Maksud Status BPN Tidak Layak (Semakan Permohonan Baru & Rayuan)


Adakah anda antara individu yang baru sahaja buat semakan BPN dan terkejut kerana mendapat status BPN Tidak Layak?

Jangan risau, kami akan cuba kongsikan apa maksudnya.

Sebaliknya, baca jika status permohonan anda adalah Dalam Proses, jemput baca apa maksud status BPN Dalam Proses.

Status BPN Tidak Layak

Status BPN Tidak Layak

Merujuk kepada Soalan Lazim dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam bentuk PDF di sini, berikut adalah antara maksud Tidak Layak.

Lihat jawapan nombor 2.

Alasan Tidak Layak

 

Maksud status BPN Tidak Layak

Secara mudahnya, merujuk gambar di atas, berikut ialah maksud Tidak Layak.

Sekiranya anda juga telah buat semakan dan mendapati status permohonan anda bertukar daripada Layak kepada Tidak Layak, anda beberapa sebab yang menyebabkan ia berlaku:

  • Duplikasi permohonan: Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan. Ini bermaksud permohonan dua kali, sedangkan satu keluarga hanya seorang sahaja yang boleh mohon.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat: Semakan BPN mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan: Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan yang sepatutnya.
  • Menetap luar negara: Pemohon berada di luar negara.

 

Jika Tidak Layak, boleh buat rayuan?

Rayuan dan Permohonan Baru BPN tidak lulus

Berikut ialah kemaskini dari MyGCC di Facebook.

Bagi Permohonan Baru BPN yang Tidak Lulus / Tidak Layak

  • Anda tidak boleh buat rayuan
  • Keputusan adalah kekal dan muktamad

Bagi Rayuan Baru BPN yang Tidak Lulus / Tidak Layak

  • Anda tidak boleh buat rayuan
  • Keputusan adalah kekal dan muktamad

Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum lagi diputuskan oleh kerajaan.

 

Akhir kalam

Alhamdulillah dan tahniah pada yang telah mendapat kelulusan BPN kali ini.

Bagi yang Tidak Layak, anggaplah tidak ada rezeki.

Mari kita move on dan teruskan kehidupan untuk mencari rezeki yang lain.

Percayalah, rezeki Allah itu luas. Rezeki juga tidak pernah salah alamat.

Kalau sesuatu rezeki itu ditakdirkan untuk kita, Insya Allah, pasti rezeki itu dapat pada kita.

Semoga bermanfaat.


18 thoughts on “Maksud Status BPN Tidak Layak (Semakan Permohonan Baru & Rayuan)”

  1. BPN tidak telus kenapa rayuan tidak dibolehkan untuk rayuan. Sememang Tidak Lulus sebab mempunyai SSM dan dibolehlkan untuk mengisi GKP. Tapi untuk memohon GKP syarikat sudah tidak lagi menjalankan pernigaan semenjak akhir 2019 bagai mana dibolehkan untuk apply sedangkan sudah tidak bekerja dari awal tahun 2020 atas faktor ekonomi. Sama seperti abang bawa teksi sewa tidak lulus BPN disuruh buat GKP memandangkan ada SSM register tetapi tiada kod perniagaan bagaimana menyara isi rumah.

    Reply
  2. Gaji sayabaru RM 2500, lagi dari akhir bukan March, kerja pun dah hilang, saya dudk sendiri, bayar sewa, masih tidak layak. Yang saya tahu Ada yang lebih RM 4000 gaji pun dapat.

    Reply
    • Tidak layak kerana bekas suami lulus bpn…saya sama suami sudah becarai.bekas madu saya halua saya sama anak² saya dari rumah .. Saya merayu kepada bpn lulus kan bpn saya sbb saya tngu bantuan saja. Saya tidak kerja.saya tinggal sma mama bapa saya dan anak² saya. Bekas suami tidak kasi belaja

      Reply
  3. Tidak layak hanya kerana ada ssm…pendapatan x dak pun dari ssm tersebut….kerja kais pagi mkan pagi…last2 tak layak….apa yg dicheck sebenarnya

    Reply
  4. Sedih sangat dah suami tak kerja 1th.dg kondisi kaki sakit. Alasan ditolak ada ssm. Saya buat ssm pasal niaga susah than cari Jalan buat online ka pandaafood. Itu pun tak seberapa hasil. Nak harap kan bpn hasil nol. Diminta apply GPK blm tentu dapat. Susah sanagt

    Reply
    • Saya tidak layak sedangkan sedang di kuarintin di selayang gaji baru rm1500.00 merantau dari sabah masih tidak layak juga.

      Reply
  5. Suami sya buat permohonan untuk yg sdh berkahwin..status lulus tpi rm800 ..tu untuk bujang kan??kenpa mcm tu??

    Reply
  6. Gaji kami berdua tak sampai pun Rm8K. Alasan LHDN sebab tak lulus gaji melebihi Rm8K. Tak puas hati. Ada org bujang tak kja dapat Rm1000 dan Rm1600. Ada juga org yang gaji Rm4K-8K dapat Rm1600. Fikir-fikirkanlah.

    Reply
  7. Mcm mana yang pertama lulus yang kedua x layak…alasan suami isteri lulus..padahal suami yg mohon…istri xde pn mohon.. ..LHDM …menjawap la dekat sana nnti..

    Reply
  8. bpn suami saya berstatus TIDAK LAYAK dengan alasan DUPLIKASI PERMOHONAN. adakah ianya boleh buat rayuan semula…sedangkan kami x pernah memohon apa apa bantuan sebelum ini

    Reply
  9. MY SALARY IS NOT EVEN 8K AND MY HUSBAND IS A SENIOR CITIZEN. HOW ON EARTH THIS LHDNM CAN COME UP WITH A DUMB CALCULATION, SAYING THAT I AM EARNING MORE THAN RM8,000 WHICH IS RIDICULOUS. I WANT LHDNM TO GIVE ME AN EXPLANATION AND ALSO TO SHOW EVIDENCE THAT MY SALARY IS RM8,000 AND ABOVE. THIS IS REALLY CHEATING US. IF LHDNM CANNOT GIVE THEN DONT TELL THE PM TO GIVE US EMPTY PROMISES. REAL LIARS.

    Reply
  10. Saya punya tidak diluluskan dengan alasan Duplikasi Permohonan. Saya yang mohon BPN tapi husband yang dapat pulak sedangkan husband tidak memohon pun. Dahlah perbelanjaan dalam rumahtangga saya yang tanggung… PM cakap semua orang tak terkecuali… Dahlah gaji saya kecik.. Kecewa sangat!!!! LHDN sepatutnya mesti adil.

    Reply
  11. Tak layak di sebabkan duplikasi permohonan mana adil sedangkan saya tidak berkerja tambahan suami hilang sumber pendapatan macam mano dengan perbelanjaan kami dengan anak yang masih kecil bpn meme tidak adil

    Reply
  12. KEPADA LHDNM….SILA SEMAK SEMULA DAN PANTAU DI BAHAGIAN PROSES/KULULUSAN/KEPUTUSAN…JGN SAMBIL LEWA… KERAJAAN MEMINTA RAKYAT DUDUK DI RUMAH…KAMI IKUT TANPA BANTAHAN DAN PENGHUJUNGNYA SUBSIDI SATU SEN PUN SAYA TAK DAPAT BERSERTA KEHILANGAN PEKERJAAN…SAYA FAHAM INI SEMUA DI SEBABKAN BENCANA DUNIA…YANG SAYA MINTA CUMA SEMAK SEMULA DAN PANTAU SEMUA PERMOHONAN RAYUAN…DAN JANGAN LENGAH2 LAGI!!!!

    Reply

Leave a Comment