Semakan Kelulusan BPN 2.0 (Status Permohonan Lulus Bulan Oktober 2020)


Setelah hantar permohonan, macam mana cara untuk buat semakan kelulusan BPN 2.0? Mahu tahu juga, adakah permohonan Bantuan Prihatin Nasional diluluskan oleh LHDN?

Izinkan kami berkongsi berkenaan semakan BPN 2.0 ini.

Semakan kelulusan BPN 2.0 secara online

Perlu diingatkan, anda perlu mendapat status Permohonan Diterima dulu. Selepas itu, barulah status Dalam Proses. Seterusnya, status LULUS.

Berikut ialah cara untuk buat semak status LULUS permohonan BPN 2.0 secara online:

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Jangan tekan Enter
  5. Jika anda tekan Enter, akan keluar ralat
    1. Enter key is not allowed
  6. Sila klik ikon Carian
  7. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  8. Jika tidak jelas, tekan butang refresh yang berbentuk segi empat tepat berserta dua anak panah ke atas dan ke bawah
  9. Anda akan mendapat paparan aksara Captcha yang baru
  10. Jika sudah jelas, masukkan aksara tersebut
  11. Tekan butang Semak
  12. Jika dipinta, masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  13. Dan klik butang Semak sekali lagi
  14. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  15. Akan keluar paparan berikut:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  16. Yang paling utama, sila pastikan di bahagian Status Permohonan
  17. Jika lulus, anda akan dapat melihat status LULUS (dalam huruf besar)
  18. Di bawah status LULUS, akan ada dua lagi status:
    • Jumlah Kelulusan BPN 1.0
    • Jumlah Kelulusan BPN 2.0
  19. Dengan maklumat ini, anda dapat lihat berapa jumlah Bantuan Prihatin Nasional 1.0 yang telah diterima dan berapa jumlah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan diterima.
  20. Di bawah sekali, akan ada Amaun Keseluruhan BPN Diterima yang menunjukkan campuran kedua-duanya.
  21. Sekiranya ada perubahan status perkahwinan, contohnya kemaskini status Bujang kepada Berkahwin, anda akan dapat lihat penambahan jumlah Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Akhir kalam

Bersyukurlah jika semakan kelulusan BPN kita ialah LULUS.

Sekarang, hanya perlu tunggu tarikh pembayaran BPN 2.0. Bagi yang bertanya bila boleh dapat bayaran BPN 2.0, anda boleh juga baca status terkini duit BPN 2.0 dah masuk akaun ke belum.

Seperti yang dimaklumkan oleh LHDN, tarikhnya adalah pada 26 Oktober 2020 dan pembayaran akan dijalankan secara berperingkat. Mungkin ada yang akan dapat awal, mungkin ada yang akan dapat lewat sedikit.

Ini semua bergantung kepada pihak bank yang menguruskan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Ada yang kata, Bank Simpanan Nasional (BSN) lebih cepat.

Ada yang kata Maybank paling lambat. Kami sarankan, anda follow mana-mana group di Facebook yang berkongsi status pembayaran.

Apa-apa pun, yang paling penting ialah anda perlu check BPN 2.0 sendiri. Pastikan anda buat semakan status pembayaran BPN 2.0 mengikut bank terlebih dahulu. Jangan asyik dengar kata orang sahaja. Nanti kecewa.

Semoga dengan perkongsian semakan kelulusan BPN ini dapat melegakan kerisaun anda.

Semoga bermanfaat.


1 thought on “Semakan Kelulusan BPN 2.0 (Status Permohonan Lulus Bulan Oktober 2020)”

Leave a Comment