Kod 28 BSH (Status Kod Tidak Lulus Bantuan Sara Hidup 2020)


Kami faham. Memang mengecewakan jika masuk-masuk sahaja portal Bantuan Sara Hidup untuk buat semakan, tiba-tiba mendapat status TIDAK LULUS dengan kod 28 BSH.

Apa maksudnya? Dan apa yang perlu dibuat?

Maksud Kod 28 BSH

Kod 28 adalah salah satu kod tidak lulus BSH 2020.

Untuk makluman, status Kod 28 yang didapati dalam sistem Bantuan Sara Hidup bermaksud pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan.

Ini boleh berlaku apabila:

  • Anda kemaskini BSH sebelum ini dari status Bujang ke Berkahwin
  • Anda juga kemaskini dan buat perubahawan status Berkahwin sebelum atau pada 15 Mac 2019
  • Anda terlupa atau tidak masukkan maklumat Pasangan semasa permohon BSH

 

Pengesahan status perkahwinan BSH

Apabila anda menerima kod 28 BSH, untuk mudah faham, anda sebenarnya perlu buat pengesahan status perkahwinan.

Anda juga perlu buat rayuan BSH dengan menyertakan dokumen asal berserta salinan untuk membuktikan anda kini sudah berkahwin.

Dokumen asal yang diperlukan ialah:

  1. Kad Pengenalan / MyKad pemohon
  2. Kad Pengenalan / MyKad / MyPR / MyKAS pasangan
  3. Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan
    Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
  4. Bagi yang beragama Islam, sila dapatkan dari Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

 

Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup

Buat masa ini, walaupun menerima status Kod 28 BSH, anda hanya perlu buat rayuan sahaja terlebih dahulu. Lulus atau tidak, itu di luar bidang kami.

Kami akan kemaskini ruangan ini jika tarikh keputusan rayuan BSH dimaklumkan oleh Kerajaan.

 

Maklumat lanjut

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan rayuan BSH kali ini, sila hubungi talian hotline Bantuan Sara Hidup di bawah:

  • 1-800-88-2747

 

Akhir kalam

Penerangan kod 28 BSH ini adalah berasaskan dokumen KOD TIDAK LULUS BSH 2019 DAN DOKUMEN SOKONGAN yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada tahun 2019.

Boleh muat turun melalu laman rasmi LHDN di sini atau yang kami simpan di sini.

Kami membuat andaian bahawa pada tahun 2020, LHDNM menggunakan kod yang sama juga.

Sekiranya kami salah mohon perbetulkan.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment