Maksud BPN Tiada Rekod (Status di bpn.hasil.gov.my)


Sebagai orang yang pertama kali mohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0, pasti ada beberapa terma yang anda kurang jelas. Yang paling penting sekali, anda tentu mahu tahu apakah maksud BPN Tiada Rekod bukan?

Izinkan kami berkongsi.

Maksud status BPN Tiada Rekod

Sebelum anda sampai ke status BPN Permohonan Diterima dan Dalam Proses, sebagai pemohon yang baru, ada satu status yang penting akan terpapar sejurus anda memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Satus tersebut ialah Tiada Rekod.

Ini adalah status yang penting. Jika anda mendapat paparan status Tiada Rekod, ini bermakna anda layak dan dibenarkan untuk buat pendaftaran dan permohonan baru BPN 2.0.

Untuk mudah faham, apabila Tiada Rekod, ini bermakna butiran tentang anda tidak pernah ada dalam sistem LHDN. Jadi, sila teruskan buat permohonan baru.

 

Apa beza makna dengan status Permohonan Diterima?

Dalam perkara ini, ia terbahagi kepada dua golongan:

#1 Pemohon lama

Sekiranya anda adalah pemohon lama dari BPN 1.0 yang dilancarkan pada bulan Mac 2020 yang lalu, anda akan mendapati status Permohonan Diterima secara automatik.

Walaupun tidak perlu buat permohonan baru, sila buat kemaskini BPN 2.0 sekiranya ada perubahan maklumat peribadi terkini.

Anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.

 

#2 Pemohon baru

Sekiranya anda adalah pemohon baru BPN 2.0 yang dilancarkan pada bulan September 2020 baru-baru ini, anda perlu daftar BPN 2.0 dan membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 terlebih dahulu.

Selepas siap menghantar permohonan, barulah anda boleh buat semakan status BPN 2.0 samada diterima atau tidak.

Status Permohonan Diterima bagi pemohon baru bukanlah secara automatik. Jadi, ini juga bermakna, bagi pemohon baru, anda tidak akan mendapat status Lulus secara automatik.

Ini kerana setiap permohonan baru akan diproses terlebih dahulu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

 

Apa pula maksud status Dalam Proses?

Selain status BPN Permohonan Diterima, ada satu lagi status yang penting iaitu Dalam Proses.

Sekiranya semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, status anda mungkin bertukar dari status Permohonan Diterima ke Dalam Proses.

Ini adalah khusus untuk permohonan baru dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Untuk makluman, status Dalam Proses bermaksud permohonan anda akan diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk status kelulusan.

 

Akhir kalam

Anda perlu tahu, status Permohonan Diterima dan status BPN Dalam Proses bukan bermakna anda layak mendapat wang Bantuan Prihatin Nasional. Anda masih lagi perlu check BPN 2.0 dan menunggu status seterusnya iaitu Lulus.

Status Permohonan Diterima dan Dalam Proses hanyalah satu langkah permulaan sahaja.

Untuk mengelakkan kekecewaan, sila ikuti arahan dan panduan mengisi borang permohonan BPN 2.0 betul-betul. Elakkan kesilapan dalam mengisi borang permohonan tersebut.

Kami doakan agar permohonan anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment