Permohonan Balik Kampung Semasa PKP (Rentas Negeri)


Ada yang berangan mahu sambut Hari Raya dengan mak ayah di kampung. Ada juga yang tidak sabar untuk berbuka puasa sama-sama dengan ibu-bapa di kampung. Namun, benarkah sudah ada permohonan balik kampung semasa PKP?

PENTING

Ini BUKAN SALURAN RASMI  untuk permohonan balik kampung semasa PKP.

Sila hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat rasmi yang sahih dan lebih tepat.

Permohonan balik kampung

Permohonan balik kampung, rentas negeri semasa PKP

Cara daftar Gerak Malaysia rentas negeri

Untuk makluman, permohonan balik kampung semasa PKP adalah tidak dibenarkan. Jika anda kini berada di rumah sendiri di bandar, pekan atau daerah mana sekalipun, yang berjarak lebih 10km dari kampung, anda tidak dibenarkan untuk balik kampung.

Namun, ini adalah tertakluk kepada pengumuman.

 

Permohonan rentas negeri, balik bandar semasa PKP

Permohonan balik bandar dan rentas negeri semasa PKP adalah dibenarkan.

Contoh rentas negeri adalah seperti berikut:

  • Dari Kelantan, mahu balik ke Selangor
  • Dari Terengganu, mahu pulang semula ke Kuala Lumpur
  • Dari Kedah, mahu balik ke Johor
  • Dari Melaka, mahu pulang ke Pulau Pinang

Bagi sesiapa sahaja yang terkandas dan terperangkap di kampung sejak PKP, iaitu pada 18 Mac 2020, anda kini boleh balik semula ke rumah anda di bandar.

Walau bagaimanapun, anda perlu buat permohonan dan pendaftaran terlebih dahulu menggunakan aplikasi Gerak Malaysia.

Jemput baca cara permohonan Gerak Malaysia secara online.

 

Balik kampung untuk pelajar

Permohonan balik kampung PKP untuk pelajar

Menurut Astro Awani, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti yang terkandas dan masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April 2020 ini.

 

Tarikh perjalanan

Perjalanan untuk permohonan balik kampung semasa PKP bagi pelajar ini bermula pada 27 April 2020.

Pergerakan ini juga akan dilakukan secara berperingkat. Ini bermakna, pada 27 April 2020, perjalanan membawa pulang pelajar ke kampung bukan dibuat secara serentak.

Perjalanan ini juga hanya ke Zon Hijau sahaja. Jadi, mana-mana pelajar yang kampungnya terletak di Zon Merah, mereka dikehendaki untuk terus tinggal di kampus terlebih dahulu.

 

Waktu perjalanan

Harus diingat, waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari 9.00 malam hingga 9.00 pagi sahaja. Ini adalah bagi memastikan perjalanan terkawal.

 

Jalani saringan Coronavirus COVID-19

Semua pelajar yang terlibat dalam pergerakan balik kampung akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas.

Pelajar akan dibekalkan dengan topeng muka.

Ibu-bapa juga tidak perlu risau jika anak berpuasa. Perjalan balik kampung semasa PKP akan dibekalkan dengan makanan.

Pelajar juga digalakkan untuk bawa makanan sendiri.

 

Ketibaan pelajar

Semua pelajar yang terlibat akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah yang terdekat dengan rumah mereka.

Selepas itu, anggota agensi Kerajaan yang ditugaskan akan menghantar pelajar ke rumah masing-masing.

Ini bermakna, ibu-bapa yang risau akan keadaan anak-anak mereka tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya perlu tunggu pelajar selamat sampai ke rumah.

Adalah dinasihatkan agar semua ibu-bapa tetap tinggal di rumah dan tidak perlu mohon untuk rentas negeri melalui app Gerak Malaysia.

 

Balik naik kereta sendiri, tidak naik bas

Permohonan balik kampung semasa PKP untuk belajar ini tidak terhad kepada pengangkutan bas sahaja.

Bagi mana-mana pelajar yang memiliki kenderaan sendiri, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan dari pihak IPT dan balai polis berhampiran.

Ini adalah dengan dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan untuk setiap kenderaan.

Walaupun ada beberapa pelajar tinggal di kampung yang sama, mereka tidak dibenarkan naik kereta secara beramai-ramai.

 

Naik kapal terbang untuk pelajar Sabah dan Sarawak

Bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang rindukan kampung halaman, anda tidak perlu bimbang.

Kerajaan akan menyediakan penerbangan pulang kepada pelajar- pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah dan Sarawak.

Sama seperti pelajar di Semenanjung, pelajar hanya akan dibenarkan pulang ke kampung yang diisytiharkan Zon Hijau.

Pelajar-pelajar ini akan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung mereka.

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh terus pulang ke rumah. Pelajar mesti menjalani perintah kuarantin wajib selama 14 hari.

 

Infografik SOP pergerakan pulang pelajar IPT

Berikut ialah ringkasan dan rangkuman Standard Operating Procedure (SOP) dalam bentuk visual mengenai pergerakan balik kampung pelajar-pelajar IPT.

SOP pergerakan pelajar IPT balik kampung

 

 

Akhir kalam

Permohonan rentas negeri PKP

Manfaatkanlah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini.

Janganlah pula buat perkara yang bukan-bukan dan melanggar undang-undang semasa dalam perjalanan balik kampung.

Diharapkan agar perkongsian permohonan balik kampung semasa PKP ini bakal memberikan kelegaan kepada semua, terutama sekali mak ayah yang rindukan anak-anak.

Semoga bermanfaat.


35 thoughts on “Permohonan Balik Kampung Semasa PKP (Rentas Negeri)”

  1. salam , nak tanya, macam mana yang bujang sudah tiada kerja dan pendapatan mahu teruskan duduk dibandar, sewa dan bil api mahu dibayar. boleh kah pullang??? mohon pencerahan. bantuan bpn cukup utk byr bln april, utk bulan depan???

    Reply
    • Yg ni nasib sama ngn saya mohon jasa baik pertimbang kan lahh tiada kerja rumah perlu dibayar nme pun sewa bil api lagi

      Reply
    • saya terperangkap di kl nak balik rumah sendiri di perlis . macam mana? Anak2 saya tumpang rumah kawan dah dekat 1bulan lebih . duit makin berkurang . anak lagi

      Reply
  2. Assalamualaikum…saya nak tnya bahagian alamat kediaman tu nak tulis yg di kampung ke atau dimana kita berada sekarang??
    Mohon beri penjelasan..

    Reply
  3. Mohon pencerahan berkaitan dengan Pekerja Kebun yang berkeluarga terkandas di Rumah kawan semasa pkp. Terpaksa bersesak dengan ahli keluarga yang lain. Boleh kah mohon kebenaran kembali ke Kebun majikan kerana kerja terbengkalai Dan tiada duit belanja selama terkandas. Tempat berkerja ialah Di daerah lain dalam Negeri yang sama.
    Terima kasih.

    Reply
  4. Asslam sya nak tanya macam saya ni terkandas di kota tinggi ingin balik ke kediaman sendri di kulai..sebb dh sebulan tumpang di rumah keluarga kawan..macam mna ye??mohon bantu..

    Reply
    • Assalamualaikum saya nak tanya macam saya ni terkandas di kota tinggi rumah mertua dari awal pkp ingin balik dikediaman sendiri di batu pahat. macam mane ye

      Reply
  5. Assalamualaikum…saya ingin bertanya…sekiranya saya ingin balik ke kampung halaman saya dari semenanjung ke sabah..disebabkan pekrjaan sudah tiada dan perlu membayar ssetiap bulan..so,boleh tak saya balik ke sabah?sekian terima kasih…

    Reply
    • Saya tinggal dekat Johor dan ingin balik ke kampung di Sabah .. sejak pkp saya tak bekerja dan sewa rumah perlu di bayar ..

      Reply
      • Saya tingal kg. Kelantan. Nk balik kat Klang. Jika pdrm lulus bagaimana dgn bas. Atau boleh naik kapalterbang Tak.

        Reply
  6. assalam, sya seorang pekerja swasta di sabah yang kini terkandas di selangor kerana seblum pkp sya menghadiri kursus di KL mewakili syarikat. namun, sekarang sya tidak dpt pulang ke sabah suda lebih dr sebulan kerana pkp. boleh kah saya pulang ke sabah pada masa yg dbenarkan rentas negeri tersebut? penerbangan sya pada 30 apr ini masih tidak dbatalkan oleh airlines. tolong bantu pencerahan. suda sebulan sya menumpang rumah keluarga kenalan di selangor kerana sya tdak mampu tinggal d KL. harap dapat membantu sya. jikalau boleh sila hubungi sya di talian: 016-5729034. terima kasih.

    Reply
  7. Saya suda habis bekerja dan pulang ke kampung halaman di semporna..lagi satu saya nak alanat ic di tawau sabah..dan saya skg menatap di semporna bersama keluarga..dan baru sebentar tadi saya telah mengisi borang alamat ic di tawau.sedangkan saya sekarang menatap di semporna

    Reply
  8. Saya bekerja di Singapore.tapi sekarang tak ade kerja. Sudah sebulan lebih. Saya rindu Kan org tua saya di Taiping. Blh ke saya balik kampung utk jumpa emak saya

    Reply
  9. Saya suda habis bekerja dan pulang ke kampung halaman di semporna..lagi satu saya nak tahu alamat ic di tawau sabah..dan saya skg menatap di semporna bersama keluarga..dan baru sebentar tadi saya telah mengisi borang alamat ic di tawau.sedangkan saya sekarang menatap di semporna..perlu saya nak tahu jawapnya.

    Reply
  10. Sebelum pkp anak2 saya telah pergi ke daerah lain utk mencari pekerjaan. Tetapi malangnya tidak sempat bekerja kerajaan dh arahkn pkp, jd dia terkandas di daerah itu. Adakalah boleh membuat permohonan pulang ke kg memandangkan tiada pendptan & terpaksa tinggal bersesak dgn kwn2 yg lain.

    Reply
  11. Saya bekerja sebagai maid Di terengganu, saya terkandas Di melaka, boleh ke pulang ke terengganu kembali disebabkan income saya dah hampir habis? Dan boleh ke saya Naik bas ke Sana?

    Reply
  12. As slm…sy terperangkap di kg yg agk pendalaman..sy dh cuba buat permohonan tapi telefon sy jenis rooted devices. Jadi, mcm mna nk apply tanpa keluar ke bandar?

    Reply
  13. Hi,,skrg sy terkandas di johor selama dekat 2 bulan ,kerja pun sdh xada,mcm nk balik sarawak…? Blh tolong jawab soalan sy????

    Reply
  14. Assalam.Saya terkandas diKuching(seorg diri) sejak 15/3 kerana ada pemeriksaan berkala(3bulan sekali) di Hospital Umum.Saya asal Bintulu & tidak tinggal dgn ahli keluarga(ada rumah sendiri).Bolehkah saya memohon utk balik, kerana diBintulu lah punca saya mencari rezeki..Apakah mode of transport yg boleh saya gunakan sedangkan masa ke Kuching hari itu(15/3) saya naik bas & rancang nak balik pd 18/3 hari itu mgunakan kapalterbang namun pd 18/3 PKP dilaksanakan.Mohon pencerahan..

    Reply
  15. Salam Sya terkandas.. dari semananjung.. mau balik ke sabah.. visa permit jaminan suami dan isteri. dah mati macam mna bole ke minta pertolongan anda

    Reply
  16. Help me . Saya umur baru mau masuk 18 tahun dn hanya saya seorang di bandar kota kinabalu ni . Semua adik beradik dan parents saya di kampung . Adakah borang khas or anything yang saya boleh apply supaya boleh balik kg ?Kalau ada , please inform me 🙏🏼 .

    Reply
  17. Sy mahu melakukn perjalanan utk hantar isteri baru lepas bersalin ke kampung..dari kuantan pahang ke simpang durian Negeri sembilan..
    Adakah dibenarkan

    Reply
  18. Sy mahu melakukn perjalanan utk hantar isteri baru lepas bersalin ke kampung..dari kuantan pahang ke simpang durian Negeri sembilan..
    Adakah dibenarkan

    Reply
  19. Saya seorang ibu kepada 2 org anak yg belajar di ipts (MMU, UNITEN) . Saya dan keluarga tinggal di luar negara. Kini anak2 saya tinggal di rumah sewa di cyberjaya. Anak- anak saya ingin pulang ke rumah nenek mereka di Pulau Pinang. Adakah mereka boleh pulang dr Cyberjaya ke Pulau Pinang dengan menaiki kenderaan sendiri berdua?

    Reply
  20. staff saya bujang tinggal di shah alam. bagaimana utk mereka pulang ke kampung sbb mereka tidak mampu utk byr sewa rumah

    Reply
  21. Ibu saya terkandas di rumah saya di Selangor sejak PKP, pada mulanya ibu saya hanya mahu datang 2malam sahaja.Ibu saya mahu pulang ke rumahnya di Perlis. Ibu saya ingin sangat balik ke rumahnya (ibu saya juga ada masalah kesihatan). Bolehkah ibu saya diberi kelonggaran untuk balik ke kampungnya dengan menaiki bas dan bagaimana cara permintaannya ?

    Reply
  22. Salam sejahtera Saya terkandas di Kuala Lumpur sudah tidak dapat bekerja kerana tempat kerja Saya sudah tutup, Saya mahu pulang ke kedah rumah asal Saya, Saya Tak mampu lg menanggung segala Kos Sara hidup mohon Bantu Saya untuk pulang…

    Reply
  23. Salam.. saya ingin bertanya…sekiranya saya ingin balik ke kampung halaman saya dari semenanjung ke sabah. sebb dh sebulan tumpang di rumah keluarga kawan dekat Johor Bahru..macam mna ye??mohon bantu..

    Reply
  24. Salam..sya dr pkp 1 terkandas kt kampung,nk blik rumah..xtahulah apa keadaan di rumah sana..nk blik 4beranak..luar daerah je..

    Reply
  25. salam,saya nak tnya macam mna nak balik ke kulau Lumpur , sebab saya terkandas di kmpung pada 18 haritu smpai la sekarang ,ingin menaiki bas untuk balik ke kulau Lumpur …

    Reply
  26. Saya terkandas di kampung isteri Saya di johor, bila bole balik ke kl untuk berkerja dan ank ade temujanji di ijn kl.dah isi permohonan gerak malaysia.tp masih xde jawapan..bole Bantu Saya tak..

    Reply

Leave a Comment