Permohonan GKP 2.0 (Geran Khas Prihatin #kitaprihatin)


Bagi mana-mana usahawan yang terlepas untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP 1.0) tempohari, kini anda mempunyai peluang untuk buat permohonan GKP 2.0. Kali ini, jangan sampai terlepas pandang lagi.

Izinkan kami berkongsi.

Bila boleh buat permohonan baru GKP 2.0?

Bermula 1 Oktober 2020, mana-mana usahawan atau peniaga kecil yang berminat untuk mendapatkan bantun ini GKP 2.0 ini, anda boleh mula memohon melalui portal rasmi GKP Hasil.

Selepas tarikh tutup pada 31 Oktober 2020, permohonan ini akan diproses oleh LHDN.

Anda hanya boleh buat semakan GKP 2.0 untuk melihat status samada lulus atau tidak; selepas dimaklumkan tarikhnya nanti.

Berapa jumlah bantuan GKP 2.0?

Bantuan GKP 2.0 ini akan diberikan sekali sahaja. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM3,000.

 

Cara buat permohonan GKP 2.0 (Geran Khas Prihatin)

Sila ambil perhatian.

Untuk buat permohonan baru GKP 2.0, anda perlu buat pendaftaran. Jika masih lagi belum buat, sila baca cara daftar GKP 2.0 terlebih dahulu.

Berikut ialah cara untuk membuat permohonan GKP 2.0:

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 2.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Portal GPK 2.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 2.0 sahaja
  4. Sila login GKP 2.0 dengan klik pautan Log Masuk
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 870101-01-5455, masukkan 870101015455
  9. Tekan butang Semak
  10. Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini:
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  11. Klik link Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
  12. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  13. Tekan butang Cari
  14. Akan keluar paparan ini:
    • Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  15. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  16. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini:
    • Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.
  17. Tekan butang Semak
  18. Tekan butang Permohonan Baharu
  19. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 2.0
  20. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Entiti Perniagaan
    • Pengesahan
  21. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  22. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Jenis Perniagaan
    • Nombor Cukai Pendapatan
    • Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    • Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Tarikh Mula Beroperasi
    • Nombor Lesen Perniagaan
    • Alamat Premis Perniagaan
  23. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  24. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  25. Tekan butang Sahkan Captcha
  26. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  27. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  28. Klik butang Hantar
  29. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 2.0 berjaya akan dipaparkan

 

Syarat permohonan GPK 2.0

Bantuan Geran Khas Prihatin (GPK 2.0) ini adalah untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat bantuan GPK 1.0 sebelum ini.

Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, dianggarkan bahawa sekitar 200,000 PKS Mikro akan menerima bantuan ini.

Kriteria kelayakan utama untuk buat permohonan GKP 2.0 adalah seperti berikut:

  • Tidak dapat bantuan GKP 1.0 sebelum ini
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Perniagaan masih lagi aktif dijalankan
  • Jumlah jualan tahunan perniagaan tidak melebihi RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh lebih empat (4) orang
  • Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
  • Pemohon mestilah memenuhi definisi PKS Mikro
  • Pemohon mestilah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSH sehingga 31 Ogos 2020

 

Maklumat lanjut mengenai GPK 2.0

Bagi peniaga-peniaga kecil yang masih lagi belum tahu, Geran Khas Prihatin (GKP) ialah bantuan kewangan kepada usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Usahawan ini juga dipanggil Small Medium Enterprise (SME). Jadi, syarikat-syarikat yang besar dan bukan SME adalah tidak layak untuk buat permohonan GKP 2.0 ini.

Apa tujuan GKP 2.0?

Usahawan-usahawan yang terjejas teruk disebabkan pandemik Coronavirus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempohari telah dibantuk dengan GKP.

Kini, bantuan kerajaan datang lagi dengan GKP 2.0 yang bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk meringankan beban kewangan peniaga-peniaga kecil.

 

Macam mana nak hubungi LHDN?

Pasti ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang proses permohonan GKP 2.0 yang baru, kemaskini dan semakan Geran Khas Prihatin 2.0.

Anda boleh hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir kalam

Kepada peniaga atau usahawan PKS atau SME di luar sana yang buat permohonan GKP 2.0 ini, manfaatlah bantuan dari kerajaan ini sebaiknya.

Naikkan semula bisnes dan kecapi kejayaan seperti sebelum PKP. Yang paling penting sekali, berniagalah dengan jujur.

Bukan GKP sahaja yang ada. Jika anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional dan tidak pernah mohon BPN 1.0 sebelum ini, anda juga boleh buat permohonan baru BPN 2.0.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • gpk 2 0

6 thoughts on “Permohonan GKP 2.0 (Geran Khas Prihatin #kitaprihatin)”

  1. SAYA DAH PERNAH MEMILIKI SSM 10 TAHUN YG LPS,OLEH SBB SY TAK DAPAT BANTUAH BSH YG LEPAS KERANA JIKA SY BUKAN PENERIMA BSH,ANAK SY TIDAK LAYAK MENDAPAT PINJAMAN PTPTN.DAN BILA SY DPT INFO ADA BANTUAN GKP UNTUK PARA PENIAGA SAYA HIDUPKAN SEMULA SSM SAYA..MASALAHNYA TARIKH SAYA HIDUPKAN SSM UNTUK MEMOHON GKP TELAH TAMAT…BOLEHKAH PIHAK KERAJAAN LANJUTKAN LAGI TARIKH TERSEBUT??SY BETUL2 KECEWA SBB SY AMAT MEMERLUKAN BANTUAN TERSEBUT UNTUK PERNIAGAAN SY..LEBIH 50% PERNIAGAAN SY TERJEJAS SEBAB PKP NI…

    Reply
  2. jika peniagaan jenis perkongsian, sblum ni utk pemohonan pertama rakan kongsi pertama yg membuat permohonan..
    boleh kah utk GKP 2.0 ni saya yg buat permohonan?

    Reply
  3. Sy dah apply…. Dah submit… Tapi nak log in semula tak boleh…. Puas masukkan poskod & bandar banyak kali tapi tak boleh… Mohon bantuan

    Reply

Leave a Comment