Nak buat semakan MyKasih atau eKasih ?
Jangan confuse kerana ia adalah dua perkara yang berbeza. Di bawah ini, kami hanya kan kongsikan macam mana cara nak buat semakan MyKasih.
1. Cara buat semakan MyKasih?
Semakan MyKasih boleh dibuat secara online sahaja.
- Layari laman web MyKasih di sini: https://www.mykasih.com.my
- Klik SEMAK STATUS di laman utama
- Untuk mempercepatkan lagi proses untuk menyemak satus MyKasih, klik direct link ini: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
- Masukkan Nombor MyKad
- Isikan CAPTCHA seperti yang dipaparkan di skrin
- Tekan butang Semak Status
- Maklumat mengenai status MyKasih anda akan terpapar
1. Apa itu MyKasih Foundation?
Seperti yang dimaklumkan, MyKasih tidak sama dengan e-Kasih. MyKasih ialah satu NGO tempatan yang diasaskan oleh Tan Sri Nau Boon Keat dan isterinya yang bernama Puan Sri Jean. Misi MyKasih Foundation adalah untuk membantu keluarga dan pelajar miskin di Malaysia.
Berikut ialah lokasi mereka:
MyKasih Foundation (865756D)
MyKasih Foundation
109 Block G, Phileo Damansara 1
9 Jln 16/11
46350 Petaling Jaya
Selangor
Malaysia
Maklumat lanjut, sila layari https://www.mykasih.com.my
2. Apa ada dalam bantuan MyKasih?
Berikut ialah bantuan yang bakal diterima:
- RM100 untuk setiap bulan selama 3 bulan
- Bantuan RM100 ini boleh digunakan di 300 kedai runcit yang ada di seluruh Malaysia seperti:
- 99 Speedmart
- Mydin
Untuk mudah faham, jika bantuan pertama yang bakal diterima adalah pada bulan Julai 2021, anda akan terus menerima bantuan pada bulan Ogos 2021 dan September 2021.
3. Apa barang boleh beli dengan MyKasih?
Penerima bantuan hanya boleh membeli barangan runcit yang asas seperti berikut:
- Beras
- Mee
- Roti
- Biskut
- Telur
- Perasa
- Tepung
- Minyak masak
- Makanan dalam tin seperti sardin
- Minuman
4. Macam mana cara mohon MyKasih?
Untuk makluman, penerima bantuan MyKasih ini sudahpun dikenalpasti melalui data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sistem e-Kasih.
Data-data penerima ini juga sudah disemak silang dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Jadi, tak perlu mohon. Yang layak, memang akan dapat.
5. Jadi, kalau nak bantuan, perlu memohon MyKasih atau tidak?
Seperti yang dimaklumkan, penerima yang layak dan sudah dikenalpasti akan terima SMS dari MyKasih berkenaan status terkini. Mana-mana penerima yang bertuah dan disahkan sebagai penerima akan dihubungi melalui SMS tadi dengan maklumat seperti tarikh dan masa untuk menghadiri sesi taklimat.
Sesi taklimat ini adalah lebih kurang seperti sesi orientasi di kedai runcit terpilih yang berhampiran dengan kediaman penerima.
7. Lepas mohon MyKasih, bila bantuan akan diberikan?
Pemberian bantuan barang dapur ini kepada pemohon yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat.
- Bulan Julai, Ogos, September 2021: Untuk negeri Selangor dan Kuala Lumpur
- Bulan Ogos, September, Oktober 2021: Untuk negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu
- Bulan September, Oktober, November 2021 atau Oktober, November, Disember 2021: Untuk Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak
8. Macam mana nak beli barang runcit guna MyKasih?
Seperti yang dimaklumkan, bantuan ini adalah bukan wang tunai. Anda hanya perlu hadir ke kedai runcit yang terpilih sahaja.
- Pertama sekali, pastikan anda bawa Kad Pengenalan
- Pergi ke kedai runcit yang anda ingin pergi ialah kedai runcit yang terpilih dan tersenarai dalam inisiatif MyKasih
- Pilih barang yang dikehendaki iaitu:
- Beras
- Mee
- Roti
- Biskut
- Telur
- Perasa
- Tepung
- Minyak masak
- Makanan dalam tin seperti sardin
- Minuman
- Pastikan harga kesemua barang tersebut tidak melebihi RM100
- Bawa barang-barang tersebut ke kaunter
- Tunjukkan Kad Pengenalan kepada juruwang
- Masukkan PIN 6 digit
- Simpan resit untuk rujukan
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian mengenai cara mohon MyKasih ini akan meringankan lagi beban anda.
Berbelanjalah secara berhemah.
Semoga bermanfaat.