Semakan BPN Permohonan Baru dan Rayuan (Mei 2020)


Bagi anda yang bersusah-payah dan bergelut untuk masuk portal sebelum ini, tibalah masanya untuk buat semakan BPN Permohonan Baru dan Rayuan.

Boleh rujuk pengumuman dari MyGCC seperti di bawah:

Semakan Keputusan BPN 2020

Semakan BPN Permohonan Baru

BPN Semakan Status Permohonan Baru dan Rayuan

Berikut ialah langkah untuk buat semakan BPN Permohonan Baru.

  1. Layari portal BPN melalui pautan ini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx
  2. Ini adalah pautan terus, tanpa perlu ke laman utama BPN yang kadang-kadang sesak
  3. Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  5. Pastikan tidak ada sempang atau dash (-)
  6. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan anda ialah 881111-11-5555, sila masukkan 881111115555
  7. Tekan butang Cari
  8. Anda akan dapat lihat paparan berikut:
  • Nama
  • No MyKad
  • Status Permohonan
  • Alasan Tidak Layak

 

Semakan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Berikut ialah langkah untuk buat semakan rayuan Bantuan Prihatin Nasional. Lebih kurang sama sahaja dengan langkah di atas.

  1. Layari portal BPN di  sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx
  2. Ini adalah direct link, tanpa perlu ke laman utama BPN yang kadang-kadang sesak kerana terlalu ramai yang cuba masuk dalam satu-satu masa
  3. Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad
  5. Pastikan tidak ada sempang atau dash (-)
  6. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan anda ialah 901111-11-5555, sila masukkan 901111115555
  7. Tekan butang Cari
  8. Anda akan dapat lihat paparan berikut:
  • Nama
  • No MyKad
  • Status Permohonan (LULUS, TIDAK LULUS, DALAM PROSES, TIDAK LAYAK)
  • Alasan Tidak Layak

 

Contoh Keputusan Semakan Status BPN Permohonan Lulus

Berikut ialah syot layar untuk mana-mana individu yang sudah buat semakan status Permohonan Baru, dan mendapat status Lulus

  1. Anda akan dapat lihat paparan berikut:
  • Nama
  • No MyKad
  • Status Permohonan LULUS
  • Jumlah Keseluruhan BPN
  • Maklumat Bayaran

Tekan butang Maklumat Bayaran untuk melihat informasi yang lebih terperinci.

 

BPN Lulus

BPN Lulus

 

Contoh Keputusan Semakan BPN Tidak Layak

Berikut ialah syot layar untuk mana-mana individu yang sudah buat semakan status Permohonan Baru, dan mendapat status Tidak Layak

Antara alasan Tidak Lulus dan Tidak Layak adalah seperti di bawah:

  • Duplikasi permohonan: Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan. Ini bermaksud permohonan dua kali, sedangkan satu keluarga hanya seorang sahaja yang boleh mohon.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat: Semakan BPN mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan: Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan yang sepatutnya.
  • Menetap luar negara: Pemohon berada di luar negara.

Semakan status Permohonan Baru BPN Tidak Layak

 

Selepas buat semakan BPN, boleh buat rayuan sekali lagi?

Rayuan dan Permohonan Baru BPN tidak lulus

Berikut ialah kemaskini dari MyGCC di Facebook.

Bagi Permohonan Baru BPN yang Tidak Lulus / Tidak Layak

  • Anda tidak boleh buat rayuan
  • Keputusan adalah muktamad

 

Bagi Rayuan BPN yang Tidak Lulus / Tidak Layak

  • Anda tidak boleh buat rayuan
  • Keputusan adalah muktamad

 

Bagi Rayuan BPN yang berstatus Tidak Lulus

  • Masih lagi belum diputuskan oleh kerajaan Malaysia
  • Walaupun sudah buat rayuan BPN sebelum ini, tunggu sahaja keputusan dari kerajaan.

 

Akhir kalam

Alhamdulillah dan tahniah pada yang telah mendapat kelulusan BPN kali ini.

Bagi yang Tidak Lulus, anggaplah tidak ada rezeki.

Mari kita move on dan teruskan kehidupan untuk mencari rezeki yang lain.

Percayalah, rezeki Allah itu luas. Rezeki juga tidak pernah salah alamat.

Kalau sesuatu rezeki itu ditakdirkan untuk kita, Insya Allah, pasti rezeki itu dapat pada kita.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bpn pemohonan baru
  • bpn permohona baru
  • bpn untuk pemohon baru akan masuk pada mei

7 thoughts on “Semakan BPN Permohonan Baru dan Rayuan (Mei 2020)”

  1. SSM TARIKH MASIH ACTIVE, TETAPI TIDAK MENJALANKAN SEBARANG PERNIAGAAN SELAMA 2TAHUN SEBAB ISTERI SAKIT. SSM REGISTED ATAS NAMA ISTERI.
    SAYA HANYA SEORONG PENJAJA . {WARUNG } SEKIAN TERIMA KASIH.

    Reply
  2. Saya adalah pemohon baru BPN dan permohonan saya telah LULUS. Diberitahu juga pada 15hb Mei Bayaran permohonan baru akan masuk akaun bank dan bank BSN didahulukan pembayaran daripada bank yang lain. Tetapi sampai hari ini 16hbMei saya masih belum menerima apa-apa pembayaran. Bukan setakat saya, hampir kebanyakan kami penduduk Miri Sarawak yang ada atau tiada akaun bank, belum menerima pembayaran.

    Reply
      • Saya dh buat Permohonan baru berstatus bujang….di beritahu bahwa yg layak dapat bantuan bagi ststus bujang untuk pendapat RM1-RM2000 akan mendapat bantuan BPN RM800 dan dI bayarkan 15mei-20mei….saya dh buat semakan dan permohonan saya lulus….tapi kenapa hanya RM500….yang saya tahu pendapatan RM2001-RM4000 yang dapat bantuan dari BPN RM500

        Reply

Leave a Comment