Rayuan MRSM Tingkatan 1, Kemasukan 2020 (Semakan Keputusan)


Adakah anda antara ibu-bapa golongan M40, yang anak-anak lepasan UPSR 2019 yang tidak mendapat tempat di MRSM? Dan rasa agak kecewa, lalu mahu buat rayuan MRSM Tingkatan 1?

Anda sebenarnya tidak berseorangan. Jemput sertai Facebook Group TEAMRAYUAN SBP/MRSM, yang didalamnya ramai ibu-bapa yang masih lagi berharap.

Langkau artikel ini jika anda mahu buat rayuan SBP Tingkatan 1.

Langkau juga untuk terus melihat ranking MRSM di Malaysia berdasarkan keputusan SPM terkini.

Sudah merayu tapi masih tak dapat?

Keputusan tawaran kemasukan MRSM Tingkatan 1

Jangan risau, ada rezeki – adalah. Sambil-sambil itu, simpan pautan di atas tadi andai nasib menyebelahi.

Pada tahun lalu, ekoran insiden itu, Facebook MARA juga diserang ibu-bapa golongan M40 dan T20 kerana anak-anak mereka yang kecewa. Sehinggakan yang mendapat 6A sekalipun tidak mendapat tempat, hanya kerana ibu-bapa yang bergaji tinggi.

 

Macam mana nak semak rayuan MRSM?

Bagi yang belum berkesempatan untuk buat semakan keputusan tawaran kemasukan MRSM bagi Tingkatan 1 tahun 2020, sila ke sini:

https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf1

Semak tawaran MRSM Tingkatan 1

Untuk buat semakan rayuan MRSM secara online, sila gunakan pautan yang sama: https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf1

 

Kenapa tiada butang rayuan?

Anda cuba merayu tetapi tidak nampak butang apa-apa. Pelik bukan?

Dikhabarkan bahawa, sesiapa yang mendapat C atau D dalam keputusan UPSR yang lalu memang tidak akan nampak butang rayuan.

Namun, ada jika kes di mana 5A1B juga tidak ada butang rayuan.

Menurut pegawai MARA, jika ini berlaku, ada dua kemungkinan sahaja:

  1. Keputusan UPSR anak memang tidak layak untuk merayu
  2. Ibu-bapa ada hutang dengan MARA. Samada semasa di MRSM dulu, pinjaman pendidikan atau perniagaan. Sila jelaskan dulu bayaran dengan MARA dan maklumkan ketiadaan butang rayuan.

Jika anda tidak boleh buat rayuan MRSM, jangan kecewa. Teruskan menghubungi pihak MRSM dengan menghantar surat dan email..

Jalan terakhir, masih lagi boleh mencuba dengan berjumpa secara bersemuka di pejabat MARA.

 

Rayuan MRSM ini, perlu buat sekali atau banyak kali?

Sama seperti rayuan SBP, cukup hanya sekali sahaja. Tidak perlu banyak kali. Anda pun memang tidak akan boleh klik banyak kali.

Rayuan yang sekali ini, akan digunakan untuk pengambilan atau ‘intake‘ yang akan ada kekosongan. Jadi, tidaklah perlu jadi paranoid kerana takut tidak mendapat tempat.

 

Ada berapa ‘intake‘ untuk rayuan MRSM ini?

Dikhabarkan, akan ada banyak pengambilan untuk tahun 2020. Ini memandangkan golongan B40 mendapat tawaran dari MRSM, SBP dan SMKA. Tentu sekali akan ada yang tolak tawaran.

Dikhabarkan juga, ada banyak lagi ‘intake’ sehingga bulan Ogos 2020 nanti. Semestinya untuk mengisi kekosongan yang ada.

 

Seterusnya, apa saya perlu buat?

Banyakkan berdoa, minta pada Allah. Andai MRSM itu terbaik untuk anak-anak kita, maka kurniakanlah. Dan sekiranya sekolah harian biasa itu terbaik untuk anak kita, maka kita perlu redha.

 

Akhir kata

Setiap sesuatu yang Allah kurniakan, ada hikmahnya. Dapat atau tidak rayuan MRSM yang kita hantar, itu adalah aturan Allah.

Apa-apapun, jika harapan anda masih besar untuk masuk ke Ulul Albab, ini senarai sekolah tahfiz MRSM Ulul Albab dan SBP Ulul Albab yang ada di Malaysia.

Mudah-mudahan, dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • rayuan mrsm
  • rayuan mrsm 2020
  • semakan rayuan mrsm
  • rayuan sbp
  • SEMAKAN RAYUAN MRSM 2020
  • rayuan kemasukan tingkatan 1 tahun 2020 mrsm
  • https://mrsm mara gov my/rayuanmrsmf1
  • rayuan ke mrsm
  • e-rayuan mrsm 2019
  • mrsm rayuan
Sebarkan kebaikan

17 thoughts on “Rayuan MRSM Tingkatan 1, Kemasukan 2020 (Semakan Keputusan)”

  1. Anak saya tidak berjaya ditemuduga utk kemasukan ke mrsm 2020…result anak 4A2B.sains dan mat B…tpi mrsm akan beri peluang utk kos lain…mcm mana sy nak buat rayuan kemasukan?

    Reply
  2. kenapa takda butang rayuan.anak saya dapat 5A1B dan saya dalam kategori B40.Mohon respon segera.Anak saya hendak belajar di MRSM. Saya juga tidak ada hutang dengan MARA.

    Reply
  3. Saya dah buat erayuan untuk anak saya ke Mrsm. Ada butang erayuan cuma dalam ruangan kecil dan tulis tiada format tertentu. Boleh ke?

    Reply
  4. Anak saya memohon untuk ke MRSM tapi tidak layak untuk ke MRSM .results anak saya 4A 1B 1C .Anak saya dapat A dalam matapelajaran sains dan matematik.macam mana nak buat rayuan online.

    Reply

Leave a Comment