Semakan Baki Tabung Haji Online (Check Balance di thijari.com.my)

Sejak Februari 2020 pelanggan boleh buat semakan baki akaun Tabung Haji mereka secara online. Laman web THiJARI telah diperkenalkan bagi membantu pelanggan untuk menikmati pelbagai servis tanpa perlu lagi beratur di kaunter. Tabung Haji merupakan tabung penyimpanan wang untuk memudahkan urusan bagi umat Islam menyimpan wang secara ansuran untuk perbelanjaan menunaikan haji atau urusan lain yang bermanfaat. Anda boleh klik pada pautan ini sekiranya ingin mengetahui cara keluarkan duit Tabung Haji.

1. Cara buat semakan baki Tabung Haji online (thijari.com.my)

Pada pengguna yang ingin check baki di laman web THiJARI anda perlu daftar Tabung Haji terlebih dahulu.

  1. Layari laman web THiJARI atau klik pada pautan ini.
  2. Di halaman utama, klik pada butang Daftar.
  3. Anda akan di bawa ke halaman seterusnya yang memerlukan anda untuk mengisi maklumat peribadi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan bersama nombor akaun Tabung Haji anda di ruangan tersedia.
  5. Klik butang Seterusnya.
  6. Masukkan nombor telefon anda yang berdaftar di akaun Tabung Haji.
  7. Ini untuk tujuan keselamatan bagi mendapatkan kod 6-digit TAC number.
  8. Tekan pada butang Seterusnya.
  9. Kemudian, klik pada butang Mohon TAC.
  10. Anda akan menerima kod 6-digit TAC number melalui SMS.
  11. Masukkan TAC number pada ruangan tersedia.
  12. Tahniah, anda telah berjaya mendaftar akaun THiJARI.
  13. Untuk melengkapkan profil, anda diperlukan untuk melengkapkan butiran peribadi bagi pendaftaran kali pertama.
  14. Maklumat yang perlu anda isikan adalah:
    • ID pengguna
    • Kata laluan
    • Pengesahan kata laluan
    • Nama pengguna
    • Negeri semasa

 

2. Semakan baki Tabung Haji melalui Maybank (maybank2u.com.my)

Anda hanya boleh gunakan kaedah ini jika sudah link Tabung Haji dengan Maybank2u.

  1. Layari laman web rasmi Maybank2u di sini: https://maybank2u.com.my
  2. Masukkan My Username
  3. Tekan butang Login
  4. Tekan Yes, jika gambar dan security phrase adalah betul
  5. Masukkan My Password
  6. Tekang butang Login
  7. Pergi ke menu PAY & TRANSFER di bahagian atas
  8. Klik TABUNG HAJI
  9. Di bahagian Transfer From, pilih Tabung Haji Account
  10. Lihat baki Tabung Haji anda di sebelah Available Balance
  11. Selesai

 

3. Transfer online antara akaun Tabung Haji di THiJARI

Bagi pengguna yang telah mendaftar akaun THiJARI, anda boleh melakukan online transfer bagi pemindahan wang ke akaun lain. Caranya adalah seperti berikut.

  1. Layari laman web THiJARI atau klik pada pautan ini.
  2. Login akaun THiJARI anda.
  3. Di menu utama, klik pada butang Kegemaran.
  4. Seterusnya, anda perlu tambah akaun kegemaran terlebih dahulu.
  5. Masukkan maklumat akaun kegemaran seperti yang dipinta:
    • Jenis transaksi
    • Nombor akaun penerima
    • Nama ringkas
  6. Simpan maklumat akaun kegemaran.
  7. Untuk membuat online transfer antara akaun Tabung Haji, anda perlu lembali ke halaman utama.
  8. Di menu utama, klik pada butang Pindahan Simpanan TH.
  9. Di ruangan Kepada, pilih akaun kegemaran yang telah anda simpan tadi.
  10. Masukkan jumlah yang ingin anda transfer.
  11. Masukkan rujukan penerima.
  12. Klik butang Seterusnya untuk meneruskan transaksi.
  13. Klik pada Mohon TAC bagi proses keselamatan.
  14. Masukkan nombor TAC di ruangan tersedia.
  15. Sahkan transaksi anda.
  16. Tahniah, online transfer anda telah pun berjaya.

 

4. Perkhidmatan Tabung Haji yang disediakan oleh THiJARI

Zaman sekarang kita tak perlu lagi beratur di kaunter Tabung Haji untuk menyemak mahupun membuat sebarang transaksi. Ini antara perkhidmatan yang pelanggan boleh enjoy sekiranya mendaftar akaun THiJARI.

  1. Semak baki Tabung Haji.
  2. Semak senarai transaksi untuk 6 bulan terakhir.
  3. Membuat pindahan wang antara akaun Tabung Haji secara online.
  4. Segala urusan berkaitan haji seperti:
    • Membuat pendaftaran haji
    • Semak status pendaftaran haji
    • Check tawaran haji
    • Semak surat jadual penerbangan haji
    • Kursus haji
    • Rayuan haji
  5. Segala urusan berkaitan TaHa/TaHa@U
    • Daftar kelab TaHa/TaHa@U
    • Semak status pendaftaran
    • E-kad keahlian
    • Direktori dan lokasi

 

5. Ada masalah daftar dan login THiJARI?

Sekiranya proses pendaftaran anda gagal, pihak Tabung Haji akan sedia membantu. Anda boleh menghubungi pihak Tabung Haji di sini atau hubungi 03 – 6207 1919 dan bercakap dengan khidmat pelanggan Tabung Haji.

Waktu beroperasi adalah seperti berikut:

  • Isnin – Ahad (Kecuali cuti umum): 8 AM – 6:30 PM

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara semak baki Tabung Haji ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk melalukan sebarang transaksi Tabung Haji secara online.

Jika ada sedikit duit dalam Maybank, boleh rujuk cara transfer Maybank ke Tabung Haji. Mudah-mudahan, semakin bertambah dan layak mendapat giliran mengerjakan Haji suatu hari nanti.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “Semakan Baki Tabung Haji Online (Check Balance di thijari.com.my)”

Leave a Comment