Cara Mohon Geran Usahawan Perak (gerup.smecorp.gov.my)


Jika anda adalah anak jati Perak Darul Ridzuan yang minat berniaga, atau memang menjalankan perniagaan di Perak, jangan lepaskan peluang ini. Jemput baca cara mohon Geran Usahawan Perak (GeRUP) dan dapatkan bantuan yang bernilai RM3,000.

Syarat & kelayakan untuk mohon Geran Usahawan Perak

  1. Anda mestilah seorang warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti syarikat dimiliki Bumiputera
  3. Perniagaan mestilah beroperasi di Negeri Perak
  4. Jumlah nilai jualan tidak melebihi RM300,000 setahun atau pekerja kurang daripada 5 orang. Ini adalah menepati syarat PKS Mikro bagi melayakkan untuk buat permohonan Geran Usahawan Perak.
  5. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Januari 2020
  6. Jika anda tidak menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini, anda akan diberikan keutamaan.
  7. Anda telah berdaftar, diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/ Jabatan. Sila lihat 24 agensi pembimbing seperti di bawah
  8. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

 

Cara mohon Geran Usahawan Perak

Berikut ialah cara untuk buat permohonan Geran Usahawan Perak:

  1. Layari laman web rasmi untuk apply GeRUP di sini: https://gerup.smecorp.gov.my
  2. Klik butang Daftar Akaun di sebelah kanan bawah
  3. Anda kini berada di bahagian Daftar Akaun
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Nama Pemilik Perniagaan
    • Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
    • Nombor Telefon
    • Email
    • Agensi Pembimbing (Sila pilih salah satu)
    • Kata Laluan
    • Ulang Kata Laluan
  5. Tekan butang Daftar
  6. Semak email anda untuk pengaktifan

Selepas selesai proses mohon Geran Usahawan Perak, sila login atau log masuk untuk mohon GeRUP.

 

Agensi pembimbing GeRUP

Untuk buat permohonan GeRUP, antara syarat dan kelayakannya, anda mestilah berdaftar, diperakui atau disokong oleh mana-mana agensi di bawah.

Ini adalah penting untuk proses semakan silang, iaitu untuk mengesahkan bahawa perniagaan anda sememangnya wujud. Jadi, sebelum mohon Geran Usahawan Perak, sila semak kelayakan anda terlebih dahulu.

  • Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.
  • SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)
  • Jabatan Pertanian Negeri Perak
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Yayasan Perak
  • Perbadananan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • TEKUN Nasional (TEKUN)
  • Tourism Malaysia Negeri Perak
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak (Veterinar)
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Berhad (Kraftangan)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • FELCRA Berhad
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  • Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
  • Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
  • Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM)
  • Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP)
  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan Geran Usahawan Perak (GeRUP) ini, sila dapatkan maklumat seperti di bawah:

 

Akhir kalam

Permohonan bantuan Geran Usahawan Perak (GeRUP)

Kami menyambut baik usaha kerajaan negeri Perak dan juga SME Corp yang ikhlas untuk membantu golongan muda yang minat menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Selain Bantuan Sara Diri Yayasan Perak yang diwujudkan khas untuk pelajar, diharapkan agar  Geran Usahawan Perak ini juga dapat membantu usahawan.

Harapan kami, janganlah bantuan sperti ini hanya dibuat sekali sahaja. Banyak-banyakkanlah lagi program seperti ini untuk warga negeri Perak.

Diharapkan agar perkongsin cara mohon Geran Usahawan Perak ini dapat membantu anda yang tercari-cari bantuan pasca Covid-19 dan PKPP ini.

Mohon izin mencelah juga, bagi yang layak Bantuan Sara Hidup, boleh check BSH yang akan dibuat bayaran dalam tempoh terdekat ini.

Semoga bermanfaat.


4 thoughts on “Cara Mohon Geran Usahawan Perak (gerup.smecorp.gov.my)”

  1. Saya salah masuk email…macam mana cara untok saya perbaiki…email sebenar ada d bawah…terima kasih…bantuan ini amat perlu untok kami meneruskan perniagaan…

    Reply

Leave a Comment