Adakah anda sampai ke laman ini kerana mencari maksud golongan B40? Atau anda sekadar mahu tahu, adakah anda sebenarnya termasuk dalam kategori B40 atau M40?
Apa-apa pun alasan anda, izinkan kami berkongsi.
Maksud B40
Apa itu B40? Bagi mereka yang kurang faham, maksud B40 dalam Bahasa Inggeris ialah Bottom 40. Bottom itu ertinya bawah. Yang terendah.
Maksudnya, daripada keseluruhan rakyat Malaysia, mereka ini adalah 40% golongan yang berpendapatan rendah. Sedih memang sedih kerana tidak kaya. Tapi apakan daya, kita redha dan terima sahaja.
Apa maksud M40 pula dan apa bezanya?
Beza dengan M40, daripada ramai-ramai rakyat Malaysia, mereka termasuk dalam 40% golongan yang berpendapatan sederhana. Miskin bukan, kaya pun bukan. Sedang-sedang sahaja.
Jadi, berbalik kepada B40, untuk mana-mana individu atau atau isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4850, mereka adalah termasuk dalam kategori B40.
Sila rujuk jadual di bawah untuk pengkelasan B40 dengan lebih terperinci.
B40 | Gaji / Pendapatan Bulanan |
B1 | < RM2500 |
B2 | RM2500 – RM3169 |
B3 | RM3170 – RM3969 |
B4 | RM3970 – RM4849 |
Contoh golongan B40
Maksud golongan B40 sudah dikongsikan di atas. Kini, kami bawakan pula beberapa contoh untuk lebih mudah faham. Ini contoh golongan B40 mengikut tangga gaji.
#1 Contoh B40 B1
Mohamad Zaki Farhan, 30 tahun, bujang, gaji RM1,800 sebulan
Dalam kes ini, kita boleh kategorikan Zaki sebagai B40 B1. Ini kerana gaji beliau di bawah RM2,500
#2 Contoh B40 B2
Haikal Izhar, 30 tahun, berkahwin, gaji RM2,900 + Fatin Humaira, 29 tahun, berkahwin, tidak bekerja, gaji RM0
Jumlahnya yang dikira ialah gaji suami sahaja iaitu RM2,900. Maka, mereka adalah termasuk dalam golongan B40 B2
#3 Contoh B40 B3
Farisha Azmi, 35 tahun, bujang, gaji RM3,500
Dalam kes ini pula, Farisha bergaji agak besar iaitu RM3,500. Walau bagaimanapun, beliau tetap di dalam kategori B40 B3.
#4 Contoh B40 B4
Abdul Rahman, 28 tahun, berkahwin, gaji RM2,500+ Iffah Imani, 25 tahun, berkahwin, gaji RM2,300
Apabila dicampurkan kedua-dua gaji mereka, jumlahnya ialah RM4,800. Maka, mereka masih lagi tergolong dalam B40 B4.
Bantuan untuk kategori B40
Jangan bimbang. Golongan B40 tidak akan dan tidak pernah diabaikan oleh kerajaan. Ada pelbagai jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Antaranya ialah:
- Bantuan Sara Hidup
- Bantuan Prihatin Nasional
- Bantuan Prihatin Rakyat
Akhir kalam
Apa yang kami kongsikan ini adalah olahan dari apa yang kami faham. Untuk maklumat yang sahih dan lebih tepat, kami cadangkan anda layari Jabatan Perangkaan Malaysia.
Diharapkan agar perkongsian maksud golongan B40 ini dapat memberikan anda maklumat yang diingini.
Semoga bermanfaat.