ada lelaki itu suami anda atau kekasih hati, perasaan sayang dan cinta belum tentu berkekalan selamanya. Izikan kami kongsi beberapa tanda lelaki tidak berminat pada anda.

Kenapa lelaki sudah tidak berminat dengan kita?

Selain tak berminat, lelaki akan tunjuk tanda tak suka kita dan benci dalam diam.

Cuma, sangat malang jika anda tidak dapat mengesan perubahan pada lelaki pasangan anda sama ada dia masih sayang atau sudah berubah hati.

Lebih bahaya ialah kerana lelaki, sesetengahnya, jenis yang sangat pandai “menyamar dan berlakon” sehingga anda tidak perasan si dia sudah berubah hati.

Tanda lelaki tidak berminat pada anda

Ada beberapa tanda yang anda dapat perhatikan untuk mengetahui sama ada seseorang lelaki yang dekat dengan anda masih menyayangi atau sudah berubah hati.

Berikut ialah sebahagian daripada tanda yang anda boleh perhatikan.

 

1. Lambat jawab telefon atau balas mesej

Antara tanda yang anda dapat lihat ialah lambat jawab telefon atau balas mesej. Ini dapat anda amati untuk mengenal pasti sama ada lelaki pasangan anda sudah berubah hati atau tidak.

Ia tidak semesti tepat. Namun, menerusi pemerhatian yang agak lama atau mungkin beberapa kali, anda anda mendapat jawapan pasti.

Ya, tidak semestinya lambat menjawab telefon atau ambat membalas mesej menunjukkan lelaki pasangan anda sudah berubah hati. Mungkin ada sebab lain atau mungkin dia sibuk.

Namun pemerhatian yang berterusan, tanpa membuatkan dia perasan, biasanya akan dapat menjadi petunjuk buat anda.

Anda juga boleh perhatikan daripada cara dia menjawab telefon atau membalas mesej. Lelaki yang benar-benar mengambil berat, menyayangi dan tidak berubah hati biasanya akan menjawab telefon dalam nada lebih serius dan penyayang.

Jawapan balas dalam mesejnya juga biasanya lebih panjang. Namun, mungkin ada sesuatu yang tidak kena atau dia sudah berubah hati jika kandungan mesejnya hanya ringkas dan bersahaja seperti sekadar “ok”, “ya”, “nantilah” dan sebagainya.

 

2. Tanda lelaki tidak berminat, layanan dia macam ‘sampah’

Perhatikan juga cara dia melayan anda. Lelaki yang benar-benar menyayangi biasanya akan lebih “caring”, romantik dan sangat mengambil berat.

Sebaliknya jika lelaki melayan anda tidak ubah seperti dia melayan kawan-kawan biasanya yang lain, ini mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin dia sudah berubah rasa atau berubah hati. Perhatikan!

Lelaki yang benar-benar menyayangi biasanya tidak menyembunyikan rasa sayangnya, terutama jika anda sudah memberi respond baik dan menyambut cintanya.

Dia akan cuba sedaya udaya membuktikan kasih sayangnya, kecuali jika pada satu tahap hatinya sudah berubah. Sayangnya berpindah tempat kepada orang lain.

Anda dapat perhatikan semua ini. Biasanya gerak hati dan naluri anda dapat menelah dengan baik apa juga perubahan yang ditunjukkan oleh pasangan lelaki anda.

 

3. Sering beri alasan

Satu keunikan dan kelebihan lelaki ialah sesetengah mereka sangat pandai mencipta alasan, malah sanggup berbohong.

Jika anda tidak bijak membaca riak dan rentak lelaki, anda mungkin mudah tertipu dengan permainan mereka!

Hari ini mereka mungkin benar-benar menyintai anda. Namun, hati manusia boleh berubah pada bila-bila masa.

Satu daripada tanda yang dapat anda lihat untuk mengesan lelaki berubah hati atau tidak ialah mengamati sejauhmana dan sekerap mana dia beralasan dengan anda.

Ya, sekali sekala mungkin betul dia sibuk atau tidak cukup masa, letih atau ada urusan lain. Namun, perhatikan betul-betul.

Jika dia terlalu kerap memberi alasan, contohnya setiap kali anda mengajaknya keluar makan atau ke mana-mana, di situ mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin hatinya sudah berubah. Sayangnya mungkin sudah beralih arah dan tempat. Nalurinya mungkin sudah berpindah rasa ke hati lain!

 

Akhir kalam

Ada banyak lain tanda lain. Anda patut perhatikan. Dan, lebih penting daripada itu ialah anda perlu ada persiapan mental.

Bersedialah menerima hakikat bahawa si dia mungkin sudah berubah. Tinggal lagi, jangan biarkan anda “tidak ketahuan” dalam keadaan terlalu menyayanginya.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment