Rayuan BPN Kali Kedua Melalui Email ([email protected])


Anda mungkin pernah buat rayuan BPN sebelum ini. Tapi sedih sangat kerana keputusan masih lagi status Tidak Lulus, walaupun tahu kita memang layak. Jangan kecewa kerana ada peluang lagi dengan buat rayuan BPN kali kedua.

Rayuan kali ke 2

Bagi sesiapa yang gagal dalam permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tempohari, anda masih lagi boleh membuat rayuan. Tarikh rayuan adalah sehingga 31 Mei 2020.

Lanjutan berkenaan adalah disebabkan maklumbalas dan aduan daripada orang ramai yang mendapat status Tidak Lulus dan gagal menerima BPN.

Rayuan BPN kali kedua melalui email

Rayuan BPN kedua melalui email

Menurut LHDN di Facebook, anda boleh membuat rayuan untuk pertimbangan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

Rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN.

Berikut ialah langkah untuk buat rayuan BPN kedua bagi sesiapa yang gagal rayuan pertama melalui email:

  1. Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke [email protected]
  2. Sila sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang semakin kurang disebabkan Coronavirus COVID-19
  3. Kami cadangkan anda hantar dengan conoth tajuk seperti berikut:
    • RAYUAN BPN: 800505-05-5555
    • PERMOHONAN RAYUAN BPN. NO K/P: 801010-10-5333
  4. Pastikan anda tekan butang Send
  5. Buat pengesahan email telah dihantar dengan semak Sent folder
  6. Akhir sekali, tunggu maklumbalas daripada pihak LHDN

 

Rayuan BPN di kaunter LHDN

Mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan juga boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN. Jemput untuk merujuk cara isi borang rayuan BPN bagi penerangan yang lebih terperinci.

  1. Anda boleh mula untuk membuat rayuan pada hari Isnin 11 Mei 2020.
  2. Sila pastikan anda membawa dokumen seperti:
    • Kad Pengenalan (MyKad)
    • Surat rayuan
    • Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan
  3. Sila berpakaian sopan dan beradab semasa hadirkan diri ke kaunter LHDN.
  4. Sila pastikan anda mengikut SOP PKPB sepanjang berurusan di LHDN.

Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.

 

Akhir kalam

Jangan marah-marah jika status semakan anda Tidak Lulus. Mungkin itu bukan rezeki.

Walau bagaimanapun, tidak salah buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional kali ke 2.

Dapat atau tidak, itu perkara lain. Yang penting, kita mencuba.

Diharapkan agar perkongsian cara buat rayuan BPN kali kedua ini dapat membantu anda.

Akhir sekali, jika anda ada buat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP), sudah boleh buat semakan GKP untuk menyemak kelulusan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • aduan ilestari
  • email bpn
  • rayuan bpn (kalike-2)

13 thoughts on “Rayuan BPN Kali Kedua Melalui Email ([email protected])”

  1. Sekiranya isteri kedua ingin memohon bpn adakah layak?fasa pertama lulus dan fasa kedua tidak lulus.terima kasih.

    Reply
  2. Dah hantar rayuan BPN email To LHDN, tapi no response reply from LHDN. How long the process and no acknowledgement of receipt too. Stressful and very sad. Dying soon. In Harlan the BPN money can use to buy some food for whole month keep stock. Jobless with 0 income.

    Reply
  3. saya sudah bercerai dan mohon tetapi keputusan tidak lulus kerana pendapatan pasangan melebihi rm8000.00.
    Saya tak tahu bercerai mana ada pasangan

    Reply
  4. RAYUAN BPN IC=820214045380
    NAMA=SANTHI AP GANESAN
    TOLONG KAMI2 MASIH KEDAI GUNTING RAMBUT TAK BOLEH BUKA.SAYA ADA ANAK 3 ORG BPN BATALKAN KEWANGGAN SYA FASA2 MANA CUKUP BAGI 1000 SAYA ADA ANAK OKU LAGI NAK PEMPAS SUSU MACAM MANA SAYA NAK URUSKAN DALAM 1000 PLS I NEED HELP

    Reply
  5. Saya bpn fasa pertama lulus dapat 1000…tapi fasa kedua hingga sekarang tak dapat lagi…tolong saya buntu….jika suami tak lulus permohonan adakah saya boleh membuat permohonan baru atas nama saya ….minta penjelasan

    Reply
  6. Saya masih blm dpt bantuan BPN ingin merayu dah 2kali isi borang masih xdapat skrg saya bkn niaga lg ssm saja masih aktif knp masih ssh nk diluluskan sedangkan peruntukan ada tlg pertimbangkan kpd pihak yg terlibat tq

    Reply
  7. Kamarul hanafi bin rebut
    831205-01-6637
    Saya sudah membuat rayuan di LHDN dan menyemak status Tidak Layak.. Sebab ade SSM yg masih aktif… Walaupon saya tidak berniaga lagi, tetapi tidak layak untuk mendapatkan BPN.. Boleh bagi info

    Reply
  8. 990703-01-5686
    SAYA PERGI KE BSN UNTUK AMIK DUIT BANTUAN PRINTIN NASIONAL TAPI 4 KALI SAYA PERGI TAK DAPAT SEDANGKAN NO VOUCER SAYA SUDAH KELUAR .

    Reply
  9. Klau bawah umur.20 tahun tapi ada tanggunggan 2 orang ank tiada pertimbangan ka…tolong la sya bntu sya dan anak2 suami sya pun tiada kerja masa pkp lagi smpai la pkpb ni.

    Reply

Leave a Comment