Semakan STR Tanpa Login, Boleh Ke Tak?


Ramai yang bertanya, bolehkah buat semakan STR tanpa login? Sebenarnya, jawapannya ada dua iaitu Ya dan Tidak.

Dalam artikel ini, kami akan jelaskan satu persatu. Sebelum itu, artikel ini juga adalah update daripada penulisan sebelum ini yang membincangkan berkenaan semakan BTR tanpa login.

Ya, Boleh Buat Semakan STR Tanpa Login Kalau….

Yang pertama, anda boleh semak STR tanpa login https://bantuantunai.hasil.gov.my sekiranya anda mahu semak bayaran STR yang masuk ke dalam akaun bank anda.

Ini kerana duit STR yang masuk ke dalam akaun tidak ada kena mengena dengan login atau tidak login STR. Yang penting di sini, anda boleh log masuk Perbankan Internet anda untuk menyemak baki terkini.

Yang kedua, anda juga boleh semakan STR tanpa perlu login ke STR Hasil untuk pemakluman status STR Dalam Proses Pengkreditan melalui SMS.

Apabila anda terima SMS ini, sila tarik nafas lega kerana ini bermakna duit anda sedang on the way.

Cuma anda perlu pastikan anda menerima SMS daripada nombor 62000 atau 63833 sahaja. Nombor-nombor lain dikhuatiri bukan nombor rasmi.

 

Tidak, Anda Perlu Login Untuk Semak BTR Kalau…

Anda perlu klik pautan STR login untuk membuat semakan-semakan lain seperti berikut:

Jenis Semakan Ringkasan
Semakan Penerimaan STR Boleh semak notifikasi selepas daftar & permohonan baru STR 2023
Semakan Status Kelayakan STR Pastikan anda mendapat status Layak Fasa 1 STR (dan juga seterusnya Fasa 2 dan Fasa 3). Kalau tidak layak, tapi dulu dapat BKM, boleh rujuk Kenapa Tidak Layak Fasa 1 STR.
Semakan Status Lulus STR Hanya boleh disemak selepas kemaskini STR & permohonan diproses oleh LHDN
Semakan Tarikh Bayaran STR Perlu tunggu pengumuman daripada Menteri Kewangan
Semakan Status Bayaran STR Perlu mendapatkan status LULUS terlebih dahulu di portal STR dan semak baki akaun bank
Semakan Bayaran STR Perlu melihat duit STR betul-betul masuk dalam akaun bank yang dipilih
Semakan Rayuan STR Hanya boleh merayu jika mendapat status TIDAK LULUS sahaja

Untuk memudahkan cerita, semua perkara yang berkaitan STR seperti semakan kelayakan dan pembayaran memerlukan seseorang itu login ke dalam sistem.

Hanya dalam keadaan tertentu seperti semakan bayaran ke bank, tidak memerlukan login STR.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian semakan STR tanpa login ini akan memudahkan urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment