Punca Rambut Gugur (Dan Petua, Rawatan & Syampu Terbaik)


Alamak, rambut makin menipis? Mesti pening memikirkan sebab kenapa masalah ini berlaku, bukan? Apa sebenarnya punca rambut gugur?

Jangan khuatir.

Mari baca perkongsian artikel ini untuk mengetahui tentang faktor yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keguguran rambut dan cara untuk mengatasinya.

 

Masalah rambut gugur itu normal?

Masalah rambut gugur adalah satu masalah normal yang biasa dihadapi oleh lelaki mahupun wanita, khususnya yang mereka yang berusia lebih 30 tahun. Tetapi ia lebih kerap dialami kaum wanita. Dalam istilah perubatan, masalah keguguran rambut dikenali sebagai alopecia.

Pelbagai punca boleh menyebabkan anda mengalami masalah rambut gugur ini. Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu mengalami masalah ini disebabkan oleh faktor genetik, diet pengambilan makanan ataupun kekurangan nutrien.

Keguguran rambut boleh berlaku pada rambut di bahagian kulit kepala atau mana-mana bahagian yang mempunyai rambut pada badan anda. Genetik, perubahan hormon, pengambilan ubatan tertentu atau masalah kesihatan juga boleh menjadi punca kepada masalah rambut yang gugur.

 

Adakah ini masalah besar?

Umumnya, mengalami masalah rambut gugur, bukan satu isu berkaitan kesihatan yang berkaitan kesihatan untuk dibimbangkan.

Namun, jika masalah keguguran rambut itu adalah kronik dan serius, terdapat kecenderungan risiko untuk menjejaskan kesihatan dari aspek mental dan harga diri yang melibatkan keyakinan diri seseorang.

Sebelum kita terus kepada punca, apa kata kita kenali terlebih dahulu mengenai rambut, jom!

 

Folikel rambut

Rambut sebenarnya terdiri daripada protein yang dinamakan keratin. Ia terhasil dalam folikel rambut di lapisan luar kulit. Apabila folikel menghasilkan sel rambut baru, maka sel yang lama akan ditarik keluar melalui permukaan kulit, dalam kadar lebih kurang enam inci setahun.

Rambut yang dilihat, dipegang adalah sel keratin yang mati. Bagi individu dewasa mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 rambut dan purata kehilangan atau keguguran rambut dalam sehari adalah sehingga 100 helai.

Setiap folikel mempunyai kitara hidup sendiri. Ia dipengaruhi faktor seperti usia, keadaan kesihatan dan pelbagai faktor lain. Terdapat tiga kitaran fasa folikel:

 

  1. Anagen – Pertumbuhan rambut aktif yang berlaku antara dua hingga enam tahun
  2. Catagen – Pertumbuhan rambut peralihan yang berlaku antara dua hingga tiga minggu
  3. Telogen – Fasa rehat yang berlaku selama dua hingga tiga bulan; pada akhir fasa rehat rambut itu digugurkan dan akan dikeluarkan rambut baru bagi menggantikannya dan kitaran baru akan bermula.

Jenis keguguran rambut

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis masalah keguguran rambut. Antaranya adalah:

 

Alopecia Involutional

Satu perubahan semula jadi. Rambut akan beransur menipis seiring dengan pertambahan usia. Banyak rambut berada dalam fasa rehat, rambut yang tinggal menjadi lebih pendek dan sedikit.

 

Alopecia androgenik

Melibatkan keadaan genetik dan boleh berlaku kepada sesiapa, lelaki atau wanita.

Bagi individu lelaki yang mengalami masalah ini dipanggil kebotakan corak lelaki, dan ia boleh berlaku seawal usia remaja atau usia 20-an dengan gejala kehilangan rambut secara beransur-ansur.

Manakala bagi individu wanita dengan masalah kebotakan corak wanita, isu penipisan rambut tidak ketara sehingga berusia 40 tahun atau lebih.

Masalah penipisan berlaku diseluruh kulit kepala dan paling ketara pada bahagian tengah kulit kepala.

 

Alopecia areata

Berlaku secara tiba-tiba dan boleh dialami oleh kanak-kanak dan individu dewasa muda. Ia boleh menyebabkan kebotakan lengkap atau alopecia totalis

 

Alopecia universalis

Keguguran pada semua bahagian rambut yang tubuh gugur, termasuk kening, bulu mata, dan rambut pada kawasan kemaluan.

 

Trichotillomania

Selalu berlaku kepada kanak-kanak di mana wujud tabiat menarik rambut sendiri dan ia melibatkan gangguan psikologi.

 

Telogen effluvium

Penipisan rambut sementara akibat perubahan dalam kitaran pertumbuhan kulit.

 

Alopecia parut

Kehilangan rambut secara kekal. Keadaan kulit dengan isu keradangan seperti selulitis, folikulitis atau jerawat dan gangguan kulit menyebabkan parut menjejaskan keupayaan rambut untuk tumbuh semula.

 

Punca rambut gugur

Berikut adalah beberapa sebab umum mengapa anda mengalami masalah keguguran rambut:

 

Tekanan

Tekanan adalah punca biasa bagi masalah keguguran rambut. Tekanan menyebabkan badan mengamalkan proses biologi yang tidak normal dan mengganggu keadaan biasa dalam badan, dan kadang-kadang tidak dapat diramalkan.

 

Terlebih mendandan rambut

Antara punca rambut gugur yang paling biasa berlaku adalah kerana pendandanan rambut. Aktiviti mendandan rambut yang berlebihan setiap hari boleh menyebabkan keguguran rambut. Selain itu, pelindung kimia untuk meluruskan rambut, rawatan minyak panas atau apa-apa jenis bahan kimia yang keras atau bersuhu tinggi boleh menjejaskan akar rambut dan rambut tidak akan tumbuh kembali.

 

Folikel rambut tersekat

Kulit kepala yang tidak sihat boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut dan menyebabkannya tersekat.

 

Pemakanan

Pemakanan menjadi salah satu faktor yang boleh mempengaruhi setiap keadaan badan termasuk masalah rambut gugur. Ini biasanya berlaku ke atas diet pemakanan yang menghadkan pengambilan kalori atau protein.

 

Kimoterapi

Sesetengah ubat yang digunakan untuk mengalahkan kanser juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

 

Kesan ubat-ubatan

Pengambilan sesetengah ubat-ubatan boleh menggalakkan keguguran rambut, antaranya adalah ubat mencair darah tertentu dan ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blokers.

 

Genetik/ Keturunan

Penyebab keguguran rambut yang paling biasa adalah keadaan keturunan yang disebut pola kebotakan lelaki atau pola kebotakan wanita.

 

Baru melahirkan bayi

Kehilangan rambut selepas kehamilan bukan keguguran rambut sebenar dan ia adalah normal. Rambut gugur selepas wanita melahirkan kerana penurunan tahap estrogen.

 

Pengambilan pil perancang

Hormon pil kawalan kelahiran ini juga boleh mengakibatkan penipisan rambut wanita yang menggunakannya dan menjadi antara punca rambut gugur dalam kalangan wanita.

 

Sindrom ovari polisistik (PCOS)

PCOS adalah ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita, dan keadaan ini cenderung menyebabkan penipisan rambut.

 

Petua rambut gugur

Memetik informasi dari Harian Metro, ada beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat rambut gugur.

Antaranya ialah:

 

Lidah buaya

Caranya mudah sahaja.

Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumurkan pada rambut sehingga rata.

Urut kulit kepala dan biarkan lima minit.

Cuci rambut hingga bersih.

 

Atasi rambut gugur dengan minyak kelapa

Minyak kelapa sebenarnya dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat.

Minyak kelapa juga adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak.

Bagi mengatasi rambut gugur, caranya mudah sahaja.

Llumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala.

Urutkan kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.

 

Merawat rambut gugur guna minyak zaitun

Minyak zaitun juga mempunyai banyak manfaat antaranya sebagai perawat semula jadi rambut bagi mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.

Sebaik-baiknyanya gunakan minyak zaitun asli.

Caranya juga mudah.

Campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur.

Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.

 

Elakkan rambut gugur guna avokado

Buah berkulit hijau dengan isi kekuningan ini mempunyai khasiat besar untuk membaiki keguguran dan kerosakan rambut.

Avokado bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun.

Caranya juga tidaklah sesukar mana.

Lumatkan isi buah avokado bersama buah pisang.

Sapu campuran ini ke kulit kepala dan pastikan urut supaya rata.

Biarkan ia mengering selama sekitar setengah jam. Bilas dengan syampu.

Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.

 

Hilangkan rambut gugur guna daun inai

Sejak dulu daun inai memang diakui mempunyai banyak kelebihan dan khasiat, khususnya dalam merawat masalah rambut serta kulit kepala.

Caranya memang mudah.

Ambil beberapa helai daun inai. Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes.

Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama dua hingga tiga jam.

Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi.

Ulangi langkah ini dua hingga tiga kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.

 

Cara mengatasi rambut gugur

Jika anda berdepan dengan antara punca-punca yang disebutkan di atas, jangan bimbang. Berikut adalah beberapa tip membantu mengatasi keguguran rambut:

Jaga pemakanan

Paling utama anda perlu menjaga aspek pemakanan. Cara terbaik, berbincang dengan pakar pemakanan untuk mengetahui diet yang sesuai dengan masalah rambut gugur anda

Kurangkan penggunaan bahan kimia

Hindari daripada mendandan rambut secara keterlaluan, kurangkan penggunaan bahan untuk meluruskan rambut serta penggunaan hair dryer

Urut rambut dengan lembut

  1. Lakukan urutan secara lembut pada rambut ketika mencuci dan menyikat rambut. Elakkan dari menyikat rambut secara kasar

Guna produk yang sesuai

  1. Pilih produk penjagaan rambut yang bersesuaian dengan anda. Anda boleh mendapatkan nasihat dan rundingan daripada pakar yang bertauliah dalam isu berkaitan keguguran rambut

Pakai pelindung kepala

Ketika berada di luar dan di bawah terik sinaran matahari, pastikan anda memakai pelindung kepada seperti topi

 

Rawatan rambut gugur (kaedah perubatan)

Terdapat juga kaedah ubatan dan pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengatasi keguguran rambut, seperti

 

Minoxidil (Rogaine)

Ubatan ini disembur dan / atau disapu ke kulit kepala dua kali sehari

 

Finasteride (Propecia)

  1. Ubat dalam bentuk pil ini diambil sehari sekali

Kortikosteroid

Kaedah suntikan. Dilakukan setiap empat hingga enam minggu

 

Krim Kortikosteroid

Di letakkan pada bahagian yang bermasalah

 

Pil Kortikosteroid

Diambil secara oral. Tetapi tidak digalakkan kerana mempunyai kesan sampingan

 

Rawatan rambut gugur dengan pembedahan

Pembedahan, terbahagi kepada tiga

  • Pembedahan pemindahan rambut
  • Pengurangan kulit kepala
  • Flap kulit kepala

 

Rawatan rambut gugur dengan laser

Rawatan kombinasi phototherapy laser dipercayai dapat meningkatkan pertumbuhan rambut pada kulit kepala

Untuk mengetahui rawatan secara ubatan atau pembedahan yang berkesan dan sesuai untuk anda, pastikan anda berbincang dengan doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu.

 

Shampoo untuk rambut gugur

Jika anda sudah cuba petua rambut gugur di atas, anda boleh gunakan shampoo untuk rambut gugur sebagai tambahan.

Tambahan lagi, jika anda tiada bajet untuk buat rawatan rambut gugur yang tinggi kosnya, anda boleh juga cuba gunakan syampu untuk rambut gugur ini sebagai alternatif.

Cuma kami tiada cadangan terbaik shampoo untuk rambut gugur kerana sudah pasti keserasian dengan pemakai adalah berbeza-beza. Jika takut dengan jenama yang bukan-bukan, gunakanlah jenama terkenal.

Antara jenama yang dikenali ramai ialah:

  • L O’real
  • CLEAR
  • Head & Shoulders
  • TRIAL ECOHERBS
  • YVES ROCHER
  • Avelon
  • Innisfree

Selalunya shampoo jenis ini akan ada tertulis Anti-Hairfall dan Anti-Dandruff.

Walau bagaimanapun, yang terbaik ialah anda keluar dari rumah, dan pergi ke farmasi seperti Guardian, Caring dan Watson untuk bertanyakan dengan lebih lanjut.

 

Akhir kata

Cara mengatasi rambut gugur

Cara terbaik untuk mengatasi masalah rambut gugur adalah dengan tidak mengabaikan aspek penjagaan rambut.

Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat, cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan cuba untuk mengurangkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan anda tertekan.

Jemput baca tentang punca migrain dan punca sakit kepala juga.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • kerap sakit kepala dan rambut gugur teruk
  • herbal essence untuk rambut gugur
  • herbal essences untuk rambut gugur
  • kenapa pakai herbal essence shampoo rambut gugur
  • shampoo herbal essences untuk gugur
  • shampoo herbal essences untuk rambut gugur
  • SYAMPO RAWATAN RAMBUT DI WATSON
  • syampu di guardian dan watson yang terbaik
  • ubat terbaik untuk rmbut gugur

Leave a Comment