Surat Kebenaran MITI (Rentas Negeri & Daerah Semasa PKP)

Surat Kebenaran MITI (Rentas Negeri & Daerah Semasa PKP)

Jika anda adalah seorang peniaga yang perlu menjalankan bisnes semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini, sila dapatkan surat kebenaran MITI untuk rentas negeri dan daerah melalui https://notification.miti.gov.my/login

Kegagalan menunjukkan surat ini boleh membuatkan anda disaman.

RINGKASAN

  • Semua surat MITI terbatal kecuali yang baru dikeluarkan pada 1 Jun 2021 sahaja
  • Surat lama hanya boleh digunakan sehingga 3 Jun 2021 sahaja
  • Permohonan baru CIMS MITI di sini: https://notification.miti.gov.my/register
  • Baca cara mohon surat MITI betul-betul
  • Anda mungkin akan lihat paparan ralat berikut:
    • Ralat 500 “CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.
    • Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0
    • Apa perlu buat? Tunggu sahaja dan cuba lagi
  • Selepas daftar dan mohon, status akan tukar kepada Baharu
  • Tunggu sehingga status bertukar kepada Lulus
  • Jika Lulus, sila print surat kebenaran MITI
  • Sila ambil maklum, permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 – 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja.
  • Permohonan bagi sektor-sektor lain boleh dirujuk kepada Kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tersebut.
  • Join group Telegram #kitajagabisneskita di sini: https://t.me/joinchat/yXOt6nGwDn9hNGQ9
  • Join channel Telegram Peniaga Kecil Terjejas semasa PKP 3.0  di sini: https://t.me/joinchat/VjFXrTdSlT1kY2Jl

1. Macam mana nak login MITI untuk print surat kebenaran?

Sebelum boleh login MITI, and perlu daftar dan buat permohonan terlebih dahulu.


Berikut ialah panduan untuk log masuk MITI bagi mendapatkan surat kebenaran:

  1. Sila layari https://notification.miti.gov.my/login
  2. Anda akan berada di laman Log Masuk Pemohon CIMS 3.0
  3. Masukkan email anda di ruangan Emel
  4. Masukka password anda di ruangan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda boleh masuk ke dalam sistem CIMS 3.0

Jika anda belum mendaftar, sila tekan butang Daftar anda ikuti panduan untuk buat permohonan surat MITI.

 

2. Macam mana cara mohon surat kebenaran MITI?

Seperti yang kami maklumkan di atas, sila daftar, login dan buat permohonan untuk beroperasi. Untuk menjimatkan masa, sila ikut panduan rasmi dari MITI melalui YouTube seperti di bawah:


Secara ringkasnya, berikut ialah cara untuk mendapatkan kelulusan MITI:

  1. Sila Log Masuk CIMS 3.0 di sini: https://notification.miti.gov.my/login
  2. Akan ada paparan berikut:
    • Dashboard
    • Profile
    • Borang Notifikasi
  3. Klik menu Dashboard di sebelah kiri
  4. Klik butang TEMPLATE MUAT NAIK SENARAI PEKERJA dan download
  5. Isikan senarai pekerja seperti dalam template Microsoft Excel yang disediakan yang mengandungi:
    • Company Name
    • Company Registration No
    • Workers Name
    • Nationality
    • IC / Passport No
  6. Save fail Microsoft Excel yang telah lengkap tadi kerana ia akan digunakan nanti
  7. Seterusnya, klik Borang Notifikasi di menu sebelah kiri
  8. Klik Notifikasi Beroperasi
  9. Tekan butang Daftar Notifikasi Baru di sebelah kanan atas
  10. Lengkapkan semua maklumat yang dipinta
  11. Di bahagian bawah sekali, ada ruangan Muat naik dokumen senarai Pekerja
  12. Tekan Choose file
  13. Muat naik fail Microsoft Excel tadi
  14. Tekan butang Simpan & Terus / Save & Exit
  15. Pastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat
  16. Tick di bahagian AKUJANJI / PENGESAHAN
  17. Tekan butang Hantar Notifikasi / Submit Notification
  18. Sekiranya berjaya, akan keluar paparan BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN / REQUIRE FORM TO OPERATE DURING MOVEMENT CONTROL ORDER
  19. Tekan butang Kembali / Back untuk buat semakan permohonan yang dihantar tadi
  20. Keputusan untuk permohonan akan dipaparkan di sini
  21. Lihat status Baharu
  22. Tekan butang Papar untuk print borang kebenaran

 

3. Jika status permohonan Baharu, berapa lama perlu tunggu untuk dapat kelulusan?

Menurut maklumbalas ramai pemohon, ada yang tunggu sehingga 3 jam dan masih lagi belum lulus. Setakat ini, belum ada lagi maklumat berapa lama masa menunggu.

Sila bersabar.

Jika tidak ada masalah dan memang anda dalam essential services, Insya Allah akan diluluskan.


 

4. Syarikat apa yang layak untuk teruskan operasi dan rentas negeri / daerah?

Sila rujuk senarai industri seperti di bawah:

A. Pengilangan dan Pembuatan

1. Aeroangkasa termasuk MRO;
2. Makanan, minuman dan rantaiannya;
3. Pembungkusan dan percetakan;
4. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG – sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;
5. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;
6. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;
7. Komponen untuk alat perubatan;
8. Elektrikal dan elektronik;
9. Minyak dan gas (Oil and Gas);
10. Petrokimia dan produk petrokimia;
11. Produk kimia;
12. Mesin dan peralatan;
13. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan);
14. Besi dan keluli;
15. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE);
16. Sektor perabot; dan
17. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

 

B. Pembinaan

18. Pembinaan:
i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;
ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan
iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja
yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

 

C. Perkhidmatan

19. *Automotif (Pembaikan dan Penyelenggaraan sahaja)

20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:
i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan
ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:
i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen);
ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;
iii. Pembersihan awam; dan
iv. Pembersihan premis dan sanitasi.

22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);

23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;

 

24. Hotel dan penginapan;

25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:
i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);
ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan
iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.

 

26. Utiliti (air dan tenaga);

27. Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);

28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services);

29. Keselamatan dan Pertahanan;

30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;

31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

 

D. Perdagangan Pengedaran

32. Penggudangan dan Logistik;

33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan

34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.

E. Perladangan dan Komoditi

35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan

36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

 

F. Lain – Lain

37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

 

5. Senarai ralat semasa mohon surat kebenaran CIMS MITI 3.0

Berikut ialah beberapa ralat yang mungkin ada lihat ketika buat permohonan surat kebenaran:

Ralat 500

  • CIMS 3.0 sedang menerima aliran trafik yang tinggi pada waktu ini. Kerjasama dan kesabaran dari pihak anda amatlah dihargai”. Ini bermakna line jammed.

 

Error 503 Backed fetch failed

  • Error 503 Backed fetch failed. Guru Meditation: XID: 739737615 Varnish cache server. Ini juga mungkin sebab terlalu ramai yang cuba masuk ke dalam sistem CIMS MITI 3.0

 

Transaksi tidak sah

  • Maaf, kami masih belum pasti kenapa berlaku ralat ini

 

Pendaftaran tidak berjaya

  • No Kad Pengenalan / Passport 800101-01-XXXX telah berdaftar

 

 

Akhir kalam

Sila ambil maklum bahawa rentas negeri semasa PKP, mahupun rentas daerah semasa PKP bagi individu adalah dilarang. Hanya perniagaan yang benar-benar layak sahaja dibenarkan beroperasi.

Sila terus patuhi SOP.

Semoga wabak Covid-19 ini cepat hilang dari bumi Malaysia yang tercinta ini.

Semoga bermanfaat.

 

39 thoughts on “Surat Kebenaran MITI (Rentas Negeri & Daerah Semasa PKP)”

  1. How do I apply for Kebenaran Beroperasi because under MITI it says “Permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 hingga 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja. Permohonan bagi sektor-sektor lain boleh dirujuk kepada Kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tersebut.”
    Im running a Motorcycle Service and Repair shop. I’ve checked the MoT website and according to the MCO 3.0 we are allowed to operate but how do i get the Letter to Operate?

    Reply
  2. salam sejahtera,

    MITI 3.0 ni saya sudah daftar awal januari 2021, harini saya kemas kini pekerja yang bekerja di bahagian pembinaan. dekat status sudah di terima, tetapi saya tidak dapat untuk cetak surat tersebut. berapa lama saya nak tunggu status nya LULUS dan boleh untuk kami cetak surat kebenaran tersebut untuk bagi pada pekerja untuk bekerja esok. sekian terima kasih

    Reply
  3. Since MITI is not valid anymore, please let us know how to apply Letter to Operate for MCO 3.0 from 1st. June to 14 June, 2021?
    Our company is under the Category of ” Essential Services” distributor of Bahagian Alat Perubatan.

    Reply
  4. salam sejahtera dan selamat petang

    bagaimana cara untuk saya perbetulkan perniagaan yang company jalankan.
    saya tersalah clik nama bahagian sektor perkilangan.

    Reply
  5. We are a manufacturer, printing stickers, labels and general for the medical and pharmaceutical industries, we were approved by NITI to operate. But today, we logged in to update, but we could not. We have applied for a new application. Our medical and pharmaceutical industries is depending on our delivery. How can MITI speed up our approval? We need help

    Reply
  6. We are in the Perkhidmatan Sokongan ( Pihak Ketiga Dan Auxillary ) for essential services ( Manufacturer of Food & Essential Items ).

    We have registered with MITI for MCO 1 & 2 and thus far was allowed to operate,

    I have logged in CIMS 3.0 but what was shown is “Permohonan Beroperasi PKP terhad bagi sektor perkilangan sahaja. Permohonan bagi sektor2 lain dirujuk kepada Kementerian2 yang mengawal ”

    Do I have to reapply to MITI again for MCO3

    Reply
  7. WHY LIKE THIS ONE ? I HV NO IDEA, HOW COME I REPEAT SUBMITED ALSO REVIEW LIKE THIS, MSG COME OUR IS PASS BUT CATN PRINT ?????

    Lulus
    Permohonan untuk beroperasi di CIMS 3.0 bagi PKP bertarikh 1 hingga 14 Jun 2021 TERHAD bagi Sektor Perkilangan sahaja. Permohonan bagi sektor-sektor lain boleh dirujuk kepada Kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tersebut.

    Reply
  8. Telah kemaskini akaun, status permohonan : Lulus ,tetapi tepinya menunjukkan Perkhidmatan anda tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu.Apa yang saya boleh buat?

    Reply
  9. My company is Bosch Pusat Service centre & have registered today and they said tidak berjaya!
    What has happen?

    Reply
  10. I’ve 2 business, Mini market at Skudai and livestock at Kluang. i only allowed to apply for one in MITI system.
    I need to apply for both can anybody help me.

    Reply
  11. Our Company supply premium & gift to Customer since MCO 3.0
    how long will taken for just submisson Register MITI 3.0
    and how I know our submision will approved it.
    dated : 1st June 2021 11.00 pm

    Reply
  12. Saya dah lama memohon.. Sejak pkp2.0..Status lulus tapi saya tekan cetak.. Tapi x boleh.. Dia tulis “transaksi tidak sah”.. Kenapa ya?

    Reply
  13. We already apply miti 3.0 status ” Baharu” , but we still waiting since yesterday afternoon. How long have to wait for get approval?

    Reply
  14. Assalamualaikum mohon pihak berkenaan memberi permohonan kelulusan secepat mungkin kerana pihak polis memberi masa selama 3 hari untuk kami mendapat surat perlepasan untuk bekerja masa total lockdown 3.0. system masih lagi tidak bertukar kepada kelulusan.\

    Sekian, terima kasih
    Azie

    Reply
  15. I have applied the Miti3.0. But the status showed “Baharu” since yesterday morning until today. May I know take how long to “Lulus” ?

    Reply
  16. I have applied the Miti 3.0. But the status show “Baharu” since yesterday until today. May I know take how long to “Lulus” this ASAP?

    Reply
  17. My company have chained of 17 cafe . MITI 3.0 application allow to register maximum 10 location per company. How to apply balance balance 7 locations.?

    Reply
  18. Saya telah mohon MITI 3.0 semenjak semalam dan status masih lagi “Baharu”. Berapa lama masa diambil untuk “Lulus”
    No. Notifikasi : O-01626952
    Terima kasih

    Reply
  19. I cant register my company LATA TEXTILES AND MANUFACTURING SDN BHD CO NO 831691-P IN CIMS 3.0 because the same director registered under another company , so can I know what is the procedure to apply again on to other company. Kindly please advise.

    Reply
  20. Syarikat kami masih dalam status Baharu yang telah di daftar pada 1 Jun 2021 , mohon kelulusan beroperasi untuk syarikat kami dibawah perhidmatan perlu e-dagang. Terima kasih

    Reply
  21. Bagai mana cara untuk mohon dapatkan kelulusan bagi pendaftaran merentas tujuan bekerja binaan?
    Harap2 tolong info kembali utk cara permohonan

    Reply
  22. Saya telah mohon MITI 3.0 semenjak semalam dan status masih lagi “Baharu”. Berapa lama masa diambil untuk “Lulus”

    Reply
  23. Saya telah mohon MITI 3.0 semenjak semalam dan status masih lagi “Diterima”. Berapa lama masa diambil untuk “Lulus” . Bila tekan di “Papar” status permohonan saya dalam tu “Lulus”. Ni dah lulus ke belum?

    Reply
  24. Saya Telah Memohon permohonan miti sejak 2/6 Dan Masih belom diluluskan sedangkan kami termasuk Dalam ‘essential service’ iaitu membekalkan peralatan Dan bahan pembersihan untuk kegunaan hospital Dan klinik.

    Reply
  25. Saya telah mohon MITI 3.0 semenjak 1st jun 2021 dan status masih lagi “Baharu”. Berapa lama masa diambil untuk “Lulus”

    Reply
  26. hi… i have applied the Miti3.0. But the status showed “Baharu” since from 5 jun’2021 until today. May I know how long will take to get “Lulus” ?

    Reply
  27. Saya telah mohon MITI 3.0 semenjak 2nd jun 2021 dan status masih lagi “Baharu”. Berapa lama masa diambil untuk “Lulus”?

    No: O-01701320

    Reply
  28. Saya telah mohon MITI 3.0 tapi status gagal sebab saya tersalah hantar dokumen SSM. Bagaimana untuk saya mohon MITI sekali lagi.

    Reply

Leave a Comment