Rayuan SBP Tingkatan 1, Kemasukan 2020 (Semakan Keputusan)


Adakah anda antara ibu-bapa golongan M40 dan T20, yang anak-anak lepasan UPSR 2019 yang tidak mendapat tempat di SBP? Ya, dasar baru kerajaan baharu yang mahu memberi kelebihan pada golongan B40. Walau bagaimanapun, masih boleh cuba buat rayuan SBP.

Anda sebenarnya tidak berseorangan. Jemput sertai Facebook Group TEAMRAYUAN SBP/MRSM, yang didalamnya ramai ibu-bapa yang masih lagi berharap.

Langkau artikel ini jika anda mahu buat rayuan MRSM Tingkatan 1.

Langkau juga untuk terus melihat ranking SBP di Malaysia berdasarkan keputusan SPM terkini.

Dasr kerajaan baru sejak 2019

Boleh baca kenyataan media pada tahun 2019 dari Kementerian Pendidikan Malaysia bertajuk KPM Kembalikan Semula Semangat Sekolah Berasrama Penuh, Membantu Golongan B40 Peroleh Kemudahan Pendidikan Berkualiti itu di sini.

Ketidakpuashatian ibu bapa calon UPSR 2019

Tahun lalu, Facebook peribadi Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik juga diserang oleh ibu-bapa golongan M40 dan T20 kerana keputusan drastik ini mengecewakan anak-anak mereka yang berusaha bersungguh-sungguh.

Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan KPM kembalikan semula semangat Sekolah Berasrama Penuh, membantu golongan B40 peroleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Posted by Dr Maszlee Malik on Friday, December 21, 2018

Jangan risau, ada rezeki – adalah. Sambil-sambil itu, semak dan simpan pautan ini andai nasib menyebelahi.

Macam mana nak semak keputusan kemasukan SBP 2020?

Semakan keputusan kemasukan SBP 2020

Sila klik pautan ini: https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/aplikasi_tutup.cfm

Untuk makluman, seperti syot layar di atas, semakan tawaran hanya dibuka pada:

  • Tarikh: 18 Disember 2019 (Rabu)
  • Jam: 3 petang

 

Macam mana nak semak rayuan SBP?

Cuma klik link seperti di bawah ini. Masukkan angka giliran sahaja dan klik butang Semakan.

Rayuan SBP 2020

Untuk buat semakan rayuan SBP secara online, klik sini: http://sst1.moe.gov.my/semakansbpt1_rayuan/index.cfm

 

Masukkan IC untuk hantar rayuan SBP

Semakan rayuan SBP Tingkatan 1
Masukkan nombor MyKad untuk teruskan permohonan rayuan SBP.

 

Rayuan SBP ini, perlu buat sekali atau banyak kali?

Sama seperti rayuan MRSM, cukup hanya sekali sahaja. Anda memang tidak akan boleh klik banyak kali. Ia akan digunakan untuk pengambilan atau ‘intake‘ yang akan ada kekosongan.

Tidak perlu terlalu paranoid sehingga takut permohonan kita tidak diterima.

 

Ada berapa ‘intake‘ untuk rayuan SBP ini?

Dikhabarkan, akan ada banyak pengambilan untuk tahun 2019. Ini memandangkan golongan B40 mendapat tawaran dari MRSM, SBP dan SMKA.

Tentu sekali akan ada yang tolak tawaran.

Dikhabarkan juga, ada banyak lagi ‘intake‘ sehingga bulan Ogos 2019 nanti. Semestinya untuk mengisi kekosongan yang ada.

 

Adakah markah Ujian Kemasukan SBP 2020 (UKSBP) diambil kira?

Maaf, kami tidak ada data tentang ini. Anda boleh buat panggilan dan semakan juga ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan untuk mengesahkan perkara ini.

Kami yakin, keputusan UPSR, PAJSK dan UKSBP diambil kira kesemuanya.

 

Kuota pengetua SBP 2020?

Apa itu kuota pengetua?

Kuota pengetua ialah pemilihan dan kemasukan yang dibuat oleh pengetua SBP tersebut, setelah calon menjalani proses temuduga dan menjawab soalan-soalan serta praktikal yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ini bermakna, kuota pengetua ialah hak pengetua untuk memberikan kepada sesiapa sahaja yang layak

 

Wujudkah lagi kuota pengetua SBP 2020?

Ini kami tidak ada data dan rekod. Kami sarankan agar ibu-bapa menghubungi terus pihak sekolah jika SBP tersebut mempunyai kuota pengetua.

 

Seterusnya, apa saya perlu buat?

Jika rayuan secara online sudah dibuat, cubaan untuk melobi kuota pengetua SBP juga sudah dibuat, jalan terkahir ialah hadir sendiri ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

Namun, jangan salah tempat higga pergi ke Putrajaya.

Calon boleh pergi ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Bukan Putrajaya.

Pegawai-pegawai di sana sedia membantu.

 

Akhir kata

Rayuan SBP Tingkatan 1 2020Rayuan SBP telah dibuat, maka berlapanglah dada.

Selain itu, banyakkan berdoa, minta pada Allah. Andai SBP itu terbaik untuk anak-anak kita, maka kurniakanlah.

Dan sekiranya sekolah harian biasa itu terbaik untuk anak kita, maka kita perlu redha.

Setiap sesuatu yang Allah kurniakan, ada hikmahnya.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • contoh surat rayuan permohonan sbp tingkatan 1
  • erayuan sbp
  • ppn selangor
  • e rayuan sbp tingkatan 1 2020
  • Keputusan rayuan sbp
  • keputusan rayuan sekolah asrama penuh 2019
  • rayuan sbp cyberjaya
  • semakan rayuan sbp
  • semakan rayuan tingkatan 1 2020
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment