Status Pembayaran BPN 2.0 Mengikut Bank (Bujang & Berkahwin)


Bagi anda yang tertanya-tanya, apakah status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank yang terkini, kami akan kongsikan beberapa maklumat yang dikongsikan oleh pembaca.

Sila rujuk maklumat di bawah. Tak perlu tanya lagi BPN masuk bila ataupun bila dapat duit BPN 2.0.

Status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank

Berikut ialah senarai status terkini bagi penerima yang menerima status Berjaya Kredit.

Sila double-check tarikh pembayaran BPN 2.0 di bawah.

Untuk makluman, bagi BPN 2.0 tarikh bayaran Bujang adalah sama sahaja dengan Berkahwin. Tak ada beza.

  1. Bank Simpanan Nasional (BSN): Bermula 19, 20 dan 21 Oktober 2020. Ada yang terima pada 22 Oktober 2020
  2. CIMB Bank / CIMB Islamic Bank: Bermula 22 Oktober 2020. Akan terus dikreditkan seterusnya pada 23, 24, 25 dan 26 Oktober 2020
  3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic: . Namun, dikatakan bahawa ini adalah antara bank paling lambat akan buat bayaran. Wallahualam.
  4. Affin Bank / Affin Islamic Bank: Bermula 26 Oktober 2020
  5. Bank Rakyat: Bermula 26 Oktober 2020
  6. RHB Bank / RHB Islamic Bank: Bermula 26 Oktober 2020
  7. Bank Muamalat: Bermula 26 Oktober 2020
  8. Maybank / Maybank Islamic: Bermula 26 Oktober 2020
  9. Bank Islam: Bermula 26 Oktober 2020
  10. Public Bank / Public Islamic Bank: Bermula 26 Oktober 2020
  11. Agro Bank: Bermula 26 Oktober 2020
  12. Ambank / Am Islamic Bank: Bermula 26 Oktober 2020

Jika masih lagi tak dapat, boleh baca kenapa duit BPN 2.0 tak masuk lagi. Ada beberapa sebab yang anda perlu tahu.

 

Kalau Gagal Kredit, nak buat macam mana?

Sekiranya terima status Gagal Kredit melalui semakan di https://bpn.hasil.gov.my, anda tak perlu tunggu masuk. Duit tetap tidak akan masuk dalam bank.

Anda perlu baca cara dapatkan No Baucer BPN 2.0 dan pergi ambil wang tunai di BSN. Sebelum boleh ambil di BSN, sila semak tarikh juga. Boleh buat semakan baucer BPN 2.0 dan dapatkan maklumat bila dapat Baucer BPN 2.0.

 

Semakan status pembayaran BPN 2.0. Dah masuk akaun bank ke belum?

Tidak ada jawapan yang ringkas kepada pertanyaan dan masuk bank atau belum. Ini kerana bayaran adalah berbeza-beza mengikut akaun bank individu mengikut lokasi.

Ada bujang yang sudah masuk, ada yang belum. Ada golongan berkahwin yang sudah dapat, ada juga yang belum.

Walaupun tarikh yang diumumkan oleh kerajaan secara rasmi ialah 26 Oktober 2020, ada yang berkongsi bahawa mereka sudah menerima wang bantuan BPN 2.0 lebih awal.

Contohnya, pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dilaporkan telah menerima duit Bantuan Prihatin Nasional 2.0 seawal 19 Oktober 2020.

 

Jumlah bayaran BPN 2.0

Untuk makluman, tarikh pembayaran BPN 2.0 Fasa Pertama bagi semua kategori adalah pada penghujung bulan Oktober 2020. Manakala bayaran BPN Fasa Kedua pula dijangka pada bulan Januari 2021.

Buat sesiapa yang selalu sangat bertanya duit BPN dah masuk akaun ke belum, izinkan kami kongsi maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

#1 Kategori Bujang B40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang B40 ialah RM500.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank bermula 26 Oktober 2020.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti

 

#2 Kategori Bujang M40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300
  • Bayaran Fasa Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan bermula 26 Oktober 2020.
  • Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti oleh LHDN nanti

 

#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.
  • Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank bermula 26 Oktober 2020.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada bulan Januari 2021.
  • Pengumuman tarikh pengkreditan akan diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

 

#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.
  • Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah bermula 26 Oktober 2020 berjumlah RM400
  • Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200
  • Belum ada informasi lanjut mengenai tarikh bayaran. Akan diberitahu oleh LHDN nanti.

 

Lokasi duit BPN yang dan masuk akaun bank

Kami mohon jasa baik anda yang tinggal di kawasan-kawasa di bawah ini, untuk memberikan status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank yang terkini.

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Perlis
  • Sabah
  • Sarawak
  • Labuan

 

BPN 2.0 masuk bank mana? Berapa hb?

Persoalan status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank itu adalah satu perkara yang penting. Ini kerana bukan semua tempat masuk serentak dalam masa yang sama.

Untuk makluman, duit BPN masuk bank mana dan berapa haribulan adalah bergantung kepada pilihan bank yang anda isikan ketika proses permohonan BPN 2.0 tempohari.

 

Duit BPN 2.0 masuk akaun siapa? Isteri atau suami?

Ini adalah antara soalan yang popular. Untuk makluman, duit BPN 2.0 akaun masuk ke dalam akaun bank pemohon. Jadi, jika anda adalah pasangan suami isteri, hanya salah seorang sahaja dari anda yang boleh memohon.

Pemohon di sini adalah orang yang memohon dan memasukkan nombor akaun bank semasa permohonan BPN 2.0 tempohari.

Bagi penerima BPN 1.0 sebelum ini, duit akan dimasukkan ke dalam akaun pemohon BPN 1.0.

Tidak ada proses kemaskini BPN 2.0 untuk nombor akaun dan status-status lain dibenarkan secara online.

Contohnya, jika anda mahu kemaskini status BPN 2.0 bujang kepada berkahwin, anda perlu buat pembatalan BPN 2.0 terlebih dahulu.

 

Akhir kalam

Jangan terburu-buru pergi ATM untuk keluarkan duit. Sila buat semakan bayaran BPN 2.0 terlebih dahulu.

Semakan BPN 2.0 ini adalah penting agar anda tidak kecewa. Penat-penat pergi ke ATM, duit masih tak ada. Lebih baik check BPN 2.0 dahulu sebelum membuang masa begitu sahaja.

Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian status pembayaran BPN mengikut bank ini dapat memudahkan urusan anda untuk mengambil duit bantuan ini nanti.

Kalau sudah keluarkan, jangan belanja yang bukan-bukan. Pastikan terus berjimat-cermat dalam tempoh PKPB dan Covid-19 ini.

Semoga bermanfaaat.

Carian dari Google:

  • BPN bujang sudah masuk ke belum

38 thoughts on “Status Pembayaran BPN 2.0 Mengikut Bank (Bujang & Berkahwin)”

    • hong leong adalah yg paling lambat …harap bersabar lah,,,,nak cepat bsn dan cimb paling mantopppppppp

      Reply
      • Teruk .la cimb cpat apr.now dah 29hb
        Aku x dpt lg pn..propa sume..sial je..sebenarny mmg duit kta rakyat msia..tp ishtihar mcm..sumbangan dr pemimpin. Kalau sumbangan lg la kena bg secepat mungki ..sbb ni darurat..lg pn .zaman dah 2020.la x logic …la bank ni cpat la .bank tu lambat skit
        ..eloo…pk la….now bukan tekan keyboard dah …now dah touch ..also vr..mustahil la..system database kta semua personal detail.govt (bank ) da ade dah….so pikiaq la..nape lambat….ada yg mmg x dpt sbb ade scam juga disitu.
        Jd jgn berdiam diri tunggu…esok tunggu lg..last2 .da BPN 3.0 plak stil x dpt

        Manusia …if psl duit semua ..kelam ..chaos..lupa ..akal pn mcm lampu liplap. .
        .
        .

        Reply
  1. Dh 27/10/2020 duit bpn 2.0 tak masuk lagi kt public bank .. adik saya pakai acc bsn pon x masuk lagi . Ckp 19/20/21-okt bsn masuk acc dah .. harap percepatkan servis bank tersebut. Mungkin rmai lgi yg memerlukan duit tu skrg ni

    Reply
  2. Bila masuk ni duit bpn.kata cimb awal,kawan dan adik beradik sy semua dah dapat,sy masih x dpt lagi duit bpn.padahal pakai cimb bank plak tu,bukan ke cimb bank masuk awal.check dekat maklumat pembayaran,lulus dah tapi tarikh pembayaran kosong xde pape…pening betul la

    Reply
  3. Padam lah perkongsian tarikh pembayaran tu.. bikin panas mata jer… Benda yg sme jer korang smpai kan.. Pemohon ni bukan nye level² bodoh.. nak dengar dn baca info yg same jer.. Macam sye..Pemohon yg mnggunakan bank Islam Utk kredit BPN.. Esok dah 28hb/10,.. dari 26 di tunggu.. buka info bnda yg sme juga di smpai kan… Hancur Betul lah kerajaan Malaysia ni.. Sampai kiamat lah masalah Rakyat di Malaysia ni!

    Reply
    • Kau ngn aku..mmg pk dgn akal.caya .saudara .Msia ku..inilah Msia yg smp kiamat akan dimenganjingkn…hihi..kn

      Reply
  4. Kau ngn aku..mmg pk dgn akal.caya .saudara .Msia ku..inilah Msia yg smp kiamat akan dimenganjingkn…hihi..kn

    Reply
  5. 😴 Padam jela article ni. Member aku pakai bank sama, 19 haribulan dah masuk. Ni dh 28, aku still tk dapat. Entah ye tidak je duit tu dapat. Kind of disappointed and dissatisfied. Dah hujung bulan, semua orang dh tkde duit. Faham2 jela. Astu orang mcm bagi harapan, bagi tarikh2. Padahal tkde.k la.

    Reply
  6. Cheq punya pun takdak masuk2 lagi pun… Lagi la haram tak taw apa2, bile masuknye bpn 2.0 nie utk bank standard chartered..

    #bankyanglambatke?
    @
    #LHDNyanglambat?

    Reply
  7. Duit tu takkan tersasar and gagal punya. Cakap je bayaran b40 isi rumah setengah, b40 bujang setengah, m40 isi rumah setengah, m40 bujang setengah untuk cover hati rakyat. Bayaran selebihnya november nanti. Kalau tak cukup duit bagi tahu je. Bagi tahu segala strategi yang korang buat baru kami puas and paham. Ni tak bagi macam macam info yang tak dapat ditepati. Lepas expired info tu bagi lagi info baru. Yang aku hairan tak serabut ke di soal di maki di caci rakyat?? Hidup ni kena berterus terang je. Baru rakyat okay and paham

    Reply
  8. Jika BPN 1.0 yang tidak lulus dan stlh dh buat rayuan utk kmskini (status khwin),skrg status dh lulus sekali dgn BPN 2.0.
    *Now,BPN 2.0 dh masuk..Tapi knp yg BPN1.0 yg dh dmklumkan lulus masih tak masuk.?

    Reply
  9. Dari 26 okt aku tnggu bujang bank public klua bpn .. smpai harini 31 okt masih lgi takda klua .. apa masalah ea ? public bank bujang ada yg dh dpt .. ada yg belum .. macam mana system ni ? Nak tnggu brapa lama ? Tolong dipercepatkan . Terima kasih .

    Reply
  10. Sampai hari ini bank islam akaun aku belum ada kredit dari BPN? Bila akan kredit? Rakan-rakan pun sudah terima minggu lepas yang lalu.

    Reply
  11. saya sudah membuat permohonan untuk mendapat bantuan prihatio nasional 2.0.Tapi sampai sekarang masih status “permohonan diterima”.Saya punya kawan juga group B40 sudah dapat wang.Nak tanya sebab mengapa i macam ini?

    Reply
  12. saya nak tanya..kalau bpn sebelum ni kena tebus pkai baucer ..sebab akaun sblm ni dah block..macam mana nak tahu duit dah dapat ke belum

    Reply

Leave a Comment