Semakan Bayaran BPN 2.0 (Check Tarikh Pembayaran & Status)


Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ada beberapa jenis, termasuk semakan status kelulusan BPN, rayuan dan bayaran. Di bawah ini, kami berkongsi cara untuk buat semakan bayaran BPN 2.0.

Cara buat semakan status bayaran BPN 2.0

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan BPN 2.0 bagi kategori Bujang dan Isi Rumah:

  1. Layari portal rasmi BPN 2.0 di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Cari
  4. Isikan Captcha seperti yang terpapar
  5. Tekan butang Semak.
  6. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Info Tambahan
  7. Pastikan anda mendapat status LULUS . Maka barulah akan dapat lihat paparan lain iaitu:
    • Fasa
    • Jumlah Dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • No Akaun
  8. Jika status Lulus, sila ambil perhatian pada bahagian Status Kredit.
  9. Jika Status Kredit ialah ialah Berjaya Kredit, duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Cara paling mudah untuk buat verifikasi ialah dengan menyemak baki duit dalam akaun bank.
  10. Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank

Maklumat duit masuk, tarikh pembayaran BPN 2.0

Untuk makluman, tarikh pembayaran BPN 2.0 Fasa Pertama bagi semua kategori adalah pada penghujung bulan Oktober 2020. Manakala bayaran BPN Fasa Kedua pula dijangka pada bulan Januari 2021.

Walau bagaimanapun, izinkan kami kong maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

Kategori Bujang B40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang B40 ialah RM500.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sebanyak RM350 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Oktober 2020.
  • Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua sebanyak RM150 akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti

 

Kategori Bujang M40

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Bujang M40 ialah RM300
  • Bayaran Fasa Pertama adalah sebanyak RM200. Akan dikreditkan pada bulan Oktober 2020.
  • Bayaran Fasa Kedua adalah sebanyak RM100. Akan dikreditkan pada bulan Januari 2021.
  • Tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti oleh LHDN nanti

 

Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM1,000.
  • Bayaran ansuran Fasa Pertama sebanyak RM700 akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan Oktober 2020.
  • Ansuran kedua, iaitu baki sebanyak RM300 pula akan dikreditkan ke bank pada bulan Januari 2021.
  • Pengumuman tarikh pengkreditan akan diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

 

Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

  • Jumlah bantuan BPN 2.0 bagi golongan Isi Rumah B40 ialah RM600.
  • Ansuran pembayaran Fasa Pertama ialah pada bulan Oktober 2020 berjumlah RM400
  • Ansuran pembayaran Fasa Kedua ialah pada bulan Januari 2021 berjumlah RM200
  • Belum ada informasi lanjut mengenai tarikh bayaran. Akan diberitahu oleh LHDN nanti.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar buat semakan status bayaran BPN 2.0 sebelum pergi cucuk duit di ATM. Ini adalah untuk mengelakkan kekecewaan.

Jangan lupa baca cara bayaran BPN 2.0 juga. Jika terlupa, ini adalah tarikh duit BPN 2.0 masuk dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • Semakan status bayaran bpn
  • status bayaran bpn

2 thoughts on “Semakan Bayaran BPN 2.0 (Check Tarikh Pembayaran & Status)”

Leave a Comment