Senarai Essential Services Yang Dibenarkan Beroperasi 2021 (PKP 3.0)

Senarai Essential Services Yang Dibenarkan Beroperasi 2021 (PKP 3.0)

Sebagai peniaga, kalau anda tak pasti samada anda boleh terus menjalankan perniagaan atau tidak, berikut ialah senarai essential services yang dibenarkan beroperasi iaitu dari MKN dan juga MITI.

Kalau tersenarai, cepat-cepat dapatkan surat kelulusan atau approval letter dari MITI melalui https://notification.miti.gov.my

1. Apa itu essential services?

Bagi yang tidak faham, essential services dalam Bahasa Melayu ialah perkhidmatan perlu.

 


2. Ringkasan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi (MKN)

  1. Makanan dan minuman termasuk haiwan / binatang peliharaan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awa, termasuk pembentungan
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargao dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
  10. Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal
  11. Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
  12. E-datang dan teknologi maklumat
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bujan untuk tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu sahaja

 

3. Senarai essential services sektor pembuatan MITI (i)

Kapasiti pekerja yang dibenarkan untuk bekerja ialah 60% sahaja. Contohnya, jika syarikat anda mempunyai 100 orang pekerja, hanya 60 orang sahaja dibenarkan bekerja.

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan
  4. Barang-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  6. Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan
    peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Produk kimia
  11. Mesin dan peralatan
  12. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan
    bahan api dan pelincir

 

4. Senarai essential services sektor pembuatan MITI (ii)

Berbeza dengan kategori di atas, kapasiti pekerja yang dibenarkan untuk bekerja ialah 10% sahaja. Contohnya, jika syarikat anda mempunyai 100 orang pekerja, hanya 10 orang sahaja dibenarkan bekerja.

Sebagai pemilik syarikat, anda perlu membuat perancangan rapi.


  1. Automotif (kenderaan dan komponen)
  2. Besi dan Keluli
  3. Simen
  4. Gelas
  5. Seramik

 

5. Kalau tersenarai dan dibenarkan beroperasi, apa perlu buat?

Bagi mana-mana syarikat yang dibenarkan untuk beroperasi, anda perlu login MITI dan dapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI.

Borang kelulusan atau approval letter ini boleh dimuatturun daripada portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Sila daftar dan buat permohonan untuk syarikat meneruskan beroperasi secepat mungkin. Jika perlu rentas negeri dan daerah, sila print surat kebenaran MITI.

Semoga bermanfaat.


13 thoughts on “Senarai Essential Services Yang Dibenarkan Beroperasi 2021 (PKP 3.0)”

  1. Tuan,
    Bolih kah business terlibat saperti – photography: ambil gambar untuk Visa, ambil gambar untuk permohonan kerja dan perkhidmatan printing, (photo copy documents) kedai bolih dibenarkan buka semasa 1.6- 14.6.2021.?

    Reply
  2. my company is bean sprout packaging and supply grocery and market but MITI categories our factory as ‘ Perkhidmatan anda tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu ‘

    so what should i do for this??i cant reached MITI helpline too.

    Reply
  3. Dear Sirs

    Our company’s business is dealing in provision of accountancy and secretarial works, are we approve to operate during FMCO?
    If yes, how should I go for the registration to get the approval letter, please advice. Thank you.

    Reply
  4. Tuan,

    Saya tailor Baju Jururawat KKM, ambil ukuran & hantar baju jururawat ke Hospital Kuala Lumpur.

    Boleh saya memohon pergi Hospital Kuala Lumpur sekali seminggu di masa PKPP ini?

    Baju Jururawat ada nurse Mengandung juga, mereka nak baju pakai hari hari.

    Harap tuan beritau apa yang saya boleh apply sekarang , terima kasih banyak.

    Reply
  5. Tuan,

    Syarikat kami adalah Essential Services Sektor Pembuatan Miti (i) dan telah buat permohonan untuk syarikat meneruskan beroperasi dan ingin meminta panduan pihak tuan macam mana kami dapat kelulusan. sekian terima kasih.

    No. Notifikasi 0-02545961

    Reply
  6. syarikat saya Essential services. Saya membuat cili giling dan penghantar cili giling ke pasaraya dan kedai2 macam mana saya nak dapatkan kelulusan dari miti. dan sekrg ni kilang kami tutup sementara sbb tiada kelulusan dari pihak miti. saya dah update dan apply yang baharu … tapi dalm sistem x update apa2 pun .

    no notifikasi : O-00793936 (baharu)
    no notifikasi : O-00394798 (rayuan)

    Reply
  7. syarikat saya Essential services. Saya membuat cili giling dan penghantar cili giling ke pasaraya dan kedai2 macam mana saya nak dapatkan kelulusan dari miti. dan sekrg ni kilang kami tutup sementara sbb tiada kelulusan dari pihak miti. saya hRp pihK MITI membantu saya.

    no notifikasi : O-00793936 (baharu)
    no notifikasi : O-00394798 (rayuan)

    Reply
  8. Hi Tuan,
    Syarikat saya berniaga timber dan hardware. Adakah syarikat under Essential Services?
    Boleh kita apply Miti?
    Harap tuan bagi tahu kita boleh apply untuk sector perniagaan dalam tempoh MCO3.0?
    Sekian terima kasih.

    Reply
  9. Komputer adalah satu keperluan… tetapi tidak disenaraikan DALAM Essential Services .. masa pkp ini semua org gunakan komputer.. komputer rosak, kedai pula tutup.. SATU DUNIA dan semua sektor GUNAKAN KOMPUTER.. Barang komputer boleh beli online, repair cam mana pula…

    Reply
  10. Sir.

    Disebabkan pdpr dah bermula dari 13.6.2021 hingga 17.7.2021. Boleh tak Saya mengoperasikan kedai buku Dan Alat Tulis semasa tempoh MCO 3.0. Disebabkan permintaan untuk photostat Dan printing daripada pelajar , ibu bapa Dan sekolah.

    Reply
  11. Saya buka kedai runcit dalam kampung yang tiada lesen MBSP untuk pohon MITI . Saya dah cuba pohon lesen MBSP, tapi perlukan cukai taksiran. Rumah kedai runcit dalam kampung mana ada cukai taksiran.macammana nk buat kedai kecil sahaja, bukannya pasaraya besar pun… takkan nak tutup!

    Reply
  12. Saya membuat perkhltmatan penjagaan ibu bersalin perlukah saya mgqmbil Surat MITI atau saya trus ke balai but Surat perlepasan seperti biasa yg pernah saya buat

    Reply

Leave a Comment