Agak-agak, Apakah Sikap Lelaki Yang Matang Dalam Perhubungan?


Bukan semua lelaki matang. Ada yang sudah banyak umurnya, tetapi masih lagi bersifat kebudak-budakan. Tindak-tanduknya rasa macam tidak sesuai dengan umurnya. Maka, akan mula rasa tidak senang pada si perempuan, terutama pada si isteri yang kini sudah menjadi pasangan hidupnya yang sah. Dia pasti tertanya-tanya, sikap lelaki yang matang itu, bagaimana?

Lelaki matang umur berapa?

Bagus soalan ini. Cuma jawapannya tidak boleh diberi.

Kenapa?

Lelaki matang tidak semestinya bergantung kepada umur. Seperti yang ditulis pada perenggan pertama di atas, tahap kematangan tidak berkadar terus dengan umur.

Ada umur 30-an, tapi perangai seperti belasan tahun.

Ada yang umur 18 tahun, tetapi sudah pandai bawa diri. Lagaknya seperti umur 30-an.

Lambat matang atau cepat matang, bergantung kepada bagaimana cara dia dididik oleh ibu-bapanya.

Apa-apa pun, izinkan kami berkongsi tanda-tanda dan ciri-ciri lelaki yang matang dalam perhubungan.

Sikap lelaki yang matang

Ini antara beberapa sikap dan perangai lelaki yang menunjukkan dia matang dalam perhubungan.

Bila ada masalah, dia bercakap

Dia bukan jenis lelaki diam dengan pasangannya. Walaupun ramai orang perasan, lelaki diam bila ada masalah, dia faham yang apabila sudah berumahtangga, bersifat berdiam diri akan mengundang curiga dari isteri.

Tidak dilupa juga, lelaki matang dia tidak akan mengadu domba tentang masalahnya di media sosial dan rakan-rakan yang lain.

Dia akan memohon pertolongan dari Allah atas segala permasalahan yang membelenggu dirinya.

Lelaki matang, jujur dalam berkata-kata

Sikap lelaki yang matang, antara lain ialah dia seorang yang jujur dalam percakapan dan perbuatannya. Apa yang ada dalam fikirannya, itulah yang dilontarkan dari mulutnya. Itulah juga perbuatan yang dizahirkannya.

Lelaki matang, istilah menipu isteri tidak ada dalam kamus hidupnya.

Bertanggungjawab, nafkah zahir

Nafkah zahir terdiri daripada keperluan asasi manusia seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Nafkah ini wajib dipenuhi oleh pihak suami mengikut kadar kemampuan suami tersebut berpandukan kepada syariat yang telah ditetapkan

Tanggungjawab kepada isteri, anak-anak dan keluarga adalah sesuatu yang besar. Lelaki matang tidak akan mensia-siakan insan di bawah tanggungannya.

Segala perbelanjaan untuk isi rumah, akan cuba diusahakannya. Sikap lelaki yang matang, dia tidak senang duduk jika barang-barang masak tidak ada di rumah.

Suami yang matang juga akan risau jika tidak cukup duit untuk diberikan nafkah kepada isteri, dan juga untuk perbelanjaan harian anak-anak.

Biar dia tak makan, janji isteri dan anak-anak kenyang.

Begitu.

Merujuk kepada artikel dari Berita Harian, walaupun isteri bekerja, suami masih lagi tetap perlu memberikan nafkah zahir.

Walau bagaimanapun, isteri perlu memiliki sifat bertimbang rasa, sabar dan memahami pasangan ketika berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan mencari nafkah.

Oleh itu, isteri dinasihatkan tidak memaksa suami untuk membeli barangan keperluan yang mahal.

Bertanggungjawab, nafkah batin

Menurut rujukan dari Mufti Wilayah Persekutuan, nafkah batin merujuk kepada cara muamalah yang baik antara suami isteri dan begitu juga kebersamaan hubungan kelamin yang baik antara suami isteri tersebut. Suami wajib menunaikan nafkah batin terhadap isterinya selagi mampu.

Lelaki yang matang, dia tidak akan biarkan isterinya terkapai-kapai begitu sahaja.

Lelaki yang matang, dia tidak akan pentingkan diri sendiri.

Lelaki matang, tidak menyentuh perempuan lain

Sudah terang lagi bersuluh. Lelaki yang baik tidak akan menyentuh perempuan lain selain isteri, anak perempuan, ibu, adik perempuan dan kakaknya.

Lelaki yang baik dia akan jaga perhubungannya dengan isterinya yang sah.

Sudah berumahtangga, buat apa menyentuh perempuan lain di luar sana.

Suami yang baik, solat 5 waktu

Analoginya cukup mudah.

Seorang lelaki matang, dia akan sentiasa menjaga agama dan hubungannya dengan Allah.

Kalau dia boleh jaga agamanya, pasti dia boleh menjaga keluarganya.

 

Akhir kalam

Ciri lelaki matang

Faktor utama perceraian di kalangan masyarakat kita ialah tidak lain dan tidak bukan, tentang masalah duit.

Duit itu tertakluk kepada kemampuan lelaki dalam menyediakan keperluan untuk keluarga. Jika ada masalah di situ, maka mungkin akan pincang keluarga.

Lelaki yang matang, dia tidak akan berdiam diri dan mengharapkan semuanya akan selesai dengan sendiri.

Perempuan bukannya mahukan duit itu sangat.

Golongan perempuan mahu tengok komitmen.

Mudah sahaja, tunjukkan effort.

Yang lain-lain, boleh diselesaikan, In Shaa Allah.

Semoga bermanfaat.

 

Carian dari Google:

  • ciri lelaki matang dalam perhubungan
  • Cara memilih lelaki matang
  • Ciri lelaki yg matang
  • contoh lelaki yang matang
  • lelaki yang matang
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment