Senaman Kurangkan Berat Badan (Cara Yang Cepat & Berkesan)


Apakah antara jenis senaman kurangkan berat badan dengan cepat dan berkesan? Untuk kurus, bukan mudah. Izinkankan kami kongsi beberapa tips.

Sedikit mengenai usaha menurunkan berat badan

Anda sudah jemu mencuba pelbagai jenis penyelesaian untuk menurunkan berat badan tetapi semuanya tidak berkesan?

Kami faham.

Macam-macam cara menurunkan berat badan yang dicuba, tapi masih tak berjaya.

Ramai yang berpandangan bahawa kaedah untuk menurunkan berat badan adalah dengan bersenam semata-mata, atau berdiet semata-mata, atau mengubah cara hidup semata-mata.
Hakikat yang sebenarnya adalah ia memerlukan gabungan ketiga-tiga proses. Berikut adalah rahsia untuk mendapatkan berat badan idaman anda: –

Senaman kurangkan berat badan

Senaman kurangkan berat badan

Berikut ialah cara kurangkan berat badan yang kami rasa sangat berkesan. Cepat atau lambat, itu bergantung kepada individu.

Tetapkan jadual senaman

Jadualkan masa senaman anda seolah-olah ia adalah mesyuarat penting yang perlu dihadiri.

Ini akan membantu anda untuk lebih berdisiplin kerana dengan adanya jadual tetap, ia akan memaksa anda untuk untuk melakukan senaman setiap hari tidak kira apa jua alasannya.

Hanya berazam untuk bersenam setiap hari atau hanya melakukan senaman apabila ada masa lapang tidak cukup untuk menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat.

Sekiranya anda melancong ataupun berpuasa, anda boleh mengubah jadual senaman tetapi pastikan anda tidak berhenti bersenam.

 

Bahagikan senaman kepada beberapa sesi

Tidak mampu untuk meluangkan masa selama 30 minit atau 1 jam dalam satu-satu masa?

Tiada masalah kerana anda boleh melakukan 2-3 sesi sehari. Dengan pemilihan senaman yang betul seperti senaman “burst”, anda tidak perlu meluangkan masa yang terlalu lama untuk satu sesi.

Senaman pendek dengan kaedah yang betul mampu memberikan kesan yang efektif dengan syarat ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pada setiap sesi – kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

Selain itu, membahagikan senaman kepada beberapa sesi membantu anda untuk melakukan lebih banyak senaman berbanding 1 sesi yang amat memenatkan terutamanya jika anda baru mula bersenam.

Pastikan anda memulakan hari anda dengan 1 sesi di waktu pagi kerana berdasarkan kajian, bersenam di waktu pagi memberikan manfaat seperti berikut: –

Berasa bertenaga sepanjang hari

Kadar tenaga yang tinggi selepas bangun tidur memudahkan anda untuk melakukan aktiviti berat

Mengelakkan daripada membatalkan sesi senaman kerana berlaku perkara yang tidak dijangka

Membakar lemak dengan lebih pantas kerana perut anda kosong pada waktu ini.

 

Tambah variasi kepada rutin senaman kurangkan berat badan

Di antara kunci utama utama untuk menurunkan berat adalah dengan melakukan senaman pada keseluruhan tubuh badan.

Kepelbagaian jenis senaman membantu membina otot baru, membakar lemak dan memberikan masa yang mencukupi pada bahagian tertentu untuk pemulihan.

Sekiranya anda memilih program seperti Freeletics, P90X, SixPackShortcuts dan sebagainya, anda hanya perlu mengikuti jenis senaman yang telah ditentukan.

 

Berjimat-cermat

Ramai yang menyangkakan bahawa untuk menurunkan berat badan memerlukan kos yang tinggi kerana perlu menyertai keahlian gim, mengupah jurulatih peribadi, menyertai kelas aerobik/bootcamp berbayar dan sebagainya.

Hakikatnya, dengan sedikit usaha dan kreativiti sahaja, anda mampu untuk melakukan senaman tanpa mengeluarkan sebarang belanja.

Sebagai contohnya, sekiranya anda ingin melakukan senaman di rumah, dengan menggunakan telefon pintar anda boleh memuat turun applikasi senaman percuma dan mengikuti program yang disediakan.

Kebanyakan program ini tidak memerlukan sebarang peralatan gim yang mahal.

Anda juga boleh menggunakan laman web seperti meetup.com untuk menyemak sama ada terdapat kelas senaman percuma di kawasan berhampiran tempat tinggal anda.

 

Pilih program senaman kurangkan berat badan berdasarkan minat

Antara sebab mengapa terdapat banyak jenis program senaman adalah untuk memberikan pilihan kepada anda memilih senaman mengikut citarasa anda.

Sebagai contoh, kaum lelaki berkemungkinan besar lebih meminati program seperti SixPackShortcuts di mana ia banyak melibatkan senaman gim manakala kaum wanita pula lebih menggemari P90X dan Freeletics yang lebih cenderung kepada aerobik.

Sekiranya anda membenci sesuatu aktiviti atau melakukannya dalam keadaan terpaksa, kemungkinan besar anda akan merasakan keberatan untuk melakukannya secara berterusan dan akhirnya akan berputus asa.

Pilihlah program yang akan menyebabkan hati anda teruja dan tidak sabar-sabar untuk melakukannya setiap hari.

 

Sertakan dengan muzik rancak

Telah terbukti secara saintifik bahawa mendengar muzik rancak semasa senaman memotivasi anda untuk bekerja lebih keras dan lebih bersemangat di mana anda akan lebih menikmati sesi senaman tersebut.

Dengan semangat yang berkobar-kobar, anda akan lebih bertenaga untuk melakukan jenis senaman yang berat.
Ianya amat mudah untuk dilakukan!

 

Bersenam secara berkumpulan

Aktiviti secara berkumpulan mempunyai banyak manfaat, antaranya adalah: –

Berkenalan dengan individu yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda

Memotivasikan anda untuk berusaha lebih gigih

Memberikan sokongan di mana mereka boleh memberikan cadangan, membetulkan kesilapan ketika melakukan senaman dan melihat perkembangan semasa anda

Untuk mencari kumpulan, ianya boleh dilakukan melalui pusat gim berdekatan tempat tinggal anda, melalui laman media sosial seperti Group Freeletics Malaysia dan juga laman web Meetup.

 

Senaman “burst”

Kesilapan pemilihan jenis senaman adalah punca utama mengapa ramai gagal untuk menurunkan berat badan.

Rata-rata rakyat Malaysia memilih jogging sebagai jenis senaman untuk membuang lemak sedangkan ianya sebenarnya jenis senaman kardio iaitu untuk meningkatkan stamina dan peredaran darah ke seluruh badan.

Senaman “burst” merupakan jenis senaman berkala yang menggabungkan senaman pendek tetapi berintensiti tinggi dengan fasa pemulihan yang perlahan.

Kaedah senaman ini membantu badan anda membakar lemak lebih pantas kerana metabolisme anda kekal tinggi sehingga 48 jam selepas bersenam. Sekiranya anda kesuntukan masa tetapi inginkan hasil yang cepat, ini adalah pilihan yang sangat berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Sekiranya anda kurang pasti bagaimana senaman “burst” berfungsi, anda boleh melakukan carian di Google atau YouTube untuk mempelajarinya. Kebanyakkan program senaman terkini menggunapakai kaedah ini.

 

Akhir kalam

Cara mengurangkan berat badan

Kami berharap, perkongsian senaman kurangkan berat badan ini dapat membantu anda dalam mencari idea untuk kurus.

Hakikatnya, kurus atau gemuk adalah tentang fizikal seseorang. Cantik fizikal itu adalah bonus. Orang gemuk juga ada yang cantik.

Namun, bila bicara tentang cara cepat turunkan berat badan, ia adalah tentang kesihatan.

Jagalah kesihatan sebelum penyakit datang menjengah. Jika usia sudah lanjut, sekiranya ada tanda penyakit jantung, cepat-cepat jumpa doktor. Ingin kami tekankan di sini, pengurusan berat badan itu sangat penting.

Sebelum mengundur diri, kami cadangkan anda cuba cara diet yang berkesan jika ada kesempatan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment