ASNB Login (Log Masuk ASB / MyASNB Online di myasnb.com.my)

Kini, hanya dengan beberapa klik sahaja, anda boleh buat semakan baki ASNB dan transfer duit untuk buat tambahan pelaburan pada akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Jadi, izinkan kami berkongsi mengenai ASNB login melalui portal rasmi MyASNB.

1. Cara login melalui portal MyASNB

Cara untuk login tidaklah susah sangat. Izinkan kami berkongsi cara login ASB dengan menggunakan beberapa kaedah. Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Buka laman rasmi MyASNB di sini: https://www.myasnb.com.my/login
  2. Masukkan ID Pengguna, kemudian, klik TERUSKAN
  3. Sahkan Frasa Keselamatan anda. Jika betul, tekan butang Ya
  4. Masukkan Password anda
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Proses log masuk selesai

 

2. Cara login menggunakan mobile app My ASNB

Jangan ingat PNB hanya menyediakan sistem online MyASNB sahaja. Sebenarnya, ia juga hadir dengan mobile app MyASNB yang boleh didapati di Google Play Store untuk Android; and Apple AppStore untuk iOS.

Aplikasi yang diperkenalkan bagi meningkatkan perkhidmatan digital PNB itu mudah dimuat turun dan selamat digunakan oleh pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Sebagai inisiatif digital, MyASNB  memberikan lebih kemudahan kepada pemegang unit untuk melakukan pelaburan permulaan atau tambahan kepada pelaburan sedia ada, semakan baki dan kemudahan penyata akaun serta maklumat terkini dari PNB.

 

3. Cara daftar ASB online (sebelum log masuk ASNB)

Bagi yang masih belum mendaftar, kami kongsikan sekali cara untuk daftar ASB secara online.

Apabila selesai mengemaskini maklumat peribadi, anda bolehlah mendaftar di portal MyASNB pada bila-bila masa sahaja. Sebelum anda boleh menggunakan mobile app MyASNB, anda perlu register terlebih dahulu secara online.

Caranya, adalah dengan melakukan langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my dan klik pada DAFTAR AKAUN. Pastikan anda baca informasi berkaitan ASNB yang tertera dan klik DAFTAR DI SINI.
  2. Sila baca langkah-langkah berkaitan pendaftaran Portal MyASNB yang tertera. Selesai membaca, tekan butang TERUSKAN.
  3. Klik pada kotak yang disediakan dan tekan SETUJU.
  4. Seterusnya, klik pada maklumat asas yang diperlukan dan masukkan maklumat yang diminta. seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani (walaupun langgan banyak produk ASNB, hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini). Klik SETERUSNYA.
  5. Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC. Klik pada PERMINTAAN TAC. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik SETERUSNYA.
  6. Masukkan maklumat pendaftaran iaitu ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat e-mel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Apabila selesai memasukkan semua maklumat, klik TAMAT.
  7. Sekarang anda telah berjaya melakukan pendaftaran di portal MyASNB. Kata laluan (password) sementara akan diberikan. Sila salin dan simpan kata laluan sementara yang diberikan. Kemudian, klik LOG MASUK.
  8. Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik TERUSKAN.
  9. Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan. Klik TERUSKAN.
  10. Anda diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan anda sendiri untuk tujuan keselamatan. Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan. Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga12 askara. Setelah kemaskini kata laluan, anda sudah selesai melakukan pendaftaran di portal MyASNB.

Untuk panduan yang lebih mudah, sila tonton video ini dari pihak PNB sendiri di sini:

4. Cara kemaskini ASB online (selepas daftar & login MyASNB)

Data terpenting dalam proses kemaskini ini ialah nombor telefon.

Para pengguna perlu mendaftar nombor telefon mereka untuk memulakan pendaftaran di portal MyASNB. Nombor telefon ini akan digunakan untuk mendapatkan nombor TAC semasa pendaftaran aplikasi MyASNB dan semua urusniaga pada aplikasi tersebut pada masa akan datang.

Bagi melakukan kemaskini ini, anda hanya perlu membawa MyKad sahaja. Petugas di cawangan atau ejen yang anda kunjungi akan membantu mengemaskini maklumat peribadi anda.

Pengguna yang bermasalah untuk mengunjungi cawangan atau ejen ASNB bagi mengemaskini nombor telefon dan maklumat peribadi yang lain boleh melakukan kemaskini menerusi e-mel.

Anda hanya perlu e-mel maklumat peribadi dan nombor telefon berserta salinan MyKad yang telah disahkan oleh pegawai ASNB, pegawai dari ejen ASNB, ketua kampung, majikan dari bahagian sumber manusia atau pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan professional (salah satu sahaja) dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan.

Hantarkan e-mel ke MyASNB Portal Contact Centre di [email protected] atau ASNB Care di [email protected]

 

Akhir kalam

Walaupun ramai orang yang mempertikaikan halal haram ASB, pendapat kami ialah lebih baik berlapang dada. Kita sebagai rakyat biasa yang tidak begitu mahir dalam bab-bab agama dan muamalat, lebih baik serahkan sahaja pada yang pakar.

Sekadar ingatan dari kami, setiap kali selepas login MyASNB dan tengok baki yang mungkin agak banyak; niatkanlah untuk bersedekah dan berkongsi dengan orang lain.

Diharapkan agar perkongsian mengenai ASNB login ini akan memudahkan lagi urusan anda. Semoga kita semua mendapat keberkatan di duni dan di akhirat.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “ASNB Login (Log Masuk ASB / MyASNB Online di myasnb.com.my)”

  1. Nampaknya panjang cerita untuk daftar baru. dulu saya biasa menggunakan cara lama, sekarang perlu daftar semula. Baca satu demi satu ayat untuk mamahami cara-cara nya.
    Bolih kah saya daftar maklumat isteri saya seperti no. HP dan email address sama dengan menggunakan no. HP dan email address saya? Isteri saya ada melabor asnb. Beliau tidak tahu menggunakan computer.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment