Semakan eKasih (Daftar & Check Status di ekasih.icu.gov.my)


Bagi mana-mana pemohon yang telah buat permohonan eKasih sebelum ini, anda boleh buat semakan eKasih.

Apa itu eKasih

Portal eKasih merupakan database atau juga dipanggil sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Secara ringkasnya, eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan.

Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

 

Kriteria kelayakan untuk daftar e-Kasih

Pertama sekali, anda mestilah seorang warganegara Malaysia.

Jika anda rasa termasuk dalam golongan miskin, anda layak untuk mohon eKasih. Sebelum itu, mari lihat adakah anda benar-benar layak mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

  • Jika anda tinggal di bandar, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa ialah RM1,500
  • Jika anda tinggal di luar bandar pula, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa ialah RM1,000

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan mengikut negeri. Sila rujuk sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pendapatan per kapital iaitu jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan.

Jadi, sebelum daftar dan buat permohonan eKasih, sila pastikan anda menepati syarat yang dinyatakan di atas.

 

Permohonan baru e-Kasih

Untuk makluman, tidak ada cara buat permohonan e-Kasih secara online. Anda perlu hadirkan diri ke lokasi berikut:

  • Pejabat Pembangunan Negeri (PPN)
  • Pejabat Daerah yang berhampiran

Anda juga boleh buat laporan atau dastar kes kemiskinan melalui:

  • Pemimpin Tempatan
  • Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

 

Semakan eKasih (Status Pendaftaran)

Untuk mendaftar, anda perlu hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

Selepas itu, baru boleh buat semakan pendaftaran. Berikut ialah cara untuk buat semakan pendaftaran eKasih.

  1. Layari laman web rasmi atau portal eKasih di sini: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tidak perlu masukkan “-” iaitu tanda sempang
  4. Jadi, jika nombor MyKad anda ialah 900101-01-5454, masukkan 900101015454 sahaja
  5. Tekan butang Klik Untuk Carian
  6. Jika anda bukan penerima bantuan, akan keluar maklumat No. KP (XXXXXXXXXXXX) tidak wujud di dalam Sistem eKasih.
  7. Jika anda adalah salah seorang penerima bantuan, nama anda akan terpapar

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan dan persoalan tentang kemasukan duit bantuan, sila hubungi pejabat Pembangunan Negeri masing-masing.

Pendaftaran eKasih

Sila rujuk nombor telefon di bawah:

  • Selangor 03-55213600
  • Kuala Lumpur 03-40420260
  • Perlis 04-9731976
  • Kedah 04-7209236
  • Pulau Pinang 04-2185700
  • Perak 05-2497400
  • Negeri Sembilan 06-7659945
  • Melaka 06-3333333
  • Johor 07-2234777
  • Pahang 09-5178208
  • Terengganu 09-6272000
  • Kelantan 09-7455000
  • Sarawak 082-446582
  • Sabah 088-484800

 

Akhir kalam

Pertama sekali, bagi yang sudah mendapat kelulusan eKasih, bersyukurlah. Bersabarlah dalam menunggu duit pembayaran eKasih dari Kerajaan.

Apabila ramai pemohon, kita perlu faham dengan proses yang akan mengambil masa.

Bagi yang tidak berjaya pula, jangan terlalu bersedih. Mungkin itu bukan rezeki kita. Kami harap, anda dapat bantuan BPN dan juga BSH.

Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • semakan ekasih

Leave a Comment