Permohonan Bantuan Perniagaan Baitulmal (Secara Online)

Permohonan Bantuan Perniagaan Baitulmal (Secara Online)

Jika anda sedikit terkesan dengan faktor ekonomi dan agak sukar untuk mengembangkan perniagaan, boleh baca cara buat permohonan bantuan perniagaan Baitulmal.

Bantuan perniagaan Baitulmal adalah satu lagi pilihan yang ada bagi mereka yang terbabit dalam perniagaan untuk mendapatkan pembiayaan. Artikel ini akan memperincikan cara mohon bantuan perniagaan Baitulmal dengan memaparkan semua info berkaitan.

Sebelum memperincikan cara mohon bantuan perniagaan Baitulmal, ada baiknya pelbagai info berkaitan institusi ini diperhatikan dahulu agar kefahaman menjadi lebih menyeluruh dan mendalam.

Apakah Baitulmal?

Baitulmal berasal dari gabungan dua perkataan Arab, iaitu al-Bait (rumah) dan al-Mal (harta). Secara mudah, makna Baitulmal dari sudut bahasa ialah ‘rumah harta’ atau dalam konteks lebih luas ia dirujuk sebagai ‘perbendaharaan’.


Dalam konteks ini, Baitulmal juga ditakrifkan sebagai ‘rumah yang menerima sesuatu harta dan menyimpannya untuk diagihkan’.

Fungsi Baitulmal

Apa fungsi Baitulmal? Pada asasnya Baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan untuk pemerintah atau kerajaan. Institusi ini juga mengurus agihan zakat, harta wakaf, cukai (kharaj) dan pelbagai sumber harta awam untuk faedah rakyat terbanyak.

Daripada itu, kewujudan dan perjalanan Baitulmal sentiasa berteraskan tiga asas dan falsafah utama, iaitu:

  • Pengurusan sumber harta
  • Pentadbiran harta terkumpul
  • Pengagihan atau penggunaan harta terkumpul.

Dengan ini, jelas fungsi Baitulmal sangat tepat dengan prinsip ekonomi Islam dan keperluan masyarakat dalam sesebuah negara.


Baitulmal zaman moden

Walaupun asas dan falsafah Baitulmal tidak berubah, kewujudan insitiutsi ini pada zaman sekarang semakin dimajukan dari sudut sistem dan pengurusan.

Fokus Baitulmal zaman moden kini turut membabitkan pelbagai agihan bantuan kepada orang ramai dalam pelbagai bentuk, termasuk bantuan kewangan bulanan, bantuan am persekolahan dan bantuan perniagaan.

Dalam artikel ini, kita hanya akan fokus kepada bantuan perniagaan Baitulmal.

Syarat kelayakan

Syarat kelayakan bantuan Baitulmal tidak sama bagi setiap jenis bantuan yang dipohon. Begitu juga bantuan perniagaan; ia ada syarat umum dan syarat khas yang perlu dipenuhi pemohon.


Malah, syarat kelayakan bagi setiap Baitulmal di negeri berbeza juga tidak sama di antara satu sama lain.

Syarat umum biasanya sama di antara setiap negeri dan apa juga jenis bantuan yang dipohon.

Antara syarat umum memohon bantuan Baitulmal ialah pemohon mesti beragama Islam dan warganegara Malaysia.

Kelayakan dari sudut pendapatan pula biasanya akan mengambil kira pendapatan

isi rumah, perbelanjaan asas dan komitmen kewangan yang lain juga.

 

Cara buat permohonan bantuan perniagaan Baitulmal

Permohonan bantuan perniagaan Baitulmal

Bagaimanakah cara mohon bantuan perniagaan Baitulmal?

Tidak terlalu sukar sebenarnya untuk memohon bantuan perniagaan Baitulmal.

Sebelum pergi ke pejabat Baitulmal di kawasan anda, ada baiknya anda membaca sedikit sebanyak info di laman web Baitulmal berkenaan bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Di laman web berkenaan, anda juga dapat memuat turun borang permohonan berkaitan, iaitu borang permohonan bantuan perniagaan.

Berdasarkan keterangan pada web berkenaan dan pada borang berkaitan, anda juga dapat menyediakan dokumen asal dan salinan untuk dikemukakan bersama permohonan.

Biasanya dokumen asas yang perlu dihantar bersama borang permohonan ialah rancangan perniagaan, senarai anggaran bagi barangan keperluan perniagaan, lesen perniagaan dan penyata kewangan perniagaan.

Sesetengah Baitulmal mungkin membenarkan borang yang siap diisi dihantar menerusi pos.

Bagaimanapun ada kelebihannya jika anda dapat menghantar sendiri borang permohonan bantuan perniagaan ke pejabat Baitulmal. Setidak-tidaknya anda mungkin dapat bertemu sendiri pegawai bertugas dan bertanyakan beberapa lagi maklumat tambahan.

Dalam sesetengah kes, pemohon mungkin perlu menghadiri kursus tertentu yang ditetapkan pihak pengurusan Baitulmal bagi melayakkannya mendapat pembiayaan perniagaan terbabit.

Dan, jika semua keperluan asas yang ditetapkan Baitulmal sudah dipenuhi, usaha memohon bantuan perniagaan dengan institusi ini biasanya menjadi mudah dan lancar.

Berikut ialah senarai laman web atau Facebook rasmi Baitulmal yang ada di Malaysia:

 

Akhir kalam

Izikan kami menyentuh sedikit tentang sejarah Baitulmal.

Kewujudan Baitulmal dalam sistem pemerintahan Islam bukan baru.

Memang benar pada peringkat awal Rasulullah saw menubuhkan kerajaan Islam di Madinah, konsep Baitulmal belum wujud secara formal.

Ini kerana fokus utama ketika itu lebih kepada usaha menyampaikan dan menyebarluaskan risalah dakwah kepada seramai mungkin orang.

Tambahan pula ketika itu, harta terkumpul tidak berada lama dalam simpanan, sebaliknya terus diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Kemudian, baharulah Rasulullah saw menukarkan corak pentadbirannya sesuai dengan keadaan semasa. Dari situ wujudlah institusi kewangan Islam secara tidak rasmi dengan masjid berfungsi sebagai pusat pentadbiran yang menguruskan hal ehwal ibadat serta kemasyarakatan.

Sistem ini berterusan sehingga zaman pemerintahan khalifah apabila Bailtumal sangat membantu dari segi pembayaran gaji pekerja negara serta membiayai perbelanjaan untuk pembangunan ekonomi negara dan ummah.

Semoga sesiapa yang dalam kesusahan mendapat bantuan yang sewajarnya. Pastikan jangan terlepas bantuan dari kerajaan juga seperti Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Permohonan Bantuan Perniagaan Baitulmal (Secara Online)

28 thoughts on “Permohonan Bantuan Perniagaan Baitulmal (Secara Online)”

  1. assalamualaikum
    Perlukan bantuan modal
    rm500.00 atau rm1000.00
    untuk memulakan perniagaan kecil kecilan
    menyara hidup
    tiara pekerjaan asbab kesihatan Dan umur 50an

    Reply
  2. assalamualaikum
    Perlukan bantuan modal
    rm500.00 atau rm1000.00
    untuk memulakan perniagaan kecil kecilan
    menyara hidup
    tiada pekerjaan asbab kesihatan Dan umur 50an

    Reply
  3. Salam..saya nak buat pemohonan bantuan utk perniagaan kecil..harap dapat membantu sedikit modal untuk memulakan perniagaan kecilan untuk menyarakan hidup.harap dapat maklum segera untuk mohon ni..sekian terima kasih

    Reply
  4. Macamane nk pohon bantuan..sy alami exident 4 bln yg lepas…trnsport total lost n barang2 niage sy byak yg rosak..
    Harap dpt penjelasan dr pihak berwajib…Sy mengalami retak tulang rusuk n luka berjahit

    Reply
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan,
    Saya seorang perniaga….pembekal barang basah n kering ….waktu pkp semua sekolah tutup
    buat sementara waktu saya gunakan modal perniagaan utnutk sara makan minum setiap hari tiada pendaptan lain…..
    Saya ingin mohon bantuan BaitulMaal macamana untuk saya mohon…boleh pihak tuan/puan
    bagi penjelesan.

    Reply
  6. saya nak membeli barang untuk menjual madu lebah yang biasanya saya buat perniagaan..tapi disebabkan pkp tempoh hari,sgala duit mniaga telah saya gunakan..tiada modal lagi untuk berniaga..boleh ke bantu saya??0183781743

    Reply
  7. Assalamualaikum.
    saya seorang berkerja sendiri.. bapa tunggal yg besarkan 2orang anak . salah seorang anak istimewa …
    tiada niat untuk meminta2 … saya terputus semua sumber kewangan …tiada langsung dalam simpanan.. saya perlukan sedikit modal untuk keluar berkerja kembali…
    terima kasih

    Reply
  8. Sya sorg berniaga kecil ii hnya perpayung dan pada masa sekarang sya di bazar ramadan… Terlalu sukar untk sya berniaga dgn kadaan covid dan hujan org dtng pon kurang smpai sya tak dpt untk pusing kan modal sya… Harap pihak tuan dpat membantu sya.. Ini je percarian sya untk terus hidop dgn ank ii masih belajar lg, rumah sewa ssh untk sya mencari modal pusingan

    Reply
  9. Assalamualaikum,saya amat mengharapkan bantuan untuk memulakan perniagaan saya yang terjejas teruk serta tidak dapat beroperasi sejak pkp dilaksana,

    Reply
  10. Assalamualaikum,saya benar2 mengharapkan bantuan agar saya dapat meneruskan perniagaan saya yang terpaksa ditutup kerana tidak dapat beroperasi ketika bermulanya pkp dilaksanakan,sehingga saya kehabisan modal kerana digunakan untuk kelangsungan hidup diwaktu mulanya pkp 1 smpai lh pkp 3.0

    Reply
  11. Assalammualaikum..saya ingin minta bantuan agar saya dapat pinjaman tuk menguruskan perniagaan saya untuk keperluan keluarga saya

    Reply
  12. Asslmualaikum
    Mcam mana cara utk mndaptkn bntuan pniagaan,sy amat memerlukan utk modal pniagaan yg trkesan dgan covid19 yg mlnda skrg ni..hrap dpt ptimbangkn

    Reply
  13. Assalamualaikum sy oku mentel skizofinia… Sy dh kawin…dan menyewa sebulan rm220 tk termasuk, leterit&air… Sy buat permohonan ini kerana sy mahu buat modal utk niaga, sewa kedai rm10 sat hri… Sy bru kali pertama berniaga… Isteri sy yg tolong sy berniaga… Sy oku mentel skizofinia isteri sy yg menolong sy utk berniaga… Sy menyewa kedai pun dlm musim pkp modal niaga kami kecil…jadi nk buat pusingan modal niaga tak dpt… Sy mintak pehak tuan dpt menolong sy…sy mohon… Pertolongan drpd pehak tuan…dpt pertimbangkan permohonan sy ini… Wassalam…

    Reply
  14. Assalammualaikum sy ingin memohon bantuan utuk modal bg perniagaan sy yg terjejas sejak pkp lalu

    Reply
  15. asalamualaikum.saya nk mohon bantuan modal nk mulakn bisnes semula dan duit bantuan utk baiki kereta rosak jadi susah utk nk bergerak utk pergi ke pasar pagi dan htr kuih ke tmpt niaga lg.hrp dpt diberi pertimbangan pada masalah saya

    Reply
  16. Asalamualaikum saya mohon bantuan dipihak anda (Baitumal)untuk membuat perniagaan kecil² sahaja yg termampu,,memandangkan saya yatim piatu umur dah 44th sampai sekarang..tiada perkejaan dan perkejaan sekarang mencari barang yg boleh dikitar semula.selain itu bil api masih tertunggak dan meter air telah pun dipotong..
    0143792594

    Reply

Leave a Comment