Kenapa Kita Rindu Seseorang? (Tiba Tiba Rasa Rindu)

Pernah tak, secara tiba-tiba kita rasa rindu yang teramat sangat? Tapi tak tahu apa sebab dan kenapa kita rindu seseorang. Seakan tidak ada jawapan.

Bagi sesiapa yang sudah berkahwin, tetapi melalui proses Perhubungan Jarak Jauh (PJJ), ia sangat memeritkan. Bila rindu seseorang itu, hati bagai dicarik-carik, mahu berjumpa masa itu juga.

Begitu juga pasangan yang bercinta. Rasa seperti terawang-awangan sentiasa.

Saat membuka mata, hanya wajah, perlakuan atau perkataan diucapkannya terngiang-ngiang di fikiran anda. Tapi tahukah anda mengapa minda kita boleh tiba-tiba memunculkan memori tentang seseorang?

Rindu mengikut ilmu psikologi

Menurut PsychologyToday, apabila rindu seseorang, ia ada beberapa makna. Yang pertama, rindu sebab mereka memang berhubungan. Bila rindu oran yang kita sayang, kita rasa hidup tidak sempurna tanpa dia.

Yang kedua, ialah rindu saat-saat atau momen-momen indah bersama suatu masa dahulu. Walaupun berhubungan rapat, contohnya suami isteri, hidup rasa tidak seperti dulu. Sangat rindu saat indah dahulu.

Kenapa kita rindu seseorang?

Antara perkara-perkara yang biasanya membuatkan anda teringatkan seseorang:

Rindu sebab teringat senyuman dia

Anda baru sahaja mengenali seseorang. Walaupun tidak berbual lama, namun fikiran anda tetap kembali mengingatkan anda kepada si dia.

Jadi dalam situasi begini, ini mungkin bermakna anda tertarik pada mereka. Misalnya, mungkin anda tertarik pada senyuman manis si dia, matanya yang bundar dan menawan atau mungkin wajahnya mengingatkan anda pada  seseorang yang anda pernah sayangi, justeru anda tidak boleh berhenti memikirkannya.

 

Rindu seseorang kerana teringat perangai dia

Walaupun sudah terbukti yang tarikan fizikal boleh membuatkan anda selalu teringatkan seseorang, namun mengikut kajian, manusia terbukti lebih tertarik dengan personaliti dan karakter seseorang!

Misalnya, boleh jadi anda tertarik kepada personaliti menarik si dia, atau sense of humor yang membuatkan anda tidak kering gusi bila bersamanya!

 

Dia sudah tiada lagi

Kehilangan orang terdekat semestinya akan memberikan kesan yang besar kepada emosi seseorang. Cuba bayangkan, anda berpisah dengan seseorang selepas bertahun-tahun menjalin kasih.

Semestinya kehilangan itu akan menyebabkan anda shock, lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada perasaan dan fikiran anda.

Namun, perpisahan atau kematian adalah antara bentuk kehilangan yang selalu terjadi di sekeliling kita. Jangan gusar jikalau anda asyik teringatkan ex anda, kerana itu hanya bermakna masih ada lagi hal-hal tentang si dia yang masih terakam jelas di minda separa sedar anda.

Tambahan pula, kehadiran insan tersebut pula bagaikan sudah sebati dalam hidup anda dan sudah terlalu banyak kenangan indah dilalui bersamanya. Ingat, selalu teringatkan ex, bukan bererti anda belum move on!

 

Teringat saat-saat indah bersama dia

Ketika anda sedang melakukan sesuatu yang anda suka, misalnya keluar dengan rakan-rakan, meluangkan masa dengan yang tersayang atau pergi bercuti bersama ahli keluarga, tahukah anda sebenarnya minda separa sedar anda sebenarnya sedang “merakam” insan-insan sekeliling anda sewaktu momen menggembirakan itu berlaku.

Lama-kelamaan, secara tidak sedar anda akan asyik teringatkan mereka, kerana perasaan mengingatinya sahaja sudah membuatkan anda berasa gembira.

 

Ayat bila rindu seseorang

Apabila rindu, ucapkanlah kata-kata yang enak dan sedap didengar. Bila bercakap di telefon yang boleh mendengar suara kedua-dua belah pihak, mahupun cuma sekadar ber-Whatsapp, luahkan rasa rindu bila benar-benar rindu.

Jangan rasa ego dan menyimpan rasa rindu itu.

 

Doa bila rindu seseorang

Apabila rindu, doakanlah yang terbaik untuk dia. Bagi isteri yang berjauhan dengan suami, sentiasa berdoa agar dia dijaga oleh Allah pada setiap masa.

Jangan sesekali berfikir yang bukan-bukan, kerana itu akan mengundang persepsi negatif. Syaitan akan memainkan peranan dengan membisikkan dan menggerakkan hati kita ke arah bersangka buruk.

 

Akhir kalam

Jadi, tidak hairanlah jika anda asyik teringatkan seseorang yang baru anda kenali, mungkin kerana anda menyenangi kehadiran insan tersebut dan si dia telah membuatkan anda lebih gembira pada waktu itu?

Semoga bermanfaat.

29 thoughts on “Kenapa Kita Rindu Seseorang? (Tiba Tiba Rasa Rindu)”

  1. Bnyk kenangan ngn dia .. susah nk lupakn ..tp dh move on ,xnk kembali lagi pd die..die pon dh bhgia ngn pilihannya..sy pon same..tp rasa rindu ni kuat sgt .. Dear H ..if awk bce ni ..sy nk awk thu ..sy rindu awk sgt2 . ‘(

    Reply
    • Tiba2 teringat dan mrindui sidia yg bernama Riko Shone❤️sudah lama putus… Tapi malam ni tiba2 je teringat dan rsa rndu.. trus sya wsp dan luah dgn dia..sempat lgi kmi bcerita dlm telepon haha..tapi tula mmg dh x da pluang utk kmbali bersama..takut terulang kembali💔

      Reply
  2. Saya rindukan awk Jie..hrp awak bahagia dgn si dia..saya sentiasa doakan kbhgiaan awak wlpn kita xmgkn brsama..missing u so much

    Reply
  3. Aku sgt merindukan dia walaupun dia tdk mengetahuinya. Sgt perit rindu yg tak diundang ni dan sukar dibuang. Aku pun pelik… Semoga masa dpt mengubati.

    Reply
  4. imissyou and all memories , hope you’re doing good as well and hopefully you’re always good health too plus happy as always. Thankyou for coming into my life even just are second each other but the moment I will always not forget 🌌✨ .

    Reply
  5. tetiba rindu pd insan yg first hadir dalam alam percintaan sya. 🙁 x tau nak kata apa, walaupon dia dah ada pasangan yg bahagia sya pon dah ada pasangan tetapi kerap rindu dia…dah cuba move on tetapi tidak boleh:( walaupon kami tidak pernah jmpa selama kami kenal, sekali ja jmpa begitu baik orgnya..maafkan sya tidak dapat melupakan kamu..hanya tuhan saja yg tahu..:(

    Reply
  6. Perit betul rindukan seseorang bila kita rasa saat tu kita perlukan sangat2 dia ada dengan kita.. menangis dibuatnya bila rasa rindu tu datang.. rinduuu sangat pada seseorang .. harap sgt dpaat jumpa selalu..

    Reply
  7. Tiba-tiba rindukan dan teringat seseorang. Masalahnya tak lalu makan da mcm murung plak pastu nk sentiasa bersendirian. Honestly tak suka perasaan ni. Totally mengubah the whole environment around me. Perasaan apa kah ? Mcm perasaan orang frust menonggeng

    Reply
  8. saya rindukan awak Miza, selalu teringat waktu kat kolej dulu. Kerap sangat teringat. Teringat masa awak tunjuk cincin tunang awak masa kat SP. Hati macam dirobek robek. Tapi sentiasa buat tenang.

    Reply
  9. Aq masih syg lgi kt EX2 aq , masih teringat lgi kt EX2 aq , dh aq cuba move on tpi ttap x blh jgk, wlpun aq AD org lain dh lani , setiap org perangai lain2 , ad kurangkan, kelebihan ..

    Reply
  10. Jam menunjukkan 1:49am pada 01/01/2023 tersentuh hati dan
    Perasaaan ku dengan derasnya air-mata bercucuran jatuh k pipi kerana teramat amat merindui ARWAH SUAMI TERCINTA… hanya DOA SAHAJA KU TITIPKAN UNTUK MU SYG… semoga ALLAH S.W.T menempatkan mu d kalangan orang2 beriman d terima segala pahala2 mu d dunia Amin ya Rabbal Al-Amin😭🤲

    Reply
  11. saya rasa rindu sngat dekat awk farhad.. walaupun sekejap je tpi saya rasa macam ada perasaan cinta tu dekat awak walaupun saya tahu ada budak yg sebaya dgn awk, suka kan awk tpi saya takkan pernah putus asa untuk kejar awak selagi awak belum berpunya bye.. untuk ( muhammad farhad rifqi bin khairul azrin )

    Reply
  12. pada 1 januari 2023 yaitu pada hari rabu saya nampak ada budak laki yang duduk depan kelas saya(dekat tembok). lepas tu saya pergi dekat tempat yang dia bersandar tadi. lepastu kejap lgi tinggal saya dengan kawan saya dekat dalam kelas. lepastu saya bersidai lah dekat koridor lepas tu saya dengar macam ada orang nak datang dari arah kiri lepastu saya pandang lah arah kiri and then saya tereyecontact dengan orang yang saya suka lepastu saya terus pandang arah depan and then saya blushinggg.lepas tu kejap lagi saya dengar lgi ada orang dtang dri arah kiri lepastu saya pandang lh, and then saya tereyecontact sekali lagi dengan org yang saya suka lepastu saya terus lari masuk kelas and then saya pusing la nak tgok dia balik lepas tu orang yang saya suka betul2 duduk tempat yang saya bersidai tdi, mmg sama. lepastu saya pun blushing,lepas daripada haritu saya start rindukan dia setiap sejam and saya selalu curi2 pandang dia. tpi semua tu dah berakir sebab tahun ni dia masuk form 1 tpi saya 11 tahun so setiap sejam saya akan rindukan dia. itu saje lah saya nak cerita

    orang yang saya suka tu nama dia

    CRUSH=MUHAMMAD FARHAD RIFQI BIN KHAIRUL AZRIN (I MISS YOU SO MUCH)

    FROM= KAKITOKA TRANSLATE TO JAPAN AND YOU CAN NOW WHO I AM (FARHAD)

    Reply
  13. Sygggg rindu by..sangt2 rindu..mau jumpa by,apa pun jadi sygg tttp tggu by..jgn lah pergi jauh,syg mc sygg Ngn by😭😭knpa by tiba2 brubah..anak2 pn rinduu,Stu hari kalau syg Xda sda ..syg mau by tau syg X pernah mnyesal kawin Ngn..syg bersyukur sebab Allah sda jodohkn kita biar skrg kita sda jauh…doa kan supaya syg selamat bersalin nanti,halal kn Mkn minum syg ..syg minta maaf kalau syg ada bwt Slh Ngn..😭😭😭😭😭Shafie bin rajin dunia akhirat Aq syg KO..

    Reply
  14. Saya harap suatu hari nantyy Allah akan temukan kita semula sebagai Jodoh yang kekal aamiin. i miss you my yellow heart 💛

    Reply
  15. sy rasa berdosa plk tiba2 rindu kan dia..tp perasan rimdu tu dtg tiba2 Tampa sy undang…yahallah jauh kan la aku pada…bisikkan sytan..

    Reply
  16. Rindu sangat kat dia. Hari ni birthday dia. Tapi dia dah ade orang lain. Kami terpaksa berpisah sebab masing2 adalah pembawa Thalassemia. Walaupon dah berpisah aku tetap sayang dan rindukan dia. Tertanya-tanya kenapa Allah masih tak hilangkan perasaan ini. Aku sedih sangat 😞

    Reply
  17. Seminggu lepas tiba-tiba teringat kawan lama tapi tak contact pun dia. Alih-alih beberapa hari lepas tu (19/10/2023) dapat berita si dia yang saya teringatkan ni meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Terus terimbau kembali kata-kata terakhir dia masa kami berjumpa kali terakhir pada Sep 2015, “Lepas ni dah tak dapat jumpa lagi masing-masing dah kerja jauh.” Rupanya kata-katanya tepat sekali. Paling mengejutkan kawan kami beritahu sebenarnya dia ada perasaan pada saya tapi tak diluahkan. Sampai mati dibawa perasaan tu.

    Reply

Leave a Comment