Tanda Lelaki Anggap Kita Kawan Sahaja (Bukan Special)


Orang perempuan, kadang-kadang dia perasan. Si lelaki itu sebenarnya tak simpan apa-apa perasaan. Izinkan kami berkongsi, apakah antara tanda lelaki anggap kita kawan sahaja. Dalam erti kata lain, dia tidak menunjukkan rasa selesa dengan kita.

Tanda lelaki anggap kita kawan sahaja

Tanda lelaki anggap kita kawan sahaja

Hanya keluar ramai-ramai

Kalau dia anggap kita special, sudah tentu dia akan bawa kita keluar berdua. Yang paling baik ialah dia sanggup minta izin mak ayah kita untuk bawa kita keluar. Lebih afdal juga bawa adik-beradik kita yang lain bila sudah dapat izin.

Ini tidak, kita hanya jumpa dia dalam kumpulan sahaja.

Dia mungkin tidak mahu menunjukkan perasaan dia pada kita.

 

Dia anggap kita kawan bila selalu kata “sibuk”

Entahlah.

Sibuk macam mana pun tak tahu.

Kalau kita mahu hubungi dia atau ajak apa-apa, dia akan gunakan alasan sibuk.

Beginilah.

Kalau lelaki itu suka kita dan anggap lebih dari sekorang kawan, pasti dia akan luangkan masa untuk kita.

Sibuk macam mana sekalipun, tak akan dia cuba untuk menolak pelawaan kita.

 

Dia anggap kita kawan bila asyik bercakap tentang ex dia

Tak kisahlah bekas kekasih atau bekas isteri.

Dia asyik akan bercakap tanpa henti tentang ex dia tanpa henti.

Kita yang mendengan ini pun sudah sakit telinga.

Kemungkinan besar, bila selalu sangat berkelakuan begitu, mungkin dia mahu kembali pada ex dia.

 

Dia selekeh sangat

Ada satu lagi tanda lelaki anggap kita kawan yang berkaitan dengan penjagaan diri.

Logiknya, lelaki bila suka dengan kita, dia akan cuba sedaya upaya untuk jaga penampilan.

Jarang sangat kalau dia sanggup jumpa kita yang special ini dengan selipar jamban dan t-shirt buruk.

Paling tidak, dia akan berpakaian kemas.

Ini tidak, nampak macam memang sengaja berpakaian begitu.

Kalau tak pandai jaga diri sendiri, bagaimana untuk jaga kita nanti.

 

Dia anggap kita kawan bila asyik tanya tentang perempuan lain

Kalau lelaki ini suka kita, dia juga tak akan menyakitkan hati kita dengan meluahkan perasaan suka dia pada perempuan lain.

Ini tidak.

Asyik tanya “Eh, si Fatin tu suka apa ye? Aku nak belikan dia something. Kau tahu tak apa-apa pasal dia”

Kita yang suka dia, dia pula suka orang lain. Sudahlah langsung tak bagi hint suka kita.

 

Dia sengaja lambat balas mesej

Antara tanda lelaki anggap kita kawan ialah bila nampak macam tak pedulikan kita pun ada. Bila kita tanya, jawapannya seperti di atas juga, iaitu “sibuk”.

Lambat balas mesej dengan sengaja lambat balas mesej itu dua perkara yang berbeza.

Kalau kita special di mata kita, kenapa abaikan?

 

Dia sengaja mahu test market

Kenapa mesti mahu mempermainkan hati dan perasaan?

Lelaki yang memang anggap kita kawan ini sebenarnya bukan mahukan kita. Dia cuma nak test market, samada dia laku atau tidak.

Dia suka tengok kita terhegeh-hegeh, sedangkan hatinya tidak mahu pada kita.

Sebab itu, orang tua-tua selalu kata, “Kalau suka, jangan suka sangat. Berpada-pada”

 

Akhir kalam

Kami buat senarai di atas ini berdasarkan TheList . Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang tidak.

Diharapkan agar perkongsian tanda lelaki anggap kita kawan ini dapat memberikan anda satu perspektif baru tentang dunia lelaki.

Apa-apa pun, sebagai orang perempuan, janganlah mahu berkawan-kawan sahaja. Kalau suka katakan suka, jangan hanya mahu permainkan hati dan perasaan.

Halalkan hubungan, dirikanlah perkahwinan.

Jauhi maksiat, hidup kita selamat.

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Comment