Skim MyDeposit KPKT (Pembiayaan Rumah Pertama 2020)


Jika anda masih lagi belum mempunyai kediaman sendiri, anda boleh mohon Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Skim MyDeposit KPKT ini adalah satu insentif dari kerajaan untuk membantu golongan yang tidak mampu untuk menyediakan deposit untuk membeli rumah.

Sedikit mengenai MyDeposit 2020

Insentif bantuan deposit ini hanya menyediakan 10% daripada harga jualan rumah yang bernilai di bawah RM500,000 sahaja.

Sebagai contoh, jika harga rumah ialah RM200,000, bantuan adalah sebanyak RM20,000.

 

Kriteria dan kelayakan memohon Skim Deposit Rumah Pertama

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mesti berumur 21 tahun dan ke atas
  3. Permohonan ini hanya layak untuk pembelian rumah pertama sahaja
  4. Pendapatan isi rumah pemohon adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
  5. Nilai rumah adalah di bawah RM500,000

 

Cara mohon Skim MyDeposit KPKT

Berikut ialah cara untuk buat permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama:

  1. Layari laman web rasmi KPKT di sini: https://sprn.kpkt.gov.my
  2. Jika belum ada akaun, klik Daftar Akaun
    • Isikan Nama
    • Isikan Nombor Kad Pengenalan
    • Isikan Alamat Email
    • Tekan butang Daftar
  3. Selepas berjaya dalam proses pendaftaran, sila login dengan klik tab Log Masuk Pemohon
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
    • Masukkan Kata Laluan
    • Tekan butang Log Masuk
  4. Lengkapkan borang permohonan secara online
  5. Perakuan dan kelulusan akan dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan penerima insentif Skim MyDeposit
  6. Sekiranya diperakui dan diluluskan, pemohon perlu muat turun surat tawaran bersyarat bagi Skim MyDeposit secara online
  7. Pemohon akan diberikan tempoh 30 hari untuk melengkap dokumen
  8. Pemohon akan diminta tandatangan perjanjial jual beli rumah dengan pemaju perumahan
  9. Pemohon juga akan menandatangani surat tawaran kelulusan pinjaman perumahan
  10. Lengkapkan borang akuan bersumpah / berkanun
  11. Seterusnya, pemohon perlu mengemukakan dokumen yang telah lengkap bagi tuntutuan insentif Skim MyDeposit kepada KPKT
  12. Insentif Skim MyDeposit akan dibayar ke akaun pemaju perumahan, bukan akaun bank pemohon

 

Akhir kalam

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2020

Untuk makluman, jika anda berjaya dalam permohonan Skim MyDeposit ini, anda akan dikenakan sekatan kepentingan penjualan (juga dipanggil moratorium) selama 10 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani.

Ini bermakna, anda tidak boleh menjual rumah tersebut kurang dari 10 tahun. Ini adalah cara kerajaan menangani mana-mana individu yang cuba mengeksploitasi bantuan ini dengan cuba mengambil untuk dengan menjual rumah dalam masa yang singkat.

Diharapkan agar perkongsian mengenai Skim MyDeposit KPKT ini dapat membantu anda untuk memiliki rumah pertama yang diidam-idamkan sekian lama.

Jika anda masih lagi terkesan dengan wabak pandemik Coronavirus Covid-19 ini, boleh juga mohon bantuan Kita1Keluarga dan juga bantuan bulanan untuk warga emas.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • ehome mydeposit
  • pembiayaan skim rumah pertama
  • skim rumah pertama 2020

Leave a Comment