Senarai SBP Ulul Albab & MRSM Ulul Albab (Program Tahfiz)


SBP Ulul Albab dan MRSM Ulul Albab ternyata menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa. Jika ditanya kenapa, jawapan yang pasti ialah mahu seimbang dunia dan akhirat. Ibu bapa juga mahukan anak mereka menghafal Al-Quran.

Namun, ramai yang tidak tahu, apa kelebihan sekolah ini dan di manakah lokasi Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab dan MRSM yang ada di Malaysia ini?

Apa istimewa sekolah tahfiz seperti ini?

Di SBP dan MRSM, pihak sekolah mensasarkan para pelajar untuk menjadi hafiz dalam tempoh 5 tahun persekolahan. Ya, khatam 30 juzuk Al-Quran.

Namun, ibu-bapa dinasihatkan tidak terlalu ghairah untuk menghantar anak-anak ke sini. Ini kerana ada anak-anak yang tidak minat untuk masuk ke sekolah model tahfiz.

Mereka lebih minat untuk masuk ke sekolah biasa atau sekolah asrama yang tidak memberatkan ke arah agama.

Apa-apa pun lebih baik bertanya minat anak terlebih dahulu. Bimbang nanti, bila dipaksa, anak akan menghadapi kesukaran pada hari-hari mendatang.

 

Senarai SBP Ulul Albab

Berikut ialah lokasi Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab:

SMAP Bentong

  • Terletak di Bentong, Pahang
  • SMAP Bentong telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2014

 

SBPI Rawang

  • Terletak di Rawang, Selangor
  • SBPI Rawang telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2015

 

SBPI Batu Rakit

  • Terletak di Batu Rakit, Terengganu
  • SBPI Batu Rakit pula telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2016

 

SBP Ulul Albab, SBPI Selandar

  • SBP ini terletak di Selandar, Melaka
  • SBPI Selandar telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2017

 

Permohonan ke SBP ini

Mungkin ada yang ingin tahu, bagaimana cara untuk memohon ke SBP ini yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

Untuk makluman, murid masih perlu mengisi permohonan secara dalam talian. 

 

Syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab

Untuk layak dipertimbangkan, murid mestilah memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi. Murid yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan. 

Keputusan markah peperiksaan di SBP Ulul Albab boleh dilihat dan dipantau secara online melalui SAPS Ibu Bapa secara online.

 

Senarai MRSM Ulul Albab

Berikut ialah lokasi MRSM Ulul Albab:

MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan

  • Terletak di Gemencheh

 

MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang

  • Terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang

 

MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang

  • Terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang

 

MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu

  • Terletak di Besut, Terengganu

 

MRSM Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

  • Terletak di Sabak Bernam, Selangor

 

MRSM Ulul Albab, MRSM Semporna, Sabah

  • Terletak di Semporna, Sabah

 

Kelebihan MRSM Ulul Albab

Pelajar bukan sahaja belajar dengan sistem pendidikan MRSM, mereka juga ada di ajar dengan Program Ulul Albab yang lain seperti hafazan, bacaan Al-Quran, memanah, menunggang kuda, berenang dan lain-lain lagi.

 

Maklumat tambahan tentang MRSM Ulul Albab

Program Ulul Albab itu hanyalah satu program tambahan kepada pelajar sahaja. Pelajar masih lagi perlu belajar subjek-subjek yang sama seperti sekolah-sekolah lain.

Pelajar juga wajib masuk dan menamatkan pengajian dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tidak ada kemasukan Tingkatan 4.

Jika sudah masuk MRSM Ulul Albab dan rasa tidak boleh bawa, pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain.

Keputusan markah peperiksaan boleh dilihat dan dipantau secara online melalui e Keputusan MRSM.

 

Apa beza MRSM Ulul Albab dan SBP Ulul Albab?

Secara asasnya, dari segi pentadbiran, SBP berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Manakala MRSM pula terletak di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Namun, dari konteks Ulul Albab, kami rasakan bahawa ia lebih kurang sama sahaja.

Asalkan pendidikan agama Islam diterapkan dalam kehidupan seharian dan pembelajaran, itu sudah cukup bagus.

Jika anak masuk ke sekolah Ulul Albab tidak dapat 30 juzuk sekalipun, dapat hafal beberapa juzuk pun sudah cukup bagus bukan?

 

Akhir kalam

MRSM Ulul Albab

Apa-apapun, janganlah terlalu berharap untuk masuk ke SBP Ulul Albab dan MRSM Ulul Albab. Persaingan sangat sengit, lebih-lebih lagi kerajaan mahu membuka lebih peluang kepada golongan B40.

Walau bagaimanapun, jangan lupa berdoa.

Mudah-mudahan, dipermudahkan semuanya.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment