Untuk makluman, str.hasil.gov.my bukan portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023). Walaupun mengikut logik pemikiran, link tersebut sepatutnya memang str.hasil.gov.my
Kalau str.hasil.gov.my Itu Salah, Apa Link Yang Betul?
Link yang betul ialah bantuantunai.hasil.gov.my
Peninglah, BTR, STR atau BANTUAN TUNAI?
Bertenang.
Semuanya sama sahaja.
Yang membezakan hanya nama dan URL.
Rujuk jadual di bawah:
Akronim | Nama Bantuan | Deskripsi | URL |
BTR | Bantuan Tunai Rakyat | Ini adalah nama lama yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Mini Bajet 2023. | Jangkaan URL btr.hasil.gov.my itu tidak benar |
STR | Sumbangan Tunai Rahmah | STR ialah penjenamaan baharu, gantian untuk BTR. Tidak diketahui kenapa ia diubah oleh kerajaan. | Portal rasmi bagi STR ialah bantuantunai.hasil.gov.my dan bukannya str.hasil.gov.my |
Macam Mana Nak Semak STR?
Untuk membuat semakan, anda perlu log masuk STR dan membuat semakan sendiri. Anda boleh menyemak status kelulusan, bayaran dan pengkreditan.
Akhir kalam
Diharapkan agar pertanyaan berkenaan str.hasil.gov.my sudah terjawab.
Sila gunakan pautan baru yang diumumkan oleh kerajaan.
Semoga bermanfaat.