STR Dalam Proses Pengkreditan (Apa Maksud Status Ini?)


Jika anda salah seorang penerima STR 2023, kalau anda semak STR secara online di bantuantunai.hasil.gov.my, tentu anda akan nampak  paparan di Maklumat Bayaran yang menunjukkan Sumbangan Tunai Rahmah anda “Dalam Proses Pengkreditan“. Sangat pelik bunyinya dan susah nak faham kan?

Apa maksud status ini?

1. Maksud STR “Dalam Proses Pengkreditan”

Sebenarnya, dalam bahasa yang mudah, STR Dalam Proses Pengkreditan itu bermakna duit Sumbangan Tunai Rahmah anda masih lagi sedang dalam proses untuk dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan anda.

Pengkreditan terus di sini bermakna duit STR akan terus masuk ke akaun anda.

Namun, proses untuk masukkan duit kadang-kadang bukanlah seperti kita buat Instant Transfer dari satu akaun ke satu akaun yang lain. Ia mengambil masa.

Lebih-lebih lagi untuk jutaan penerima STR.

Kami harapkan, anda boleh bersabar menunggu duit STR anda.

 

2. Pengkreditan Terus, Duit Masuk Akaun Bank

Sebelum itu, izinkan kami tambah beberapa lagi maklumat penting.

Secara ringkasnya, cara bayaran STR terbahagi kepada dua, iaitu pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Hanya pemohon yang layak sahaja akan menerima duit STR melalui bank yang didaftar semasa permohonan.
  • Pastikan nombor akaun betul
  • Buat semakan kelulusan STR dan bayaran, hanya apabila tarikh pembayaran STR diumumkan
  • Kerajaan Malaysia akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun bank pilihan masing-masing

 

3. Bank Yang Buat Pengkreditan Terus STR

Berikut ialah bank yang akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun penerima.

Bank-bank yang boleh proses pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • AmBank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Bank Muamalat
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • HSBC Bank
  • OCBC Bank
  • Standard Chartered Bank
  • UOB Bank

 

Akhir kalam

Usah bimbang bila anda buat semakan STR 2023, duit masih lagi belum masuk. Jika anda nampak paparan STR Dalam Proses Pengkreditan, duit STR akan tetap masuk. Cuma ia akan mengambil sedikit masa.

Chill-lah!

Sudahlah, jangan risau-risau.

Semoga sedikit perkongsian berkenaan pengkreditan STR ini dapat melegakan anda.

Mudah-mudahan, segala urusan dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment