Jika anda sudah mendaftar dan buat permohonan GKP sebelum ini, klik sini untuk mengetahui cara login Geran Khas Prihatin untuk buat semakan status permohonan.
Walau bagaimanapun, bagi yang belum berbuat apa-apa, boleh juga Log Masuk dan mulakan proses permohonan.
Klik sini untuk login GKP 2.0 yang baru dan terus buat semakan GKP 2.0 untuk mengetahui samada Lulus atau Tidak Lulus.
Geran Khas PRIHATIN (GKP) ialah bantuan kewangan kepada usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS). Ini adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan kepada usahawan-usahawan ini yang terjejas teruk dek pandemik Coronavirus COVID-19.
Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja, dan ia berjumlah RM3,000.
Kandungan
GKP login (Geran Khas Prihatin)
Kami andaikan yang anda sudah pun daftar dan buat permohonan Geran Khas Prihatin. Jadi, anda kini hanya mahu tahu link untuk login bagi buat semakan status permohonan.
Bagi yang belum apply lagi, sila buat pemohonan GKP terlebih dahulu.
Cara login Geran Khas Prihatin (GKP)
Berikut ialah panduan untuk login Geran Khas Prihatin (GKP) selepas selesai pendaftaran.
- Layari laman utama GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad
- Pastikan ID Pengguna ialah dalam 12 digit, tanpa sempang (-)
- Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
- Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya
- Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak
- Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
- Selepas itu, masukkan Kata Laluan
- Klik butang Log Masuk
- Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan dengan klik butang Daftar GKP
- Jika sudah buat permohonan sebelum ini, anda akan dapat melihat status permohonan terkini
- Lihat maklumat untuk status permohonan seperti di bawah.
Jangan tersilap antara singkatan GKP dan GPK yang digunapakai.
Alamat URL atau link sebenar ialah https://gkp.hasil.gov.my dan bukannya https://gpk.hasil.gov.my
Cara semak status permohonan GKP
Berikut ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP) secara online.
- Layari laman utama GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk
- Selepas Log Masuk, anda akan nampak paparan Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan
- Klik butang Kemaskini sekiranya anda buat perubahan maklumat
- Selepas berjaya login GKP, sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda
- Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
- Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini.
- Jika Lulus, ini bermaksud anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Tarikh duit GKP masuk anda dimaklumkan kemudian.
- Jika Tidak Lulus, ini bermakna anda tidak layak menerimba bantuan GKP. Tidak perlu login GKP lagi kerana anda memang tidak layak.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara login Geran Khas Prihatin (GKP) ini dapat memudahkan lagi hidup anda.
Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada peniaga atau usahawan SME di luar sana.
Manfaatlah bantuan dari kerajaan ini sebaiknya. Tidak dapat disangkal lagi, bisnes makin teruk. Tapi itu bukan bermakna kita boleh sesuka hati tolak tepi halal haram.
Jangan sesekali menganiaya pekerja dengan tidak membayar gaji.
Jangan pula tidak bayar pembekal dengan apa yang kita sudah ambil.
Berniagalah dengan jujur.
Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- gkp login
- gpk hasil
- https://gkp hasil gov my
Hi Good Day,
Saya mengikut setiap langkah sehingga selesai mengisi borang daftar GKP, dan sahkan Captcha. kemudian dia sangkut dekat page borang itu. apa yang harus saya buat?
Terima kasih.
Saya dh isi mklumat xpi xjadi apa2 pun
Assalam.. saya sudah isi semua permohonan tapi bila nak teruskan untuk daftar id GKP, tidak dapat.. boleh tolong jelaskan kenapa? Terima kasih..
sama la mcm sy..bila log in semua data sy kosong
saya Gobi a/l Harikrishnasamy (OKU) sudah saya lebih 30 kati tetapi dapat masuk GKP saya kecewa walau pun ikut panduan tidak berjaya mohon jasa pihak tuan dapat membantu Saya… Sekian …Terima Kasih
saya Gobi a/l Harikrishnasamy (OKU) sudah lebih 30 kali saya cuba Gagal tetapi tidak dapat masuk GKP… saya amat kecewa walau pun saya ikut panduan saya tidak berjaya, mohon jasa pihak tuan dapat membantu Saya… Sekian …Terima Kasih
Saya dh kena blok akaun.. Aduhh
Saya pn sama bila sahkan poskod dn bandar teros tak bole buat apa2 berhenty dekat situ je pening lah
Sama dgn sy,asik tu je. step lain xlepas² dah knp..dhla tempoh bg apply singkat sgt,xtau ke ramai org nk mohon😵
langsung x boleh masuk ke portal ni , kenapa ya ?
Saya gagal log in walaupun telah saya mencuba more than 100 times for the past 2 days. Bolehke sesiapa membantu? Needs explainations as well.
Dah try jgk byk kali sangkutkn frasa keselamatan Dan katalaluan
SAYA DAH CUBA BANYAK KALI TAK BOLEH
Saya dh kena blok akaun,cuba call nambor yang diberi samajuga tak boleh dapat,masa diberi dua minggu sahaja macam mana nak buat,sakit kepala sekarang
Dah masuk tp ulang minta daftar sekali lg tp bila masuk no ic…dah akaun ..Masuk log in…minta daftar lg…minta tolong…dah byk kali mcm ni jugak
tau x pe…sy pon dh penat ulang2..tempoh 2 mnggu
Saya pun sama jadi macam ni juga hari-hari buka tetap xboleh, sampai dah fedup… memusing-musing.. Rini cuba lg sama juga xboleh tp terfikir nak guna laptop pula, pun sama xblh juga cubaan kali ke 3 masuk id Alhamdulillah akhir berjaya masuk dan isi form.
Mohon pencerahan. Ssm atas nama suami,suami tiada no akaun bank.permohonan di buat atas nama isteri boleh ke?permohanan sudah diterima,harap dipertimbangkan..terima kasih..
Tak dapat, Masuk poskod Sama Bandar lepas ulang lg
saya pun dah banyak kali buat tetap tak boleh … kenapa yea.. tolongg
saya fajeer mohd telah membuat permohonan macamana saya nak tahu adakah ia telah lulus atau tidak.sebab saya cuba semak .ia kembali ke menu utama.sila bantu terima kasih
1) BPN, permohonan saya ditolak Dan dikatakan ganti GKP, pertama sekali saya tidak setuju… Sebab BPN adalah untuk keperluan rumah, anak Yang ramai.
2) GKP adalah utk perniagaan SME Yang kecil , hanya Ada seorg pekerja sahaja, dengan gaji nak bayar Dan Nadal pusing utk berniaga Yang Akan beemula Bulan 6.
Seharusnya , pertimbangan perlu dibuat secara teliti dulu. Harap maklum.
kenapa sampai page poskod n bandar sudah sekat kat sini langsung x blh ke page lain. harap maklum balas. terima kasih.
Knpe sy semak keluar nme n ic je x kluar status sdgkn sy dh memohon
Saya hendak buat rayuan atas GKP online, nak pergi mana?
Maaf nak tanya saya punya permohonan boleh log in mengunakan id dan pssword tapi tak ada apa apa jawapan nama ngan ic kuar tapi tak ada status lulus/tak lulus /dalam proses
Saya nak tanya, kenapa GKP saya tak lulus. Alasan nya tiada di agensi. ( No 4 ) sedangkan saya memiliki sijil SSM. No pendaftaran : 201203284309 ( 002179269-W ) SAJIAN AL BAZMI