Adakah anda sampai ke laman ini kerana mencari maksud golongan M40? Atau anda sekadar mahu tahu, adakah anda sebenarnya termasuk dalam kategori B40 atau M40?
Apa-apa pun alasan anda, izinkan kami berkongsi.
Maksud M40
Apa itu M40? Bagi mereka yang kurang faham, maksud M40 dalam Bahasa Inggeris ialah Middle 40. Maksudnya, daripada keseluruhan rakyat Malaysia, mereka ini adalah 40% golongan yang berpendapatan sederhana. Kaya tidak, miskin pun tidak.
Apa maksud B40 pula dan apa bezanya?
Beza dengan B40, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia, mereka ini termasuk dalam 40% golongan yang berpendapatan rendah. Sedih memang sedih. Nak buat macam mana.
Jadi, berbalik kepada M40, mana-mana individu atau atau isi rumah yang berpendapatan di antara RM4850 – RM10959, mereka adalah termasuk dalam kategori M40.
Sila rujuk jadual di bawah untuk pengkelasan M40 dengan lebih terperinci.
M40 | Gaji / Pendapatan Bulanan |
M1 | RM4850 – RM5879 |
M2 | RM5880 – RM7099 |
M3 | RM7110 – RM8699 |
M4 | RM8700 – RM10959 |
Contoh golongan M40
Maksud golongan B40 sudah dikongsikan di atas. Kini, kami bawakan pula beberapa contoh untuk lebih mudah faham. Ini contoh golongan B40 mengikut tangga gaji.
#1 Contoh M40 M1
Mohamad Firdaus Rashid, 32 tahun, bujang, bekerja di Petronas, gaji RM5,000 sebulan
Dalam kes ini, kita boleh kategorikan Zaki sebagai B40 M1. Ini kerana gaji beliau masih di dalam lingkungan RM4850 – RM5879.
#2 Contoh M40 M2
Asri Kamal, 33 tahun, berkahwin, gaji RM6,000 + Fatin Fazirah, 31 tahun, berkahwin, tidak bekerja, gaji RM0
Jumlah pendapatan yang dikira ialah gaji suami sahaja iaitu RM6,000. Maka, mereka adalah termasuk dalam golongan M40 M2.
#3 Contoh M40 M3
Farisha Azmi, 45 tahun, bujang, bekerja sebagai investment banker, gaji RM8,000
Dalam kes ini pula, Farisha bergaji besar iaitu RM8,000. Walau bagaimanapun, beliau masih lagi belum dikira kaya. Beliau tetap di dalam kategori M40 M3.
#4 Contoh M40 M4
Abdul Karim, 40 tahun, berkahwin, gaji RM5,000+ Intan Suhaila, 39 tahun, berkahwin, gaji RM5,000
Apabila dicampurkan kedua-dua gaji mereka, jumlahnya ialah RM10,000. Maka, mereka masih lagi tergolong dalam M40 M4.
Walaupun gaji nampak besar, tanggungannya pasti banyak. Mereka masih lagi dalam kategori yang sederhana, bukan kaya.
Bantuan untuk kategori M40
Jangan bimbang. Benar, golongan B40 tidak akan dan tidak pernah diabaikan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan tetap mengambil hati golongan M40 dengan memberikan mereka bantuan.
Antaranya ialah:
- Bantuan Prihatin Nasional (sebahagiannya layak)
- Bantuan Prihatin Rakyat (kebanyakannya layak)
Akhir kalam
Apa yang kami kongsikan ini adalah olahan dari apa yang kami faham. Untuk maklumat yang sahih dan lebih tepat, kami cadangkan anda layari Jabatan Perangkaan Malaysia.
Diharapkan agar perkongsian maksud golongan M40 ini dapat memberikan anda maklumat yang diingini.
Semoga bermanfaat.
Salah keluar i sinar. amum 600sye nk keluar 3600
Salam saya pun tersalah tekan amount juga saya tertekan 1k saja apa perlu buat kalau mahu tukar ke 5k??Bila nak Ada kemaskini untuk pertukaran amount ya???
Untuk i sinar saya tersilap tekan amount saya nak tahu bagaimana nak kemaskini untuk tukar amount 1k ke 5k??