Rayuan Keputusan UPSR 2019 (Cara Buat Semakan Semula, Isi Borang)


Pertama sekali, keputusan UPSR sudah keluar. Jika keputusan tidak memberangsangkan, jangan sesekali tunjukkan rasa kecewa pada anak. Jangan marah anak jika tidak dapat seperti apa yang kita mahu. Mungkin itu sudah rezeki dia. Namun, jangan berputus asa. Masih lagi boleh membuat rayuan keputusan UPSR ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara buat rayuan keputusan UPSR 2019

Jemput baca serba sedikit cara untuk buat semakan semula keputusan peperiksaan UPSR yang terbaru.

Di mana boleh dapatkan borang rayuan keputusan UPSR 2019?

Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan.

Rujuk contoh Borang Permohonan Penyemakan Semula Permohonan Peperiksaan UPSR 2019 di bawah. Boleh download borang di sini.

 

Rayuan keputusan UPSR

Selain borang, apa lagi yang perlu disertakan?

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

  1.   Satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR(disahkan oleh Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
  2. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
  3. Dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00.

 

Bila tarikh tutup rayuan keputusan UPSR?

Tarikh tutup permohonan ialah tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.

 

Berapa kadar bayaran rayuan keputusan UPSR 2019?

Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

Sila hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Lembaga Peperiksaan untuk mengisi borang dan membuat pembayaran. Kebiasaannya, kaunter agak penuh kerana ramai yang ingin buat semakan semula keputusan UPSR 2019.

Tempoh untuk membuat rayuan dan semakan semula keputusan UPSR 2019 ialah 30 hari dari keputusan UPSR diumumkan. Apa-apa pun, penjaga dinasihatkan untuk merujuk laman web kementerian jika ada maklumat yang terkini.

 

Apa kaedah bayaran untuk semakan semula UPSR 2019?

Permohonan melalui pos:

  1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Kokotkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula / Kes T supaya tidak tercicir.
  2. Cek persendirian tidak diterima.

Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:

  1. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.
  2. Cek persendirian tidak diterima.

 

Mungkinkah rayuan keputusan UPSR 2019 tidak diterima?

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
Permohonan tidak akan diterima dan diproses sekiranya:

  1. Tidak lengkap
  2. Tidak menggunakan Borang LP/Am 65A
  3. Diterima selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan

 

Bila keputusan rayuan UPSR 2019 akan keluar?

Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.
Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

Diingatkan sekali lagi, keputusan rayuan pula mengambil masa lebih kurang 60 hari.

Pertama sekali, penjaga akan menerima surat penerimaan dan seterusnya jawapan kepada rayuan semakan semula UPSR 2019.

 

Akhir kalam

Semakan semula keputusan UPSR

Jika sudah buat semakan keputusan UPSR, teruskan berdoa. Namun, jika sudah buat semakan semula dan rayuan, tetapi tidak mengubah apa-apa keputusan, janganlah terlalu kecewa.

Perjalanan masih awal. Fokus untuk sekolah menengah pula untuk PT3 dan SPM. Selalu pantau markah keputusan peperiksaan anak.

Yang penting, jadikan pembelajaran itu satu pengalaman. Bukan seksaan.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • rayuan semakan keputusan upsr 2019
  • semakan semula UPSR 2019
  • CARA-CARA UNTUK BUAT RAYUAN SEMAKAN KERTAS UPSR 2019 UNTUK NYANG TIDAK PUASHATI DENGAN KEPEUTUSAN TERSEBUT
  • Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A)
  • rayuan semakan upsr 2019
  • rayuan UPSR 2019
  • rayuan UPSR 2019 online
  • semakan semula keputusan upsr 2019
Sebarkan kebaikan

1 thought on “Rayuan Keputusan UPSR 2019 (Cara Buat Semakan Semula, Isi Borang)”

  1. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan UPSR 2019.
    Nama : YESHWA RAAM A/L VISWANATHAN
    No KP : 0708XX-07-0299
    Angka Giliran : PK0201XXX
    No Pusat Peperiksaan : PKXXX
    Nama Pusat Peperiksaan : SK Kampung Baru, Pulau Pinang
    Untuk matapelajaran Bahasa Inggeris Penulisan.
    Gred diperolehi : B
    Borang dan lain-lain dokumen wajib telah dihantar kepada :
    Lembaga Peperiksaan, KPM pada 22/11/2019 melalui PosLaju.
    Tolong email balas, samada borang permohonan sudah diterima, lengkap dan sedang dalam proses peyemakan semula.
    Email balas segera amat dihargai.
    Sekian, terima kasih.

    Reply

Leave a Comment