Punca Berak Berdarah (Dan Cara Mengatasi Berak Berdarah)


Eh…kenapa berdarah ini? Buasir ke berak berdarah? Tapi berak berdarah sebab apa? Apa punca berak berdarah?

Keliru?

Jangan risau. Perkongsian artikel ini akan membantu memahami mengenai masalah berak berdarah.

Kenapa berak berdarah?

Apa yang dimaksudkan dengan berak berdarah? Ia adalah satu keadaan di mana berlaku pendarahan ketika proses membuang air besar.

Masalah ini boleh berlaku sama ada melibatkan darah yang tercampur dengan najis atau darah hanya keluar selepas pengeluaran najis.

Darah yang wujud pada bahagian awal sistem pencernaan seperti perut akan bercampur dengan najis. Keadaan ini akan menyebabkan terhasilnya najis berbentuk hitam yang sangat busuk.

Punca berak berdarah

Terdapat beberapa punca yang boleh menjadi faktor mendasari isu pendarahan ini.

Antaranya ialah:

 

Buasir

Buasir juga dikenali dengan nama ‘haemorrhoids’. Masalah iniberlaku apabila terdapat luka pada lubang dubur. Individu yang mempunyai sejarah sembelit untuk tempoh yang lama cenderung mengalami masalah ini.

Buasir boleh dikesan dengan memeriksa dubur jika terdapat benjolan yang licin. Selain itu, seseorang individu itu juga akan berasa sakit dan gatal pada lubang dubur.

Masalah ini boleh berlaku jika seseorang individu tidak atau kurang mengamalkan pemakanan yang berkhasiat serta kandungan serta yang amat rendah.

 

Punca berak berdarah, mungkin kanser usus

Kanser merupakan antara penyebab utama kematian, kerana kebanyakan kanser tiada penawar yang dapat mengubatinya. Kanser usus atau colorectal cancer ini merupakan antara kanser ketiga yang paling tinggi dialami oleh kebanyakan rakyat di Malaysia.

Antara simptom yang dialami oleh individu dengan masalah kanser usus adalah berdepan dengan kesukaran untuk membuang air besar disebabkan menghidapi sembelit serta adakalanya ia turut menyebabkan cirit-birit.

 

Divertikulum

Masalah ini berlaku apabila terbentuk lubang atau poket dalam usus. Turut dikenali sebagai diverticular disease, keadaan ini berlaku dengan disertai masalah sembelit akan mengakibatkan terjadinya pendarahan dalam bentuk cecair atau berketul. Sering kali masalah ini dihadapi oleh individu dewasa yang lebih berusia.

 

Sembelit, antara punca berak berdarah

Masalah sembelit atau constipation yang berlaku secara berterusan boleh menyebabkan wujudnya masalah kesihatan lain seperti anal fissure. Ia merupakan satu keadaan kesihatan yang serius dan kronik yang memerlukan individu yang mengalaminya mendapatkan rawatan segera.

Mengalami masalah ini boleh menyebabkan pendarahan untuk berlaku ketika proses membuang air besar yang akhirnya mewujudkan masalah berak berdarah. Sudah tentu, individu yang mengalami keadaan ini akan berdepan kesakitan dan boleh mendatangkan trauma.

 

Inflammatory bowel disease

Mengalami masalah seperti radang usus juga boleh mengakibatkan berlakunya keadaan berak berdarah.  Ini juga akan menyebabkan cirit-birit yang bercampur darah. Masalah radang usus harus diselesaikan dengan segera supaya masalah ini tidak mendatangkan komplikasi serius dan kronik.

 

Tanda berak berdarah

Terdapat beberapa tanda dan simptom yang boleh dialami individu yang menghidapi masalah ini, seperti:

  1. Keadaan najis yang bercampur dengan darah
  2. Najis yang tidak bercampur dengan darah
  3. Darah yang keluar berwarna merah segar, merah pekat atau berketul
  4. Sakit pada lubang dubur
  5. Sembelit
  6. Sakit perut
  7. Cirit-birit
  8. Benjolan pada lubang dubur
  9. Terasa untuk membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar (tenesmus)
  10. Kurang darah dalam badan

Kedengaran menjijikkan, tetapi sebenarnya adalah penting untuk anda memerhati warna najis supaya dapat membantu doktor dalam membuat diagnosis. Dalam masa yang sama, pastikan juga anda mengetahui gejala dan simptom yang anda alami untuk memudahkan pemeriksaan dan rawatan.

 

Cara mengatasi berak berdarah

Berikut adalah beberapa jenis rawatan yang dapat membantu merawat masalah berak berdarah ini.

  1. Julap

Ubat laxative ini membantu melancarkan proses membuang air besar dan mengatasi masalah sembelit. Umumnya, masalah sembelit berlaku boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah berak berdarah. Jadi, pengambilan ubat ini dapat melembutkan najis keras seterusnya mencegah dari terjadinya masalah berak berdarah.

 

  1. Air secukupnya

Mengambil air secara secukupnya sudah tentu dapat membantu mengatasi masalah ini. Ini kerana air merupakan rawatan semula jadi yang dapat mencegah dari berlakunya masalah sembelit atau masalah berak berdarah. Air akan membantu melembutkan najis dan melancarkan proses membuang air besar.

 

  1. Antibiotik

Jika usus besar mengalami keradangan, maka ianya boleh dirawat dengan ubat antibiotik bagi membunuh kuman. Walaupun mengambil masa, namun ia dipercayai dapat membantu mengatasi masalah berak berdarah.

 

  1. Pembedahan

Ini merupakan pilihan rawatan kepada individu dengan masalah serius dan kronik seperti kanser usus atau inflammatory bowel disease. Prosedur pembedahan mungkin terpaksa dilakukan sebagai pilihan untuk mengatasi masalah yang wujud.

 

  1. Banding

Masalah buasir boleh dirawat dengan prosedur banding ini. Salur darah yang terjejas dan terjojol akan diikat untuk menghentikan pendarahan.

 

Setiap individu yang mengalami masalah berak berdarah akan menerima rawatan yang berbeza. Ini adalah bergantung kepada punca yang mendasari masalah ini. Oleh kerana itu, penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor dan pakar perubatan.

 

Akhir kalam

Cara mengatasi berak berdarah

Punca berak berdarah anda sudah tahu. Cara mengatasi berak berdarah juga sudah kami kongsi. Sekiranya anda ingin maklumat lanjut, boleh baca perkongsian Dr Rosliza Ghazali dari Hopital Pakar Columbia Asia.

Namun, perlu diambil perhatian bahawa berak berdarah ini adalah satu masalah serius tidak boleh dipandang remeh. Ia memerlukan rawatan segera kerana ia berisiko menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Dalam masa yang sama, untuk mencegah masalah ini daripada berlaku, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dari aspek pemakanan, tabiat harian serta aktiviti fizikal.

Jemput baca tentang cara buang angin dalam badan juga.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment