Semakan UKKM 2020 (Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4)


Bagi anda yang sudah buat permohonan MRSM sebelum ini, anda kini boleh buat semakan UKKM untuk lokasi ujian yang akan dijalankan. Namun, ini bukanlah semakan keputusan samada lulus ujian atau tidak kerana peperiksaan masih lagi belum diambil. Hanya kepada semakan lokasi untuk mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.

Jika anda ada mohon SBP / SMKA, sila buat semakan PKSK juga (dahulunya dikenali dengan UKSBP).

Maklumat terkini

Negeri Kedah, Sabah dan Selangor (iaitu spesifik daerah Klang) telah diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah pada 7 Oktober 2020. Ini adalah merujuk kepada pengumuman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, walaupun anda telah buat semakan UKKM dan mendapat tawaran tempat untuk mengambil ujian, Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di kawasan terlibat terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklum kelak.

Untuk makluman juga, pemohon akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berkenaan perkara ini.

Sekiranya terdapat kawasan lain yang diklasifikasikan sebagai zon merah dalam tempoh ujian dilaksanakan, pihak MARA akan memaklumkan kepada calon melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Tak dapat SMS?

Jika masih tak dapat SMS, pastikan anda sentiasa buat semakan secara online. Yang paling penting ialah surat panggilan menduduki ujian, bukan SMS tersebut.

Sila rujuk cara untuk semak lokasi ujian seperti di bawah.

Semakan ujian UKKM Tingkatan 1 (termasuk Ulul Albab)

Anda akan menerima SMS seperti berikut:

RM0.00 MARA: Anda terpilih untuk menduduki UKKM Tingkatan 1. Sila layari https://mrsm.mara.gov.my/semakanujianmrsmf1 untuk semakan lanjut.

Jadi, berikut ialah cara untuk menyemak lokasi ujian UKKM bagi Tingkatan 1:

  1. Layari laman web rasmi MARA di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
  2. Di ruangan No Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anak
  3. Jika masih lagi belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, boleh sahaja masukkan sahaja Nombor MyKid
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Jika anda sudah buat pendaftaran dan permohonan sebelum ini, akan akan dapat melihat paparan berikut:
    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Tempat Ujian
    • Tarikh Ujian
    • Masa
    • Surut menduduki Ujian (yang boleh dimuat turun)
    • Lampiran 2 – Borang Deklarasi Kesihatan (COVID-19) (yang boleh dimuat turun)
  6. Untuk makluman, tawaran untuk menjalani ujian UKKM Ulul Albab juga perlu melalui pautan yang sama
  7. Cuma format soalan UKKM Ulul Albab sedikit berbeza

 

Check tawaran ambil ujian UKKM Tingkatan 4

Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:

  1. Layari laman web rasmi MARA di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
  2. Di ruangan No Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anak
  3. Jika masih lagi belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, boleh sahaja masukkan sahaja Nombor MyKid
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Jika anda sudah buat pendaftaran dan permohonan sebelum ini, akan akan dapat melihat paparan yang sama seperti paparan Tingkatan 1 di atas.

 

Peringatan sebelum ambil ujian UKKM

Andai kata selepas buat semakan UKKM dan anda berjaya terima tawaran, berikut adalah sedikit peringatan dan tips untuk mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM ini.

  • Janga lupa bawa Kad Pengenalan
  • Jangan lupa bawa surat tawaran ujian UKKM
  • Sila bawa pensil sendiri
  • Sila bawa pemadam sendiri
  • Jika perlu, bawa kertas untuk buat kira-kira Matematik nanti

Kebiasaannya, pemohon akan dikumpulkan di suatu tempat terlebih dahulu. Taklimat ringkas akan diberikan sebelum mengambil ujian UKKM.

 

Akhir kalam

Kami faham, ramai ibu-bapa yang sangat-sangat berharap untuk memasukkan anak ke MRSM dan juga yang beraliran agama iaitu MRSM Ulul Albab. Berdoalah banyak-banyak.

Sila ambil perhatian sekali lagi. Semakan UKKM ini juga hanya semakan tawaran untuk menghadiri ujian. Bukan tawaran masuk ke MRSM.

Kita sudah usaha. Selebihnya, biarlah Allah yang tentukan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment