Permohonan GKP Geran Khas Prihatin (gkp.hasil.gov.my)


Jika anda salah seorang peniaga atau usahawan PKS Mikro yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, jemput baca cara permohonan Geran Khas Prihatin seperti di bawah.

Tarikh akhir permohonan GKP

Sila ambil perhatian bahawa tarikh akhir untu mohon GKP adalah pada hari Jumaat, 15 Mei 2020. Selepas tarikh tersebut, anda tidak boleh memohon lagi.

Tarikh akhir

 

Sedikit mengenai Geran Khas Prihatin

Permohonan Geran Khas Prihatin (GPK) MyGCC

Geran Khas Prihatin (GKP) ialah bantuan kewangan kepada usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).

Geran ini adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan perniagaan kepada usahawan-usahawan yang terjejas teruk disebabkan pandemik Coronavirus COVID-19.

Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja, dan ia berjumlah RM3,000.

Permohonan Geran Khas Prihatin (GPK)

Permohonan Geran Khas Prihatin GKP

Syarat & kelayakan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Bukan semua orang layak. Jadi, berikut disenaraikan siapakah yang layak untuk buat permohonan bantuan ini.

  • Anda mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Anda mestilah individu yang memjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
  • Jumlah jualan atau perolehan tahuan kurang daripada RM300,000
  • Jumlan pekerja anda kurang dari 5 orang, tidak termasuk pemilik perniagaan
  • Untuk buat permohonan GKP, anda mesti berdaftar dengan institusi berikut sebelum atau pada 31 Disember 2019:
    • Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), contohnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Perniagaan anda masih lagi aktif semasa permohonan dibuat
  • Buat semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

 

Cara daftar sebelum buat permohonan GKP

Sebelum memohon, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu. Kini kerja jadi lebih mudah, register online sahaja.

Selepas itu baru boleh buat permohonan baru. Proses apply juga tidak lama.

Jangan tersilap taip GPK https://gpk.hasil.gov.my pula.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar GKP.

  1. Layari laman utama GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Anda akan nampak dua pilihan iaitu Bantuan Prihatin Nasional yang berwarna biru tua, dan Geran Khas Prihatin yang berwarna ungu
  3. Klik butang Geran Khas Prihatin (GKP) seperti di paparan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad 12 digit
  5. Jangan masukkan sempang (-)
  6. Masukkan nombor sahaja
  7. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 800101-01-5555, masukkan 800101015555
  8. Klik butang Cari
  9. Jika perniagaan atas nama anda wujud, anda akan dibawa ke bahagian Soalan Pengesahan
  10. Jika tidak ada, akan keluar butang PERMOHONAN BARU. Sila rujuk panduan permohonan GKP seperti di bahagian seterusnya.
  11. Kami andaikan perniagaan anda wujud. Sila jawab semua Soalan Pengesahan yang diberikan.
  12. Klik butang Hantar selepas mengisi semua jawapan.
  13. Selepas itu, anda akan dikehendaki untuk mendaftar akaun untuk mendapatkan ID GKP.
  14. Ini bagi membolehkan anda Log Masuk dan membuat semakan permohonan.
  15. Sila semak Nama, Nombor Kad Pengenalan seperti yang terpapar.
  16. Sila isi Frasa Keselamatan. Anda hany boleh masukkan huruf dan nombor sahaja. Aksara khas dan simbol tidak dibenarkan.
  17. Pilih lima (5) soalan keselamatan berserta jawapan anda.
  18. Klik Teruskan atau Kembali untuk mengubah jawapan.
  19. Sila buat semakan jawapan kepada soalan keselamatan seperti yang terpapar.
  20. Sekiranya berpuashati, klik Teruskan
  21. Pilih Kata Laluan untuk Log Masuk
  22. Sila buat Pengesahan Kata Laluan dengan menaip sekali lagi
  23. Sila ambil maklum bahawa kekuatan Kata Laluan adalah ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang bagus ialah yang berwarna hijau.
  24. Klik Daftar
  25. Pendaftaran akaun GKP anda kini sudah selesai
  26. Anda boleh klik butang Log Masuk sekarang

 

Cara permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Berikut ialah cara untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP) secara online. Pastikan anda sudah baca cara daftar Geran Khas Prihatin dan mesti login GKP terlebih dahulu untuk memohon.

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Sila Log Masuk seperti panduan di atas
  3. Klik Daftar GKP
  4. Anda kini berada di bahagian MAKLUMAT ENTITI PERNIAGAAN
  5. Sila semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan
  6. Teruskan dengan mengisi Maklumat Diri, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan dengan betul dalam buat permohonan Geran Khas Prihatin ini
  7. Selepas selesai, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  8. Sila buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar
  9. Tekan butang Sahkan Captcha
  10. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  11. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  12. Klik butang Hantar
  13. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP berjaya akan dipaparkan

 

Akhir kalam

Kemaskini Geran Khas Prihatin GKP

Kepada peniaga atau usahawan PKS di luar sana, manfaatlah bantuan dari kerajaan ini sebaiknya.

Benar, bisnes makin sakit. Tapi itu bukan bermakna kita tolak tepi halal haram.

Jangan sesekali menganiaya pekerja dengan tidak membayar gaji.

Jangan pula tidak bayar pembekal dengan apa yang kita sudah ambil.

Berniagalah dengan jujur.

Diharapkan agar perkongsian mengenai cara permohonan Geran Khas Prihatin ini dapat membantu anda dalam menghadapi kemelut ekonomi ini.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • geran khas prihatin gkp
  • cara applaication gkp hasil
  • https://therohani com/permohonan-geran-khas-prihatin-gkp/

65 thoughts on “Permohonan GKP Geran Khas Prihatin (gkp.hasil.gov.my)”

  1. kenapa tidak dapat memohon untuk syarikat yang daftar pada 2015-2019 , cuma syarikat lama saja wujud didalam kotak isian syarikat

    Reply
    • Saya tidak dapat daftar. Lepas masuk nombor IC ia suruh masuk pos code dan bandar. Tetapi tidak boleh hantar. Ia suruh check jawapan yang di beri. Apa masalah nya. Pls advice. Thank you.

      Reply
    • TIDAK BOLIH NAK ISI BORANG PERMOHONAN GKP SEBAB FORM NAK ISI LANGSONG TAK KELUAR DAN TAK TIMBUL!
      APA HAL DAN APA MASAALAHNYA? SUDAH BER JAM-JAM, CHECKING EVERYTHING, TAPI ZERO FORM TIMBUL.

      MACAMANA NAK ISI JIKA BORANG PERMOHONAN GKP TAK TIMBUL. MACAMANA NAK SUBMIT? KENAPA SUSAH SANGAT SANGAT NAK DAFTAR ONLINE NI?

      WE WERE TOLD TO BE ONLINE, SUBMIT AND REGISTER ONLINE BUT WHY LHDN SIDE NOT ONLINE?
      PLS CHECK THE PROBLEM HERE. THANK YOU.

      Email me pls.
      [email protected]

      Reply
  2. assalamualaikum,

    saya ada buat permohonan tp bila bhgn pengesahan sya dah taip captcha..bila klik sahkan balik semula kepada butir pemohonan..utk ruangan bersetuju juga tiada keluar..dah cuba guna hp lain lain pn tak dapat..apa mslh ya?

    Reply
  3. Saya langsung tak dapat daftar. Apa masalah? Guna komputer pun tak boleh. Setelah isi no ic diminta soalan pengesahan iaitu poskod dan daerah.

    Reply
    • Hnya keluar nama dan no ic je.dn menyatakan nma telah didaftarkan.status UTK kemaskini mcm mna ya.mohon pncerahan pihak Tuan

      Reply
    • Guna komputer pun tak boleh. Setelah isi no ic diminta soalan pengesahan iaitu poskod dan daerah. mcm mn nk daftar ni?

      Reply
      • Oh itu bermakna nama puan dah ada rekod pada LHDN. Puan kena masukkan poskod dan daerah spt alamat masa mohon BRIM atau BSH dulu. Hrp ia dpt membantu semua kes yg sama dgn soalan ini

        Reply
  4. Saya pon sama masuk no ic mintak soalan pengesahan masukan poskod dab bandar keluar sila semak jawapan anda betul dh sy masukan kenapa mcm tau?

    Reply
  5. saya Gobi a/l Harikrishnasamy (OKU) sudah saya lebih 30 kali cuba masuk
    tetapi saya ingin masuk GKP saya kecewa walau pun ikut panduan… saya tidak berjaya mohon jasa pihak tuan dapat membantu Saya… Sekian …Terima Kasih

    Reply
  6. Aku kerja makan gaji..aku ada ssm..dan aku jual kebab secara delivery dan jual barang dalam shopee and lazada..layak ke aku apply?

    Reply
  7. Jika ssm saya tamat tempoh,boleh apply?
    Nak sambung ssm payah turun area sini..kuantan buka..tapi pkp ni tak blh merentas negeri.bagaimana caranya?

    Reply
  8. try many many many times also cannot daftar, came out poskod and bandar, klik tapi sama , tak boleh masuk, pls advice how. Tq

    Reply
  9. telah selesai di isi dan telah di hantar..
    rupa rupa nya isi nama dan nama syarikat terkeluar semua,
    cuma penohkan ruangan yg disediakan yg belum di isi..
    stay at home.

    Reply
  10. apa panduan tak sama dgn website sebenar ni..adoii masuk poskod dgn bandar keluar sila semak jawapan sajaaaaaaaaaa

    Reply
  11. Mengapa tidak dapat hantar masuk website…sahaja minta saya masuk postkod dan bandar sahaja, sungguhpun maklumat ini sama dalam Kad Pengenalan saya.

    Reply
  12. Saya tidak dapat daftar. Lepas masuk nombor IC ia suruh masuk pos code dan bandar. Bila masukkan poskod dan bandar , Ia suruh check jawapan yang di beri. Apa masalah nya. Pls advice. Thank you.

    Reply
    • What is the differences between nombor pendaftaran and nombor lesen ? Is it the same ? Can someone help me on this please.. Thank you 🙂

      Reply
  13. Pendaftaran pertama kali, sudah masuk kan no poskod dan bandar sama macam ic tapi jwpan dari sistem sila semak jwapan. Apa masalah ye tak boleh masuk..tq

    Reply
  14. saya tidak dapat mengisi ruang entiti perniagaan, tidak dapat pilih jenis perniagaan. cuma syarikat wujud didalam kotak isian syarikat saja, sebab kita mau summit company lain

    Reply
  15. Saya pasti masukan/pilih nama syarikat B yg betul, tapi lepas saya sahkan dan hantar system auto tukar kepada syarikat A yang saya tidak pilih. Apa masalahnya? Setiap kali saya buat kemaskini pun masalah yang sama. Pls help.

    Reply
  16. Tak dapat daftar, sama masalah macam ornag lain. Kenapa tak jawab atau tolong dari LHDN? apa macam nak daftar kalau ini macam? nanti lambat daftar sampai expire sudah? how? pls advice. tq

    Reply
  17. Tolong bagitahu cara mohon dh betul, bila kita buat, tak terima, lock masuk pun susah . Apa masalah, cari kotak 2 itu pun tak ujud

    Reply
  18. I confuse on the bank details . I would like to check ,we shall input company bank detail or application bank details. Because this item is appear in application details. pls advice

    Reply
  19. saya tidak dapat isi .minta masuk poskod dan daerah telah pun masuk seperti di dalam ic tidak dapat disahkan. minta tolong semak jawapan anda.kenapa tolong jawapbalik sudah empat hari saya relah suba tq

    Reply
    • Sy pun sama..dh try byk kali dr semlm lg..sampai dekat daftar terus stuck..time berjln..tp nk daftar xboleh.. someone pls help..

      Reply
  20. macam mana hendak kemaskini dibahagian Nama Syarikat sebab pada mulanya saya tertaip nama saya dan tidak boleh nk edit

    Reply
  21. Syarikat saya daftar 2011 sampai sekarang aktif dan
    Ada ssm , lesen bandar dan daftar lhdn …
    Bila masuk ic sahaja…
    Keluar soalan… dah jawab soalan…
    Tekan hantar…
    Keluar soalan sama …
    Bila tekan hantar… Sama sahaja…

    Reply
  22. blh tau kenapa diminta soalan pengesahan lepas diisi poskod n bandar pun x ada respond. tetap dlm page ini saja??? nak masuk kod apa?? sudah try ic tempat tinggal poskod n company poskod pun x blh? minta tolong please….

    Reply
  23. kenapa saya tak boleh nak daftar? bila klik akan terus ke page minta masukkan no ic, poskod, bandar lepas tu.macam tu terus

    Reply
  24. BPN tak lulus..reason sbb ade syarikat..tp x wujud pn syarikat cuma dulu berniaga atas talian dan daftar dgn SSM. itupn dh bertahun x renew sbb dh x aktif berniaga.. adakah masih ade record dgn SSM walaupun x renew ssm tu? memang xde peluang ar mcm saya ni utk dpt BPN tu walaupn layak? mohon pencerahan..

    Reply
  25. sy ada ssm, sy byr cukai.. tp sy tiada lesen perniagaan yg berdaftar dgn PBT.. sbb sy berniaga di rumah sndiri.. blh ke?

    Reply
  26. Sy daftar BPN gagal coz ada syarikat… So sy daftar Gkp plak. Buat permohonan baru tp hgga kini sy stuck kat Mula2 lg gagal daftar. Di suruh masuk poskod dan Bandar ikut My card… Tetap tak boleh juga… Apa masalah ya

    Reply
    • Salam shbt2 semua… Alhamdulillah sy dah boleh daftar GKP… Kepada yang ada masalah sila dial Hasil carline : 03 8911 1000…In Syaa Allah masalah shbt2 berkenaan masalah poskod dan Bandar selesai… Ok slmt mencuba.. Wassalam

      Reply
  27. Kalau ada berkerja di syarikat dan juga berniaga memberi perkhidmatan membaiki mesin (ada SSM dan membayar income tax), tiada bisnes dan kerja sepanjang MCO, layak tak untuk memohon GKP?

    Reply
  28. Salam shbt2 semua… Alhamdulillah sy dah boleh daftar GKP… Kepada yang ada masalah sila dial Hasil carline : 03 8911 1000…In Syaa Allah masalah shbt2 berkenaan masalah poskod dan Bandar selesai… Ok slmt mencuba.. Wassalam

    Reply

Leave a Comment