Bagi yang kurang cakna, anda harus tahu bahawa semakan Sumbangan Tunai Rahmah ada beberapa jenis. Antaranya ialah semakan kelulusan STR, semakan rayuan dan juga semakan bayaran. Jadi, dalam artikel di bawah ini, kami akan berkongsi cara untuk buat semakan bayaran STR sahaja. Ini sangat penting anda yang selalu login untuk check status STR dan asyik bertanya duit bila dapat dan masuk dalam akaun bank.
Izinkan kami berkongsi serba-sedikit yang kami tahu.
Tarikh Pembayaran STR 2023
Untuk pembayaran STR, ia akan diproses mengikut fasa:
STR | Tarikh Pembayaran |
Fasa 1 | Bermula 17 Januari 2023 |
Fasa 2 | Akan dikemaskini kerana belum ada maklumat lagi |
Fasa 3 | Akan dikemaskini kerana belum ada maklumat lagi |
Dalam proses bayaran Fasa 1 STR, walaupun ditulis 17 Januari 2023, bukan semua pemohon bakal menerima pada tarikh tersebut.
Ini adalah disebabkan proses pengkreditan mengambil masa dan berbeza-beza mengikut bank.
Semakan Status Bayaran STR di bantuantunai.hasil.gov.my
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan STR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah:
- Layari Portal Rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/MySTR/LamanMenu.aspx
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Klik Log Masuk
- Klik Semak
- Pastikan kata kunci keselamatan betul (pastikan sama seperti BKM)
- Masukkan kata laluan (pastikan seperti BKM)
- Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat akan dipaparkan
- Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
- Buat semakan yang penting seperti:
- Tarikh Kredit
- No. Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama
- Fasa
- Jumlah Bayaran
- Status Kredit
- Tarikh Tunai
- Nama Tunai Bank
- Nama Bank
- No Akaun Bank
- Ambil perhatian pada Status Kredit
- Pastikan ia bukan lagi DALAM PROSES PENGKREDITAN dan telah bertukar status
- Semak baki duit dalam akaun bank anda.
- Selesai
Semakan Duit STR Masuk Dalam Akaun Bank
Jangan menggelabah sangat dan terus pergi ke ATM untuk cucuk duit. Adalah lebih baik jika anda buat semakan samada duit STR ini betul-betul sudah masuk ke dalam akaun.
Sila login ke Perbankan Internet bank-bank yang anda pilih semasa buat permohonan STR tempohari:
Kalau sudah dapat status LULUS, jangan terlalu bergembira. Tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit dalam akaun bank. Ini kerana kadang-kadang berlaku kelewatan pengkreditan mengikut bank.
Dikatakan bahawa selalunya duit bantuan akan masuk ke dalam akaun Bank Simpanan terlebih dahulu.
Selepas itu, barulah bank-bank lain.
3. Kalau Status LULUS, Tapi Gagal Kredit STR, Perlu Buat Apa?
- Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.
- Sila baca cara dapatkan No Baucer STR untuk buat penunaian di BSN.
- Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
- Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini
Secara ringkasnya, status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit STR ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.
Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:
- Akaun bank tidak aktif
- Nombor akaun bank yang salah
- Tersilap masukkan nombor akaun bank
- Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon STR
Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.
Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal STR dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.
Akhir kalam
Untuk makluman, bila STR masuk itu adalah bergantung kepada pihak bank. Jadi, jangan terkejut jika ada yang sudah terima duit awal berbanding yang lain.. Tarikh bayaran STR mungkin berbeza-beza. Yang masih belum terima apa-apa, diharap bersabar.
Diharapkan agar buat semakan status bayaran STR sebelum pergi cucuk duit di ATM. Ini adalah untuk mengelakkan kekecewaan.
Semoga bermanfaat.