Punca Gout (Tanda Tanda dan Cara Hilangkan Penyakit Gout)


Jika anda berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun, sedang mengalami masalah bengkak, merah, panas dan kesakitan melampau pada sendi seperti ibu jari kaki, buku lali, lutut dan pergelangan tangan, segeralah dapatkan rawatan daripada doktor. Sakitnya, memang tak boleh bincang. Cuma persoalannya, apakah punca gout menyerang?

Izinkan kami berkongsi di bahagian bawah ini nanti.

Bagaimana gout terjadi?

Sebelum itu, izinkan kami berkongsi macam mana gout itu boleh menyerang seseorang.

Gout boleh dianggap sebagai masalah metabolisme yang menyebabkan kehadiran asid urik yang tinggi dan ia berkumpul di dalam darah mahupun di dalam sendi.

Lebih cenderung menyerang lelaki berbanding wanita, gout merupakan radang pada bahagian sendi yang disebabkan pengumpulan asid urik.

Badan sepatutnya membuang asid urik ini yang merupakan bahan kumuh daripada protein menerusi air kencing namun proses berkenaan boleh tersekat apabila asid urik ini berlebihan.

Asid urik ini juga boleh membentuk benjolan ataupun disebut “tophi” jika terkumpul di bawah kulit. Lebih serius, tophi ini boleh makin membesar dan pecah.

Asid urik yang berlebihan ini juga boleh membentuk batu karang jika  terkumpul pula di dalam saluran kencing. 

Jangan tunggu lagi, kesemua keadaan tadi merupakan antara gejala kepada penyakit gout, penyakit yang sekian lama telah dihidapi oleh manusia.

Punca gout

Banyak penyebab kepada penyakit gout dan ketidak seimbangan asid urik ini dan kebiasannya ia berpunca kepada faktor keturunan, persekitaran dan diet.

 

Genetik

Kajian mendapati, satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.  Dianggarkan juga enam hingga 18 peratus mereka yang menghidap gout mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini.

Faktor ini mempunyai peranan cukup besar dalam menentukan seseorang mendapat gout.

 

Punca gout ialah makan tak pantang

Faktor kandungan asid urik yang tinggi banyak disumbang oleh makanan dan minuman. Ada makanan mempunyai kadar purin yang berisiko meningkatkan lagi tahap asid urik dalam badan.

  • Pengambilan alkohol termasuk bir dan arak boleh meningkatkan tahap asid urik dalam darah apatah lagi dengan pengambilannya secara kerap.
  • Minuman dengan paras gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat dan jus buah juga boleh meningkatkan sehingga 85 peratus serangan gout terutama terhadap lelaki
  • Pengambilan produk tenusu dengan kerap boleh meningkatkan risiko sehingga 21 peratus manakala pengambilan makanan laut pula boleh menyebabkan risiko serangan gout sehingga  tujuh peratus.
  • Organ dalaman seperti hati dan paru mempunyai kandungan asik urik yang lebih tinggi berbanding makanan lain. Pengambilan tenusu dan organ dalaman ini secara bersama juga boleh menyebabkan serangan gout akut.
  • Buah-buahan manis seperti tembikai dan mangga mempunyai gula fruktosa yang tinggi, pengambilannya secara kerap juga akan menyebabkan kesakitan yang berulang.

 

Punca gout ialah pengambilan ubat diuretik

Perubatan Diuretik sering digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan ia boleh meningkatkan tahap asid urik.

Ubat diuretic ini berfungsi untuk membuang air daripada badan namun air yang sama adalah diperlukan untuk melupuskan asid urik.

 

Cara hilangkan gout

Petua hilangkan gout

Sekiranya gout berpunca daripada kandungan asid urik yang banyak di dalam tubuh, justeru cara untuk menghilangkannya sudah tentu dengan mengurangkan kandungan asid urik berkenaan.

Jangan pula sakit kepala menahan sakit gout.

Jika tahu caranya, mudah untuk atasi.

 

Makan secara sihat

Tiada cara hilangkan gout yang paling efektif melainkan tentang makanan.

Makan dengan betul dan minum banyak air merupakan perkara yang sangat penting buat pesakit gout.

Kurangkan pengambilan  daging merah, elakkan alkohol dan memakan banyak produk tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayuran.

Kebiasannya, doktor akan berikan diet gout lengkap bagi mengelakkan ia meningkat.

 

Kekalkan hidrasi tubuh

Asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan gout dikumuhkan dalam air kencing.

Apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya tidak akan terkumpul dalam sendi.

 

Kekalkan berat badan

Pesakit gout perlu mengekalkan berat badan mereka, ia merupakan aspek penting kerana jika gagal, jumlah asid urik dalam badan juga akan meningkat.

Tidak ada masalah untuk mengekalkan badan asalkan anda mengikut semua panduan pemakanan sihat dengan betul.

Tidak salah bersenam untuk kekal aktif.

Namun menurut Mstar, jika anda seorang yang muda, jangan terlalu banyak bersenam kerana ia juga salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit gout.

 

Elakkan minuman keras

Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dihidrasi  dan masalah dihidrasi dalam badan boleh disumbang dengan pengambilan alkohol.

Protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia juga akan mencipta asid urik, kebanyakan alkohol diperbuat daripada yis.

 

Rehat secukupnya

Mendapatkan rehat yang secukupnya adalah penting bagi penyakit gout, apabila tekanan meningkat, ia akan membawa kepada lebih banyak serangan gout.

Tidur merupakan cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh apa tunggu lagi, berehat dan redakan tekanan.

 

Cara hilangkan gout dengan halia

Difahamkan, penyelidikan telah menunjukkan ia berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari semasa ke semasa.

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.

 

Akhir kalam

Tanda tanda gout

Akhir kata, walau apapun, kaedah terbaik bagi berdepan dan mencari penyelesaian kepada penyakit gout ini, sudah tentu perlu mendapatkan nasihat dan rawatan yang teratur daripada pakar perubatan.

Jangan ambil ubat sebarangan, kawalan penyakit ini memerlukan pengambilan ubat yang betul juga dalam tempoh yang sesuai bagi memastikan ia dapat dikawal, bergantung kepada tahap keseriusan serta keadaan pesakit.

Jangan nanti kerana salah rawatan, penyakit tak pulih tetapi makin sengsara pula, masa tu menyesal pun tiada guna.

Jika perut rasa tak sedap, jemput juga baca cara hilangkan gastrik.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment