Senarai SBP di Malaysia (Sekolah Berasrama Penuh, Mengikut Negeri)


Ramai ibu-bapa mahu anak mereka masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).  Malah ada yang sudah mengambil UKSBP baru-baru ini. Namun, ramai yang tidak tahu, di manakah lokasi SBP yang berdekatan dengan rumah. Jika mencari senarai SBP yang ada, teruskan membaca.

Senarai SBP di Malaysia

Berdasarkan sumber dari Wikipedia, izinkan kami senaraikan senarai SBP mengikut negeri.

Klik sini untuk melihat senarai Sekolah Berasrama Penuh mengikut kategori seperti Premier, Sekolah Menengah Sains (SMS), Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

SBP di Selangor

  • Sekolah Seri Puteri
  • SMAP Kajang
  • SMS Kuala Selangor
  • SBPI Rawang
  • SBPI Sabak Bernam
  • SBPI Gombak
  • SMS Banting

SBP di Kuala Lumpur

  • SMS Alam Shah
  • SMS Seri Puteri
  • SMS Selangor

SBP di Putrajaya

  • Sekolah Alam Shah

Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Sembilan

  • Sekolah Dato’ Abful Razak
  • Kolej Tunku Kurshiah
  • SMS Tuanku Munawir
  • SMS Tuanku Jaafar
  • SMAP Labu
  • SBPI Jempol
  • SMS Rembau
  • SMS Perempuan Seremban

Sekolah Berasrama Penuh di Melaka

  • SMS Muzaffar Shah
  • SBPI Selandar

Sekolah Berasrama Penuh di Johor

  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • SMS Johor, Kluang
  • SMS Muar
  • SMS Kota Tinggi
  • SMS Sultan Iskandar, Mersing
  • SMS Sembrong , Kluang
  • SMS Batu Pahat

Sekolah Berasrama Penuh di Pahang

  • SBPI Kuantan
  • SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • SMS Tengku Abdullah, Raub
  • Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  • SBPI Temerloh
  • SBPI Tun Abdul Razak, Pekan
  • SMAP Bentong

Sekolah Berasrama Penuh di Terengganu

  • SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
  • SMS Dungun
  • SMS Kuala Terengganu
  • SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu
  • SMS Hulu Terengganu, Kuala Berang
  • SMS Setiu

Sekolah Berasrama Penuh di Kelantan

  • SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa
  • SMS Machang
  • SMS Jeli
  • SMS Pasir Puteh
  • SBPI Gua Musang

Sekolah Berasrama Penuh di Perlis

  • SMS Tuanku Syed Putra

Sekolah Berasrama Penuh di Kedah

  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra
  • SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani
  • SMS Pokok Sena
  • SMS Kubang Pasu, Jitra

Sekolah Berasrama Penuh di Pulau Pinang

  • SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin
  • SMS Kepala Batas

Sekolah Berasrama Penuh di Perak

  • The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
  • SMS Raja Tuan Azlan Shah, Taiping
  • SMS Teluk Intan
  • SBPI Gopeng
  • SMS Bagan Datoh
  • SMS Tapah

SBP di Sabah

  • SMS Sabah
  • SMS Lahad Datu

SBP di Sarawak

  • SMS Miri
  • SMS Kuching
  • SMS Kuching Utara

SBP di Labuan

  • SMS Labuan

Soalan Lazim Permohonan ke SBP

Berikut ialah soalan yang biasa orang tanya, ihsan dari JPN Selangor

Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?

Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my

 

Siapakah yang boleh memohon? 

  • Murid Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) atau Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. 
  • Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

 

Bolehkah murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?

SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja. 

 

Bilakah permohonan mula dibuka?

Permohonan akan mula dibuka apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan iklan di portal KPM.

 

Apakah syarat minimum kelayakan untuk memohon SBP? 

Tiada kelayakan minimum untuk permohonan ke SBP. Pemilihan murid adalah berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk masuk ke SBP. 

 

Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?

Permohonan boleh dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan. 

 

Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?

Murid hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.

 

Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?

Murid perlu merujuk kepada pihak BPSBPSK jika akses disekat dan membuat semakan di pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.

 

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?
Pemilihan Murid Tingkatan 1: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

 

Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

Murid masih perlu mengisi permohonan secara dalam talian. 

 

Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

Murid yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Murid yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan. 

 

Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?

Murid masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

 

Adakah murid perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?

Murid tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

Akhir kalam

Semoga senarai SBP yang dikongsikan di atas dapat memberi

Carian dari Google:

  • sbp di ipoh
  • sekolah berasrama penuh
  • angka giliran sbp
  • angka giliran sekolah di negeri sabah
  • dapat masuk sbp mengikut kekosongan sekolah
  • denarai sbp mengikut negeri
  • IMTIAZ SEKOAH BERASRAMA PENUH
  • kriteria kelayakan untuk masuk ke sekolah menengah agama persekutuan labu negeri sembilan
  • sek berasrama di johor
  • sekolah agama selangor yang ada asrama lelaki 2019
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment