Semakan MAIDAM (Check Status Bantuan Zakat Terengganu)


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat Terengganu yang ingin memohon bantuan zakat. Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini, sila buat semakan MAIDAM untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Walau bagaimanapun, agak mengelirukan juga kerana MAIDAM menggunakan domain http://www.espmb.com yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Anda jangan bimbang, pautan yang diberikan adalah sahih dan bukan scam.

Semakan MAIDAM (Check status permohonan)

Semakan MAIDAM di espmb.com

Untuk buat semakan MAIDAM, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi semakan untuk bantuan MAIDAM di sini: http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  2. Lihat bahagian SISTEM PERMOHONAN ZAKAT
  3. Klik butang Semak Kelulusan
  4. Anda juga boleh akses terus melalui pautan ini: http://www.espmb.com/maidam_zakat/SemakanLoginKP.aspx
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang telah didaftarkan
  6. Tidak perlu masukkan “-” iaitu dash atau sengkang
  7. Contohnya, jika nombor MyKad anda ialah 920101-11-8899, masukkan 920101118899 sahaja
  8. Tekan butang Klik Untuk Semak
  9. Anda sekarang boleh lihat status yang tertera

Walau bagaimanapun, bantuan zakat Ramadhan sudah lepas. Dana untuk Hari Raya Aidilfitri juga sudah tamat.

 

Sebelum buat semakan bantuan Zakat Terengganu, buat permohonan dulu

Bagi anda yang masih lagi belum buat permohonan, sila ikuti langkah di bawah. Untuk maklumat, permohonan MAIDAM ini boleh dilakukan dengan mengisi maklumat secara online.

  1. Layari laman web rasmi untuk permohonan dan semakan bantuan MAIDAM di sini: http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  2. Sila pilih permohonan yang dikehendaki
  3. Ada beberapa bahagian iaitu:
    • Permohonan bantuan berkaitan Sosial dan Ekonomi
    • Permohonan bantuan berkaitan Pendidikan
    • Permohonan bantuan berkaitan Kursus Anak-Anak asnaf
    • Permohonan bantuan untuk Muallaf
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan yang sudah berdaftar
  5. Tekan butang Masuk
  6. Anda kini sudah login ke dalam sistem yang boleh buat permohonan dan semakan MAIDAM
  7. Sebagai contoh, berikut ialah borang permohonan Bantuan Zakat Faqir/Miskin/Al-Gharimin
    • Isi Maklumat Pemohon / Pasangan
    • Isi Maklumat Kesihatan
    • Isi Maklumat Perbelanjaan
    • Isi Maklumat Anak
    • Isi Maklumat Bantuan
  8. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar
  9. Cetak borang permohonan yang telah siap diisi

 

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan, terutama sekali berkaitan semakan MAIDAM samada lulus atau tidak, sila hubungi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu seperti di bawah:

Alamat:

Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.

 

Akhir kalam

Semakan MAIDAM Terengganu

Kami menyambut baik atas inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam memberikan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.

Tambahan lagi, dalam musim pasca PKP, ramai yang mempunyai kepayahan untuk mendapat pekerjaan bagi menampung keluarga.

Diharapkan agar perkongsian semakan bantuan MAIDAM ini dapat memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment