Maksud Duplikasi Permohonan BPN (Status di bpn.hasil.gov.my)


Sebagai orang yang pertama kali mohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0, pasti ada beberapa terma yang anda kurang jelas. Yang paling penting sekali, anda tentu mahu tahu apakah maksud Duplikasi Permohonan BPN bukan?

Izinkan kami berkongsi.

Maksud status Duplikasi Permohonan BPN 2.0

Untuk makluman, anda hanya akan menerima status Duplikasi Permohonan semasa mahu semak status pembayaran BPN 2.0. Pasti anda akan rasa tak puas hati, kerana akan ada status Gagal Kredit yang disebabkan oleh Duplikasi Permohonan.

Apa maknanya semua ini?

Sila bertenang. Duplikasi di sini bermakna anda telah permohonan sekali lagi, sedangkan anda sudah lulus. Untuk mudah faham, ini bermakna ada satu nama yang sama, tetapi ada dua permohonan.

Tentu sekali akan keluar status Gagal Kredit apabila ada dua nama. Mana mungkin LHDN akan bayar seorang individu dua kali.

 

Apa kaitan dengan status Gagal Kredit?

Status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit atau kegagalan mengkreditkan wang BPN 2.0 ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Selain status Duplikasi Permohonan yang menjadi penyebab Gagal Kredit, ada beberapa kemungkinan lain yang menyebabkan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPN dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

Akhir kalam

Kami harap agar perkongsian mengenari maksud Duplikasi Permohonan BPN ini dapat menjawab persoalan anda. Benar, kadang-kadang kita tak sangka perkara-perkara begini terjadi di saat akhir.

Kecewa memang kecewa, tapi bersabarlah. Memang agak leceh kerana perlu pergi ke BSN untuk membuat penunaian dengan Nombor Siri. Tetapi setidak-tidaknya kita masih lagi layak menerima bantuan ini.

Kami doakan agar proses mendapatkan dan menunaikan duit BPN anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.


5 thoughts on “Maksud Duplikasi Permohonan BPN (Status di bpn.hasil.gov.my)”

  1. boleh tolong kemaskini no akaun bank saya kah untuk bpn 2.0 , sebab yang dulu no akaun tak aktif . boleh tolong kemaskini no akaun kah ?

    Reply
  2. BORANG PERMOHONAN BAHARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0(BPN 2.0)KALAU BORANG SD ISI MAU SERDIRI ANGKAT PERGI ATAU APA MACAM BUAT???

    Reply

Leave a Comment