Aktiviti Yang Dibenarkan Semasa PKPP (10 Jun-31 Ogos 2020)


Memetik daripada pengumuman Perdana Menteri, berikut ialah antara aktiviti yang dibenarkan semasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Perniagaan yang dibenarkan semasa PKPP

Selain perjalanan rentas negeri dalam tempoh PKPP ini yang dibenarkan, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

Ini termasuk:

  • Perkhidmatan gunting rambut
  • Salun
  • Pasar terbuka
  • Pasar pagi
  • Pasar malam
  • Pasar tamu
  • Bazaria
  • Medan selera
  • Pusat penjaja
  • Food truck
  • Gerai makan

Selain itu, aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Antara yang termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah:

  • Lawatan ke muzium
  • Indoor busking
  • Dobi layan diri
  • Aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial
  • Penggambaran filem
  • Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

 

Sukan yang dibolehkan ketika PKPP

Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk:

  • Latihan persediaan pasukan permainan sukan
  • Aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti:
    • Bowling
    • Badminton
    • Memanah
    • Menembak dan lain-lain
  • Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

Klik sini untuk baca senarai aktiviti dan sukan yang dilarang semasa PKPP.

 

Pelancongan dalam negeri dibenarkan ketika PKPP

Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Anda kini boleh membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal .

Walau bagaimanapun, bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara masih ditutup.

 

Upacara keagamaan dibolehkan

Dalam kategori perayaan dan aktiviti keagamaan, sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

 

Aktiviti yang dilarang semasa PKPP

Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang.

Ini termasuk:

  • Pub
  • Kelab malam
  • Pusat hiburan
  • Pusat refleksologi
  • Pusat karaoke
  • Taman tema
  • Perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai
  • Kenduri-kendara
  • Rumah terbuka dan apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.

 

Adakah sekolah akan dibuka ketika PKPP?

Ada banyak aktiviti yang dibenarkan semasa PKPP. Namun, yang menjadi tanda tanya ialah tentang persekolahan anak-anak.

Untuk makluman, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

 

Maklumat lanjut

Aktiviti yang dibenarkan semasa PKPP

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan, boleh layari laman web Majlis Keselamatan Negara.

Semoga bermanfaat.


7 thoughts on “Aktiviti Yang Dibenarkan Semasa PKPP (10 Jun-31 Ogos 2020)”

  1. Kalau knduri kawin secara buffet… Dan di buat di dlm dewan…. . Dibenarkan @tidak?? Tetamu/jemputan hanya dtg.. Mkn dan minum shj… Tq

    Reply

Leave a Comment