Semakan BPN 2020 (Check Status Pembayaran Duit)

Sekiranya anda sudah hantar borang permohonan Bantuan Prihatin Nasional dan berstatus LULUS, tentu tertunggu-tunggu bagaimana cara buat semakan status BPN pula. Tidak sabar untuk tunggu pembayaran pula.

Jemput baca perkongsian kami seperti di bawah.

Ini adalah perkongsian semakan status BPN 1.0 yang lagi. Sila baca kemaskini semakan status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank yang terbaru.

Sedikit mengenai pembayaran BPN

Jika anda sudah memohon BPN melalui laman LHDN atau BSH dan permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima SMS daripada 62000 ATAU 63833 mengenai pembayaran BPN anda.

Mulai 6 April 2020, SMS akan dihantar secara berperingkat kepada penerima BPN yang layak berkenaan pemakluman pembayaran BPN tersebut.

Sila pastikan SMS yang anda terima adalah daripada pihak LHDNM yang betul iaitu daripada nombor 62000 ATAU 63833 sahaja.

Ambil sedikit masa untuk baca soalan lazim LHDN.

Semakan Status BPN

Langkah #1: Check status permohonan BPN dahulu

Sebelum boleh buat semakan pembayaran B40 dan M40, anda perlu buat semakan status permohonan terlebih dahulu.

Berikut ialah cara untuk buat semak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional bujang dan berkahwin; samada lulus atau tidak.

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
      Duduk diam-diam
    • Jika status TIDAK LULUS:
      Anda tidak layak untuk terima duit BPN.
      Anda boleh buat rayuan BPN.
      Tertakluk kepada kelulusan.
    • Jika status TIADA REKOD:
      Anda layak untuk terima duit BPN.
      Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional

Secara ringkasnya, pastikan status LULUS dahulu, baru boleh terima pembayaran

 

Langkah #2: Semakan Status BPN

Semakan bagi Pembayaran Fasa Pertama (Melalui portal)

Berikut ialah cara untuk semak status pembayaran BPN. Pastikan anda sudah menerima SMS dari 62000 atau 63833 yang memaklumkan tentang pembayaran BPN.

Untuk buat semakan bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Abaikan sahaja tulisan BSH 2020 itu
  3. Ini adalah semakan BPN juga
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  5. Akan keluar Captcha
  6. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  7. Klik butang Semak.
  8. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Info Tambahan
  9. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain iaitu:
    • Fasa
    • Jumlah Dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • No Akaun
  10. Untuk mengetahui samada duit BPN sudah masuk atau belum, pastikan status Kredit anda adalah Berjaya Kredit
  11. Ingin diingatkan sekali lagi, ini adalah untuk pemohon yang lulus BPN sahaja.
  12. Bermakna, duit sudah masuk ke akaun pemohon BPN yang layak secara automatik BSH tanpa buat permohonan.
  13. Jika permohonan anda LULUS tetapi belum bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud duit BPN belum lagi masuk.
  14. Jika permohonan anda LULUS tetapi mempunyai status Gagal Kredit, ini bermaksud duit BPN cuba dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberi. Namun, akaun bank tersebut mungkin tidak aktif atau tidak wujud akibat tersilap isi. Sila hubungi pihak LHDN untuk ambil secara tunai.
  15. Harap bersabar jika belum ada apa-apa status terbaru.
  16. Sila buat semakan seterusnya di lain hari

Untuk Bantuan Prihatin Rakyat yang terkini pada tahun 2021, anda boleh buat semakan BPR lulus melalui portal bpr.hasil.gov.my

Maksud status bayaran BPN

Ada beberapa status BPN yang penting yang anda perlu tahu. Secara ringkasnya, anda perlu melalui proses status Permohonan Diterima, status Lulus dan status Berjaya Kredit.

 

Status Permohonan Diterima

Ini bukan semakan status pembayaran BPN.

Ini ialah status di mana permohonan anda diterima oleh pihak LHDN.

Permohonan Diterima secara automatik akan terpakai untuk golongan berikut:

  • Penerima BSH B40 sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)
  • Pembayar cukai M40 dengan LHDN sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)

Walau bagaimanapun, status Permohonan Diterima secara tidak terpakai secara automatik untuk golongan berikut:

  • Bukan penerima BSH, tetapi selepas buat semakan, mendapat status Tidak Lulus
  • Pembayar cukai, tetapi selepas buat semakan, mendapat status Tidak Lulus
  • Mana-mana golongan yang mendapat status semakan Tiada Rekod

Golongan di atas ini perlu buat permohonan dan rayuan (jika perlu)

 

Status Permohonan Lulus

Ini juga bukan semakan status pembayaran BPN.

Ini ialah status kelulusan permohonan BPN.

Status Lulus secara automatik akan terpakai untuk golongan berikut:

  • Penerima BSH B40 sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)
  • Pembayar cukai M40 dengan LHDN sebelum ini (Bujang dan sudah berkahwin)

Walau bagaimanapun, status Lulus secara tidak terpakai secara automatik untuk golongan berikut:

  • Golongan B40 yang mendapat status Tidak Lulus
  • Golongan M40 mendapat status Tidak Lulus
  • Mana-mana golongan yang mendapat status semakan Tiada Rekod dan sudah buat permohonan dan rayuan

Golongan di atas ini perlu login dan buat semakan kelulusan BPN.

 

Status Berjaya Kredit

Ini ialah semakan status pembayaran BPN.

Status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

 

Status Gagal Kredit

Ini juga ialah semakan status pembayaran BPN.

Status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPN dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

 

Cara buat semakan BPN

Semakan BPN bagi Pembayaran Fasa Pertama (Melalui akaun bank)

Anda juga boleh terus buat semakan terus ke dalam akaun bank yang dipilih semasa pendaftaran tempohari.

  1. Layari laman web bank yang anda daftarkan untuk menerima bayaran
  2. Contohnya, jika anda memilih BSN, layari https://mybsn.com.my
  3. Klik Login
  4. Masukkan username dan password
  5. Lihat baki terkini

 

Semakan bagi Pembayaran Fasa Pertama (Gagal Kredit)

Sekiranya akaun bank tidak aktif, atau tersalah masuk nombor akaun, anda masih lagi boleh buat semakan.

Ini khusus untuk anda yang lulus Bantuan Prihatin Nasional B40 berdasarkan rekod BSH.

Sekiranya pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank kerana tidak aktif atau nombor akaun tidak wujud akibat tersalah masuk, anda boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal BPN.

Sila simpan Nombor Siri baik-baik.

Sila hubungi pihak LHDN untuk maklumat lanjut.

 

Cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Penerima BSH B40)

Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan B40, bujang dan berkahwin, iaitu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

  1. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank
    Hanya jika pemohon ada memberikan maklumat nombor akaun bank
  2. Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Hanya jika status bayaran adalah gagal kredit, iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank akibat akaun yang tidak aktif, atau nombor akaun yang salah dan tidak wujud
  3. Bayaran BPN secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    Hanya jika pemohon tidak ada akaun bank langsung

Cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (Pembayar Cukai M40)

Berikut ialah kaedah pembayaran BPN bagi golongan M40, bujang dan berkahwin, iaitu pembayar cukai pendapatan sebelum ini.

  1. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank individu bujang
    Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk individu bujang sahaja.
  2. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank ketua rumah
    Hanya jika pemohon ada kemaskini dan kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.
  3. Bayaran BPN terus masuk ke dalam akaun bank pembayar cukai
    Jika pemohon kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan taksiran bersama, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama pembayar cukai pendapatan yang ditaksir. Untuk yang sudah berkahwin sahaja.

 

Berapa jumlah pembayaran BPN yang akan diterima?

Berkahwin dan berpendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
  • Jumlah bantuan ialah RM1600.
  • Amaun RM1000 akan diberi pada bulan April 2020
  • Amaun RM600 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

Berkahwin dan berpendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
  • Jumlah bantuan ialah RM1000.
  • Amaun RM500 akan diberi pada bulan April 2020
  • Amaun RM500 akan diberi pada bulan Mei 2020

 

Bujang, berpendapatan RM2,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional adalah secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar di bawah BSH
  • Jumlah bantuan ialah RM800.
  • Amaun RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
  • Amaun RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020

 

Bujang, berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, wang BPN akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank yang berdaftar dengan LHDN
  • Jumlah bantuan ialah RM500.
  • Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan April 2020
  • Amaun RM250 akan dimasukkan ke dalam akaun pada bulan Mei 2020

 

Akhir kalam

Kami faham, anda perlukan duit bantuan itu segera.

Sabar.

Kami yakin kerajaan kini berhempas pulas untuk memberikan servis terbaik kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19 ini.

Diharapkan agar perkongsian semakan status BPN ini serba-sedikit memberi kefahaman kepada anda.

Untuk maklumat terkini, sila rujuk akaun Twitter LHDN.

Semoga bermanfaat.

168 thoughts on “Semakan BPN 2020 (Check Status Pembayaran Duit)”

    • Rumah sy jauh dari acc ..
      Boleh tak encik mempercepatkan nya supaya sy tidak berulang alik rumah ke acc lgi

      Reply
      • Xpyh pg bank cik…just semak dlu dkt online…klu dh masuk nt dia tunjuk dkt maklumat tambahan bank mana dia masuk…jgn susah² ulang alik

        Reply
      • Saya dari sejak br1m diperkenal saya terus lulus dn dapat menrima bantuan. Sampailh pemrintahan kerajaan beralih saya tidak lagi mendapat bantuan sb tidak lulus saya dn disarankn supaya buat semakan atau rayuan..tetapi memandangkn saya tidk punya Kendraan sendiri terpaksalh saya pendamkn semuanya memandangkn sgt bnyak biyai luang alik ke Pejabat..tapi kenapa saya tidak ada rekod yg Tertulis di LHDN..harap Tuan boleh dpt bantu saya..saya dah isi borang tapi smpi sekrang tidk ada jwban

        Reply
      • Permohonan di terima .. sila kemaskini .. nak dekat berjuta kali kemaskini entah ape yg nk dikemas lagi .. sama jugak ! Mental torcher !

        Reply
    • Tulis kt msg yg kita dapar drpd 62000 tu pembayaran drpd 6-12.. ni dh 12 h.b x masuk pon lg.. bila semak sekali lg tulis maklumat bayaran paparan x silap.. pastu nk kemaskini nk buat pasword punya lah susah.. mcm mana ni?

      Reply
    • Akaun saya pbb. pemohonan saya lulus tapi
      Bayaran tunai di bsn..bila blh tunai bayaran bpn saya
      No akaun dh bg..lagi kene tggu bayaran secara tunai..
      Kalau perintah ni sampai tahun depan saya nk mkn apa..yg akaun bsn je dapat..pbb tk blh..arah lain bank ttp lah jgn operasi..bsn je buka.

      Reply
    • Say berstatus janda gaji tidak melebihi RM4K dan anak bujang gaji tidak melebihi RM2K, berapakah amaun BPN yang layak saya terima. Terima kasih

      Reply
    • Sejak sya daftar smpai sekarg sedang di proses…kwn sya pn sma juga,setiap kali cek sedang di proses mna kami nk thu lulus atau tidak…

      Reply
      • lama benor ya, haritu 1 april time daftar pun sistem BPN dah “hang” sebb ramai sangat mohonnya, kene tunggu berapa hari lagi baru mohon. ni dah nak raya tk dpt lagi. harap2 kita dapat tempuh cabaran ni

        Reply
    • Klu d lulus kan …tu yg nak kita pasti kan sdh d kc msk akun kah atau blm..hnya d bgth d lulus sama ada ama smpi kad no fon

      Reply
        • Sy plak dh chek byk kali kat online tp belum dpt keputusan apa apa dn tertulis pulak kemaskini permohonan dn sy dh buat kemaskini byk kali tp masih juga ada tulisan mcm tu bila sy chek.. sy buntu tk tau nk buat mcm mn.. ada sesiapa yg boleh tlg sy.. tlg ajar Sy apa yg patut sy buat..

          Reply
          • Assalamualaikum,kata xada yg tercicir,tp bayaran bpn saya xmasuk dah habis tarikh pun mcm mana ya…dah la beratur panjang,smpai2 cek baki duit xmasuk…
            Terima kasih..

        • Saya sudah berkahwin sya layak dpt 1600.sya semak lulus dan mndpat 1600 tetapi kenapa duit masuk dalam akaun hanya rm868shja..sepatut nya sya mndpat fasa 1 ialah rm1000..

          Reply
    • bagi yg tiada acc bank mcm mna mau buat permohonan kalau tdak lepas mau isi borang online kalau tetap mau acc bank ? mau cek lulus ka tdak ? lagi satu mau dpt no. siri dkat mna ?

      Reply
    • Bpn sy Lulus tapi pembayaran fasa ke rm600 sudah dikreditkn tapi x masuk akaun.. Boleh sy tahu kenapa ye

      Reply
  1. Nak pasti cheak .nak tahu .mcm cara nk tahu klu sdh d kerdit kan ke akuan ..senang sikit klu ada pemberitahun dr semakan .jd blh p ambil sdh klu sdh d kerdit kan ke akuan..sbb dlm keadaa trlarang keluar rmh la ..nk th cara cheak sdh d msk kh blm

    Reply
  2. Stastus saya sudah lulus tapi numbor acc bank saya sudah tidak aktif bagaimana saya hendak kemaskini nombor acc bank saya?

    Reply
  3. Saya dah trma SMS, tapi duit belum masuk lagi dlm acaun…. @ ada SMS kali kedua akan di hantar ke penerima untuk menyatakan duit dah masuk????

    Reply
      • Saya lulus tapi nape saya mahu kemaskini akaun pertukaran tidak boleh dibuat..Kan corona macam mana nak baris Kat bsn..Boleh tak email to bpn until pemberitahuan tukar akaun number..

        Reply
  4. Sy dah buat permohonan baru,dah ada jawapan permohonan di terima(kemaskini permohonan)?.apa maksudnya?

    Reply
    • Kenapa saya sudah permohonan,dia tulis permohonan sudah terima, keputusan akan bagi tahu, lepas saya selalu check tengok, dia selalu keluar permohonan kemaskini , kenapa macan in? saya bulan mei sudah mahu bersalin, saya harap boleh dapat duit ini tolong saya.

      Reply
    • Hrap mempercepatkan acc sy ..rumah ke acc amat jauh
      Manik urai ke kuala krai kena ambik surat lagi ..susah lah klau prgi ambik surat kebenaran balai lgi..pergi ke acc duit xada .tlong sngt2??

      Reply
      • apasal la xcheck online je yg susah payah nk g bank tu dah kenapa, baik g bank tu register online pastu boleh check je melalui online..merayu kat sini bukan ni org bank pun..adoii la..

        Reply
      • Saya pernah menerima brim. Tapi saya tidak pernah menerima bsh. Tapi saya cek bpn status lulus. Bukankah status lulus ni untuk yang pernah menerima bsh?

        Reply
    • Hrap mempercepatkan acc sy ..rumah ke acc amat jauh
      Manik urai ke kuala krai kena ambik surat lagi ..susah lah klau prgi ambik surat kebenaran balai lgi..pergi ke acc duit xada .tlong sngt2 0198582068??

      Reply
      • Staus permohonan hanya tulis permohonan diterima,adakah saya layak untuk menerima BPN,masih menunggu jawapan dengan hati yg berdebar,amat berharap untuk mendapat bantuan,

        Reply
  5. Saya berpendapatan dlm group Rm4000 kebawah,
    Klulusan BPN keseluruhan bejumlah RM 1000..
    Adakah ia betol atau sebaliknya,
    Apa yg maklumkan gaji bawah Rm4000 menerima Rm1600.
    T.kasih

    Reply
    • Saya pun mcm tu.. dapat seribu saja padahal saya suri rumah yang tak bekerja.. mcm mna blh gaji 4000 ke atas? ?

      Reply
  6. Salam hormat,
    sy dpt bsh last 2018 time tu berkawin,sekarg bujang,,dan sy dah update tapi kenapa lama sgt,adakah mngkin sb sy tak update status bujang sy??

    Reply
    • duit tetap belum masuk2 lagi.dia ckap 6atau12april.smpai sekarng duit tk masuk lagi dah 16april dah ni.duit sewa ruma nk kena bayar anak ada 2 orng 1 baru lahir.nk beli pempers dgan susu pon tergantung lagi ni.tlong percepat kan la.bagi kami yg memerlukan…sekian…

      Reply
  7. Ahli parlimen pon dh dapat tapi pulang balik….yg memerlukan sampai hr Jumaat x dapat2 lagi
    Elok ikut cara brim @ bsh
    Apa cita yg lulus masih xdpt?????

    Reply
    • sebelum ni semua bayaran BSH akan di kreditkan dlm akaun suami saya tp bulan mac baru2 ni saya telah kemaskini BSH suami dan saya ada juga masukkan sekali maklumat akaun bank saya..kelmarin saya cek status byaran BPN suami suda berjaya di kreditkan tp bila saya cek online bankin duit tu belum ada lg dlm akaun suami..adakah bayaran BPN tu di kreditkan dlm akaun saya/isteri…?

      Reply
  8. sebelum ni semua bayaran BSH akan di kreditkan dlm akaun suami saya tp bulan mac baru2 ni saya telah kemaskini BSH suami dan saya ada juga masukkan sekali maklumat akaun bank saya..kelmarin saya cek status byaran BPN suami suda berjaya di kreditkan tp bila saya cek online bankin duit tu belum ada lg dlm akaun suami..adakah bayaran BPN tu di kreditkan dlm akaun saya/isteri…?

    Reply
    • Duit dah masuk akauan isteri tapi kredit gagal pada 12/4/20.akaun isteri isniya binti ibrahim may bank.

      Reply
  9. Assalamualaikum,
    nak tanya sikit. saya terima mesej layak BPN.
    tetapi bila saya semak di website, tiada rekod.
    bila saya nak buat permohonan. column nama dengan ic tak dapat nak tulis.

    Reply
  10. Mohon bantuan.. status ayah saya lulus dan ade makluman bayaran tetapi dekat status bank tu kosong.. adakah perlu menunggu pulak lhdm updte status bank ke macamana? makluman xjelas.. mohon maklum balas berkenaan perkara ini.. ayah duduk di kampung, anak2 y tukang semak ni pn keliru..

    Reply
  11. Asslamualaikum nak tanya, adakah duit bpn tu kena ada bank bsn ? Sbb sy da buat semakan”lulus. Tpi smpai skrg duit x msuk lagi dalam acc maybank .

    Reply
  12. Saya nak tnye ayah saya pnye lulus tp smpai hr ni dlm akaun duit x msk lg..sbb mse dpt bsh ayah saya kne g bnk amk duit sbb dia dpt voucher..adakah BPN pun dpt voucher mcm bsh..

    Reply
  13. masuk username pun tak boleh.. nak tukar password pun xblh.. bila tekan dekat paparan bayaran dia minta log in.. tapi apa pun xblh..

    Reply
  14. Salam..sy nak tanya kalau sebelum ini adik sy dpt brim bukan melalui dri bank dia dpt dri voucher..jdi utk skrg ni dia da cek status da lulus..tp dia tak update bank acc lagi..jdi mcm mana dia nak dpt kan duit tu ya?

    Reply
  15. Saya pun sama suami Sy check 6th sampai Hari ni tapi dari bpn dapat msg lulus. Tapi account bank Duit tak masuk lg. Tapi kat tempat Saya ramai dah masuk duit. Kenapa cik..

    Reply
  16. Saya terima sms kata dah lulus dan akan dikreditkan. Tpi bila buat semakan kat page lhdn, permohonan diterima katanya. Bingung.

    Reply
    • Saya lulus tapi acc lama saya dah tak aktif bila nak kemaskini masuk acc baru tak boleh.. Mcm mana nak dapat duit bpn?

      Reply
  17. Saya Dapat mcj dah lulus tapi sampai sekarang duit tak masuk lagi. Kenapa ya ?? Saya nak guna sangat duit. Boleh tlg di pecepatkan tak ?

    Reply
  18. Cakap penerima BSH atau B40
    akan dapat sblm 12hb. Baru sekejap cek, masih gak belum
    masuk. Apa dah jadi ni
    Yang diluar kelayakan cam wakil rakyat cepatlaj pulak dia orang dapat. Ke nak kena tunggu sampai bila.

    Reply
  19. saya dah apply dari 5hb april lagi. Dia kata permohonan diterima. bila saya nak kemaskini permohonan, saya tak boleh login. dari mula2 dah macam tu. tukar pwd berkali2 tak dapat. nak telefon nombor minta bantuan pun tak jumpa. macamana ya? saya kena buat lagi sekali ke?

    Reply
  20. Okey sekajap. Sy nk tnye. Macam duit brim tahun 2019 bgi dekat mne ye? Sbb sy bru call bank yang bank mengata kan acc rhb sy tu Sudan close last 2018. Dan sy tnya bank mcm Mne duit bsh sy? Bank suruh beurusan dengan lhdn. Call ap semua tak ada jawapa betol betol berehat. Dan duit bpn ni suruh sy tunggu Boucher jawapan nye mmg take ada lah tu. Tak pernah stu Surat pun sy dpat. Last waktu mula mula sy mohon brim. Yang lain smpai ni sy tak tahu ap jadi duit tu. Agak nye dh bercucu dh. Jadi mcm Mne sy nk dpat kan duit duit sy tu. Agak agak bila Boucher tu nk ketuk pintu rumah sy ni? In dh berapa hari bulan dh. Humm.

    Reply
  21. Macam mana ni janji 6-12 akan msk, hari ni pun belum ada lg, macam mana ni,mintak penjelasan?jangan buat pada yang berharap kecewa,

    Reply
  22. Macam mana ni janji 6-12 akan msk, hari ni pun belum ada lg, macam mana ni,mintak penjelasan?jangan buat pada yang berharap kecewa,

    Reply
  23. Status gagal kredit.. Maklumat pasangan tiada akaun bank jd saya letak 000..tapi kenapa masuk juga akaun no 0000 tu.. Mcm mne nk buat? Tlg beri info skit..

    Reply
    • Saya dpt msj status lulus tp smpai sekarang blm dikredit lg, blh tahu tak sebab apa?saya dahlah xdpt gani dr company sy bekerja skrg, so buntu nk cari duit mna…

      Reply
  24. Saya Dapat SMS kata lulus tapi dimasuk BPN status tidak lulus.Kenapa ya ??
    (Pendapatan Isi Rumah RM4,001hingga RM8,000.00 boleh lapat seribu.)
    Mengapa belum lagi??

    Reply
  25. Nk tny..
    BPN sy Lulus.. tapi bila check..Status Kredit=Gagal kredit.. kod tidak berjaya =NAME MISMATCHED..
    Mcm mana tu.. mcm mana nk hubungi untuk buat pertanyaan @ Aduan??.

    Reply
  26. Untuk yang belum menerima wang BPN, mari share pengalaman dengan saya.
    Saya ada post kat sini pada 12hb April 2020 yang lalu, bilamana sudah berkali kali
    cek status dekat LHDN, namum ianya kekal Lulus sahaja, tak ada maklumat kredit ke
    akaun..Saya pun tawakkal pada esok harinya 13/4/2020 pergi cek dekat ATM walau pun
    susah krn ramai lagi yg masih que. Terkejut jugalah saya, rupanya wang sudah pun dikredit kedalam akaun, dan saya telah pun berjaya mengeluarkan nya,

    Laman LHDN sehingga ke hari ini, butir-butir kredit akaun masih juga belum update.

    Jadi, saya nasihatkan kpd yg belum menerima lagi, sila buat semakan kat ATM, mana tahu kot kot nasin anda serupa dengan saya. Terima kasih.

    Reply
  27. Cek dlm ambank tak masuk lg, status lulus , kenapa acc maybank terima awal bank lain selain bsn bila boleh dapat . Pernah terima brim pun lmbat juga ke dapat

    Reply
  28. Permohonan dah lulus,tapi sampai sekarang duit belum masuk lagi, mohon penjelasan pihak LHDN saya dah tak tahu nak buat apa sekarang ini

    Reply
  29. nak semak no siri pn susah..dalam acc masih belum kredit…tekan maklumat bayaran, ditanya soalan yg bukan-bukan…bagaimana mau tau masuk melalui acc atau ambil di kaunter kalau no siri pn susah nk tunjuk…ini bkn meringankan beban, tp bertambah tekanan

    Reply
  30. Status lulus..cuma pembayaran sampai ke harini belum ada penampakan bantuan dlm akaun bank..apa dh jadi..boleh bagi pencerahan?..asyik update online banking setiap masa?

    Reply
  31. Betul tu shbt..sy pon bank pbb satu famly blm dpt..klau mcm ni kami nk mkn ape..nk g ambil kt bsn pon xtau mcm mne cara nk dpt kn vouncer tu?

    Reply
  32. Maaf sy xda niat nk post no fon atau pon no akaun kt sini..cuma sy berharap pihak berkenaan tolong ambil thu komen2 rakyat dlm kesusahan sekarang..saya mat jusoh bin mustapha akaun bank public 6801476018..harap pihak kerajaan boleh nmpak komen ni..terima kasih

    Reply
  33. Dengar kerajaan akn naik kn lgi bpn untk isi rumah kn..habis mcm mna dengan orng yg belum dapat apa2..pihak berwajib tak boleh ke cari data2 orng yg belum dapat ni..kn semua telah berdaftar dgn kerajaan tk kn dorng tk thu seseorng dh tukar no fon atau akaun bank ??

    Reply
  34. Kenapa BPN M40,tiada sms?bila semak online,hanya terpapar “sudah diterima”.cmne nk tahu permohonan ini lulus atau tidak?

    Reply
  35. Permohonan lulu’s kata dapat rm1600…. Tp bila pergi ke bsn dapat RM500 je… Sepatutnya rm1000… Bsh saya dapat..
    Kenapa lhdn bagi list yg dulu pu ya… Knp tak bagi list yg terkini.. Saya ni golongan b40 bukan m40

    Reply
  36. Saya dapat masej kata dapat BPN rm1600… Bsh saya dapat masuk acc isteri cimb… Tetapi knp yg BPN saya dapat RM500 je… Masuk acc bsn pulak tu…. Yg jadi persoalan saya knp lhdn bagi maklumat lama…. Iaitu maklumat brim..

    Knp tak bagi yg terbaru…. Dari bsh…. Saya ni golongan B40… Bukan M40…. Saya merayu pada lhdn bagi maklumat yg terkini
    Bukan maklumat yg lama

    Reply
  37. Assalamualaikum saya telah menerima sms BPN telah LULUS. Bayaran akan dibuat pada April & Mei 2020. (tidak perlu membuat semakan atau permohonan).

    Bayaran akan dikreditkan ke akaun anda mulai 6-12 April 2020. Pengeluaran boleh dilakukan dimana-mana ATM. tiada caj dikenakan.#Duduk Rumah.

    Tetapi sehingga ke hari ini saya masih lgi tidak menerima duit tersebut.

    Saya mohon jasa baik tuan/puan untuk memberi pencerahan kenapa bayaran masih belum dikreditkan ke akaun.

    Sekian terima kasih.

    Reply
  38. Saya pon sama, status lulus tetapi sampai sekarang belum masuk pon BPN, Maklumat bayaran pon tidak dapat dibuka.Apa harus saya lakukan.

    Reply
    • saya pun sama laa.. tak dapat sms dari lhdn.. tiada butang menunjukkan status pembayaran atau no baucar.. duit belum masuk.. status lulus dari 1/4 lagi.. ini bukan ringankan beban.. ini tambah beban tambah stress.. hari2 check akaun bank mcm orang gila..

      Reply
  39. Tolong, kawan saya tidak berapa pandai sangat. Kenderaan dia cuma basikal. Dari zaman BSH dia rugi sebab duit dapat kat bini dia padahal bini dia lari/nusyuz. Untuk BPN pula, lepas tau akaun tak aktif dia aktifkan semula. Duit tak dak jugak saya suruh dia pergi BSN. Kerani kata masuk akaun isteri, bank islam. Dapat kat bini lagi, dapat kat bini lagi! Kesian dia.. Padahal masa orang lain duk rumah cuti covid dia kena tanam padi supaya boleh teruskan hidup. Harap ada sapa2 yg boleh tolong

    Reply
  40. Sy pny prmhnn br lls 8/5.tp y jd prsoalanny knp sy dpt byrn kslrhn rm1000 shj,bknny rm1600.sdgkn sy skeluarga brpndptn kurang dr 4k kebwh.status brkhwn,mnjaja n hny suami shj y brkrja.suami pulak bkn wrganegara malaysia.tp prkhwnn kami sah brdftr.kami xdpt sbrg bntuan,kami msh kuarantin mnajaja,tiada duit msk,yuran anak n sewa rumah wajib byr.mcmn tu,mohon dperjelaskn dr phk brtgggjwb

    Reply
  41. Start dri 4 mei smpai skrg 10 Mei, stiap hri cek online, tak masuk masuk lagi fasa ke2 punya RM300.. ke agro bank yg ada msalah? fasa 1 cepat pulak masuk.. begini lah dugaan orang yang menerima bantuan.. “menanti sesuatu yang sudah pasti, tapi belum tahu kapan kan datang kemari” ?

    Reply
  42. Hi im kosaladavi ..my status pemohonan lulus…tapi my bank account number is tak betul…now i what do

    Reply
  43. pergi jer bank jumpa kaunter ,cek ..tgu masuk akaun xde la..tp cek online dlu..
    saya amik BSHR rm200,pastu minta dia cek..tgk ada BPN rm1000,

    Reply
  44. Saya mohon bpn sudah lulus. Tapi masih tidak lagi. Kata masuk 15 May. Tapi sampai hari NIE tak masuk lagi

    Reply
    • Betul tu dah 17mei tpi tetap tak masuk, status lulus dah lama dah, dah la lulus 500 je nk kata ada SSM dah 2 tahun lepas mati kn SSM surat pun ada.. Jgn la ambil kesempatan potong jumlah kelayakan sesuka hati, ramai Sgt yg memerlukan bantuan ni.. Bantuan ni hnya meringankn 5% je dari kesukaran kewangan golongan B40 ni..

      Reply
  45. Betul tu dah 17mei tpi tetap tak masuk, status lulus dah lama dah, dah la lulus 500 je nk kata. Jgn la ambil kesempatan potong jumlah kelayakan sesuka hati, ramai Sgt yg memerlukan bantuan ni.. Bantuan ni hnya meringankn 5% je dari kesukaran kewangan golongan m40 ni..tlg maklumkan duit ke dlm ACC bsn sy skrgni

    Reply

Leave a Comment