Cara Buat Rayuan BSH (Permohonan Tidak Lulus Fasa 3 2020)


Kemaskini ini adalah pada 21 Julai 2020. Merujuk kepada siaran media rasmi dari Kementerian Kewangan Malaysia di Facebook, mana-mana pemohon yang telah memohon Bantuan Sara Hidup sebelum ini, anda boleh check BSH Fasa 3 bermula pada 24 Julai 2020. Walau bagaimanapun, jika anda gagal, anda masih lagi boleh merayuhttps://therohani.com/rayuan-bsh-tidak-lulus/. Ikuti perkongsian cara buat rayuan BSH seperti di bawah.

Tarikh permohonan untuk merayu BSH (Fasa 3 2020)

Sebelum itu, anda mesti tahu bilakah tarikh rayuan dibuka.

Jika anda gagal, atau mendapat status Tidak Lulus, anda hanya dibenarkan untuk buat rayuan Bantuan Sara Hidup bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Sila pastikan anda membuat permohonan rayuan ini dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Selepas tempoh tersebut, tiada lagi rayuan Bantuan Sara Hidup dibenarkan.

Cara buat rayuan BSH 2020 online di bsh.hasil.gov.my

Berikut ialah cara untuk merayu BSH bujang secara online. Cara ini terpakai untuk pemohon yang berada dalam kategori bujang dan juga berkahwin.

  1. Layari laman web rasmi atau portal LHDN di sini: https://bsh.hasil.gov.my
  2. Anda akan berada di laman utama Bantuan Prihatin Nasional
  3. Klik butang Rayuan
  4. Sila ambil maklum, butang Rayuan hanya akan ada pada tarikh yang ditetapkan sahaja. Ini bermakna, anda tidak akan nampak butang ini sebelum tarikh rayuan dibuka dan selepas tamat tempoh rayuan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda yang mempunyai 12 digit
  6. Tidak perlu masukkan “-” atau sempang
  7. Contohnya, jika nombor MyKad anda ialah 901010-10-5555, hanya perlu masukkan 901010105555 sahaja
  8. Selepas itu, tekan butang Carian
  9. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  10. Pastikan masukkan nombor, huruf besar atau huruf kecil seperti yang tertera
  11. Seterusnya, tekan butang Carian.
  12. Tunggu sebentar sementara sistem mencari maklumat tentang semakan BSH
  13. Ikuti langkah seterusnya untuk membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020

Sila kemaskini BSH jika ada apa-apa perubahan. Pastikan semua maklumat dalam sistem BSH adalah yang terkini.

 

Cara merayu Bantuan Sara Hidup 2020 staus Gagal di cawangan LHDN

Bagi pemohon yang tidak mempunyai Internet yang laju di rumah, kami sarankan anda hadirkan diri ke mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Jika anda mendapat status Tidak Lulus, tetapi tidak disertakan dengan Kod Tidak Lulus seperti yang dinyatakan di bawah, anda juga dinasihatkan untuk hadir ke cawangan LHDN yang berdekatan.

Sebelum hadir, sila pastikan anda membawa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Sila isi borang rayuan BSH yang boleh didapati di sana nanti.

 

Rayuan Bantuan Sara Hidup gagal? Semak Kod Tidak Lulus

Sila ambil perhatian. Rayuan BSH ini hanya dibenarkan bagi pemohon yang gagal, iaitu berstatus tidak lulus dalam semakan BSH.

Berikut ialah antara beberapa senarai Kod Tidak Lulus yang mungkin anda terima.

 

Kod Tidak Lulus 05

  • Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000

 

Kod Tidak Lulus 06

  • Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM4,000 termasuk Perniagaan

 

Kod Tidak Lulus 07

  • Pemohon / Pasangan memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

 

Kod Tidak Lulus 08

  • Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

 

Kod Tidak Lulus 09

  • Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

 

Kod Tidak Lulus 30

  • Status Perkahwinan perlu pengesahan

 

Senarai penuh Kod Tidak Lulus BSH boleh didapati di sini.

 

Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup

Buat masa ini, hanya anda perlu buat rayuan sahaja terlebih dahulu. Kami akan kemaskini ruangan ini jika tarikh keputusan rayuan BSH dimaklumkan oleh Kerajaan.

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan rayuan BSH kali ini, sila hubungi talian hotline Bantuan Sara Hidup di bawah:

  • 1-800-88-2747

 

Akhir kalam

BSH rayuan 2020

Pertama sekali, BSH lulus atau tidak itu adalah rezeki masing-masing.

Bagi yang sudah mendapat kelulusan BSH, bersyukurlah. Sedikit atau banyak bukanlah menjadi ukuran.

Walau bagaimanapun, bagi yang tidak lulus pula, jangan terlalu bersedih. Mungkin itu bukan rezeki kita. Merayu tetap merayu. Cuma dapat atau tidak itu adalah urusan Allah.

Sama-sama berdoa agar hidup kita dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara memohon bsh rayuan
  • grab food motorbike in malaysia
  • rayuan BSH 2020

Leave a Comment